Wednesday 11 October 2017

Hot Summer in Hong Kong & Macau (DAY 3)

Hari ini plan kami ke satu tempat sahaja iaitu ke Hong Kong Disneyland!

Macam kebiasaan harinya, kami bersarapan di hotel dengan bekalan yang di bawa iaitu bubur nasi and maggi.

After sarapan, kami menuju ke Disneyland.

Untuk ke Disneyland ni mudah sahaja. From Tsim Sha Tsui station ada laluan jalan kaki bawah tanah menuju ke East Tsim Sha Tsui station.

Dari East Tsim Sha Tsu naik train menuju ke Lai King untuk tukar ke line menuju ke Sunny Bay. Transit kat sini dekat je tak macam di korea jauh bertingkat-tingkat. Oh, by the way, kalau boleh avoid transit di central station sebab kat sana selalu crowded.

From sunny bay, ada special line ke Disneyland resort.

Perjalanan lebih kurang 45 minit untuk ke Disneyland.

Sampai di Disneyland excited pulak ambil gambar dekat entrance tu. Haha.
tempat wajib bergambar
Di sebabkan kami dah membeli tiket Disneyland awal-awal melalui klook.com so kami terus je menuju ke entrance gate.
yeahh our tiket!
Makanan sama sekali tidak di benar kan untuk bawa ke dalam Disneyland. Tapi setakat bawa snack tu sorok-sorok la sikit dalam baju. Macam la tak biasa kan. Haha.

Botol air kosong memang bawa sebab sebelum ni aku pernah ke beberapa theme park macam everland, uss and memang ada free drinking water. For your information, free drinking water ni terletak dekat dengan toilet. Actually, macam water cooler tu je.

Memang sangat memerlukan banyak air sebab cuaca terlalu panas kan. Very hot summer!
So jom layan gambar di bawah sepanjang kami di Hong Kong Disneyland.
selfie itu wajib
A few character yg sempat ambil gambar. 
Toy story 
acah acah jap
selfie lg
For Lunch, kami makan di the explorer club yang terletak di Mystic Mansion.

Gigih pada awalnya kami ke Tahitian Café di Adventureland rupanya makanan halal hanya di buka di The explorer club sahaja. Penat menapak ke hulu ke hilir. Haihh. Sebab sebelum ni memang ada dua tempat makanan halal di Disneyland but now cam tinggal satu je. Sobs sobs. By the way, makanan di Disneyland sangat mahal ok. One plate makanan nasi plus ayam = HKD 134!! Bersamaan RM 75!! makanan nya biasa je kot.
menu kami
close up makanan

Untuk solat, Disneyland ada sediakan prayer room di The explorer club restaurant (berdekatan dengan toilet). Cuma tempat solat dia mixed tapi with private ablution room (ada langsir je).
Kami solat di sini after makan. (sorry gambar xde-hp dah penuh memori hehe)

Selepas makan sambung main lagi then baru tunggu sampai malam for fireworks!
cant wait to meet the princess
aik,princess lari pulak!haha
Disebabkan sekarang tema Disneyland ialah Halloween. So ada la rumah hantu! Sempat la juga masuk. Hehe.

Dalam pukul 7 malam, ada perarakan bertemakan Halloween tapi kami tak excited nak tengok mickey mouse jadi hantu semua so kami just tunggu kat depan area castle for fireworks yang akan start jam 8 malam.

By the way, all rides dah starts closing around 6.30 pm.

Tepat pukul 8 malam, firework start. Memang sangat cantik sebab firework tu dia ikut rentak muzik! Really beautiful!Tapi tak lama pun, fireworks around 15-20 minit sahaja. Tapi agak puas hati sebab the synchronization of music and fireworks is just perfect!

After firework, orang mula berduyun ke train station. Disebabkan tak nak sesak di train kitorang decide jalan-jalan sekitar souvenirs shop untuk cuci-cuci mata.

Mahal ok souvenirs kat sini. Keychain sahaja start price from HKD 78 = RM 42. Wow! Cuci mata jela mampu!
antara souvenirs yang di jual
souvenirs yang mampu di pandang sahaja haha
Disebabkan malam masih muda so kami decide untuk beli souvenirs tambahan di Ladies Market.
So as usual, kami turun di Mong Kok station untuk ke Ladies Market.

After shopping, kami pulang ke hotel and dinner dengan bekal yang di bawa.

Keesokkan harinya kami akan check out dan menuju ke Macau. Sobs sobs, bye Hong Kong.





No comments: