Sunday 27 November 2016

Late Spring in Sydney, Australia (FINAL)

Alhamdulilah selesai sudah trip kami di Sydney. As usual each trip will have different kind of experience and it totally worth for me. Tapi agak terkilan juga sebab this time ter excess luggage and then tak sempat nak cover manly beach and tak pergi the rocks. If korang ada time maybe boleh pergi dua tempat ni!

Then, berikut merupakan souvenirs yang berjaya di bawa pulang from Australia. Before that, souvenirs ni boleh di beli dengan harga yang sangat berpatutan di Paddys market yang terletak di market city. Banyak je tempat-tempat lain yang menjual souvenirs but at paddys market je yang paling murah!

Berikut antara souvenirs yang aku beli semasa di Sydney:
1. Perfume di Chemist Warehouse – from AUD 10 ++
2. Waffle bar di Aldi Store – AUD 2/box
3. Knoppers di Aldi Store – AUD 4/set
4. Keychain koala/kangaroo – AUD 4/set or AUD 10 (3 set)
5. Fridge magnet – AUD 2-5
6. Men Wallet – AUD 7/each
7. Beg Australia – AUD2.5/each
8. Pillow neck di daiso – AUD 5.8 tapi if beli di paddys market AUD 5 je !
9. Sydney opera statue – AUD 17
10. Sydney Pencil case –AUD 5 (3 pieces)
11. Apron AUS – AUD 5
12. Cabin Luggage – AUD 28
13. Tshirt kanak-kanak – AUD 8 (2 pieces)
14. T shirt dewasa – AUD 5.3/each actually dia jual AUD 18 (3 pieces) but dapat less sebab beli banyak
15. Sweater AUS – AUD 12/each (beli di Harbourside shopping complex)
16. Kiwi 1kg – AUD 5
17. Blueberry – AUD 4
18. Strawberry – AUD 5
Perfumes from AUD 10++
keychain and fridge magnet
apron - AUD 5
opera house -AUD 17
australia men wallet - AUD 7
pencil case - AUD 5 for 3 pieces
australia bag - AUD 2.5 each
luggage - AUD 28
tshirt - from AUD 6
sweater - AUD 12
pillow neck - AUD 5.8

waffle bar and knoppers
fruits
some of the gifts
Berikut merupakan itinerary sepanjang 6 hari di Sydney! (Click picture to enlarge)


And of course I want to share total cost di Sydney!


(currency rate : RM 3.24)

Total cost adalah approximately je. Actually if I deducted all souvenirs/perfumes expenses and kesilapan excess luggage tu, korang hanya perlukan RM 2229 Untuk explore the whole Sydney!
Moral of the story, plan wisely! 




Late Spring in Sydney, Australia (DAY 6)

Today is our last day di Sydney. Sedihnya nak kembali ke rutin harian yang penuh stressfull!!

But that is life terima jela seadanya kan. Sobs sobs…

So today, kalau ikut plan asal aku plan nak pergi the rock sebab kat situ ada Friday froodie market. Tapi akhirnya terpaksa cancel sebab rasa macam tak sempat sebabnya kami kena check out sebelum 10 am and then nak pergi paddys market semula untuk shop buah and souvenirs lagi.
breakfast dule before check out
Masa check out tu kami kena bawak pillow case, check out pula mesti before pukul 10 pagi if not deposit yang kami bayar AUD 20 tu takkan di kembalikan. Selesai check out kami meletak barang di bilik luggage yang terletak di tingkat bawah maze backpackers. Gigih jugaklah kena angkat luggage berat-berat ke bawah. Maze ni pulak tiada lift. Haih.

As plan kami ke paddys market and membeli dan terus membeli souvenirs! All out for today! hehe
at market city again
beli jangan tak beli
kedai ni pun best untuk membeli souvenirs
kami datang lagi kat kedai uncle ni. hehe
Sampai kan aku terpaksa membeli luggage sebab beg dah penuh! Aku beli cabin luggage ni sebab nya cabin luggage tu nice sangat! Hehe. Lagipun dah lama nak beli cabin luggage yang baru. 

Kami juga membeli buah di paddys market ni. Oh by the way, di tingkat atas market city ni ada je jual barang-barang outlet macam cotton on, Giordano and sebagainya. Tapi harganya tak jauh beza dengan Malaysia pun. 
fruit market inside market city
beli lagi kak
ya, pilih pilih jangan tak pilih
After shopping, as usual lunch di its time for thai! So once again crispy chicken with rice! My favourite okay! Haha. Lepas ni balik Malaysia tak dapat dah. Sobs
Its time for thai again before balik malaysia!
yes i miss this kind of lunch! sobs
After settle shopping souvenirs and buah, and perut pun dah kenyang then kitorang continue shopping coklat pula di coles. Coles paling dekat terdapat di depan maze backpackers je. So kami letak barang di luggage room then proceed ke coles. Sebelum ke coles sempat jugak lah berjemur sekejap di area mall berhampiran coles tu untuk feeling feeling local. For them, its a common thing untuk berjemur macam ni.
coles inside this building
take a break before ke coles
Masa nak beli coklat ni aku ragu-ragu sikit sebab tak tahu mana yang halal kan. Aku decide nak beli nougat tu je untuk budak-budak ofis tapi tak da pula di coles tu mungkin dah kehabisan stock kot. 
unik! kaunter self service je! beli and bayar sendiri
Research punya research akhirnya kawan kami suggest kan waffle bar and knoppers. Tapi masalahnya waffle bar and knoppers ni hanya di jual di Aldi store. Gigih lah mencari Aldi store!

Sesungguhnya kami adalah backpackers yang gigih! Tapi masalahnya google maps membawa kami ke jalan yang salah!! Boleh pulak dia suruh kami pusing satu city centre tu untuk ke Aldi store tu!! Padahal Aldi store tu dekat je dengan tempat kami tu! Ianya terletak di Darlinghurst berdekatan oxford street and gourdon street. Dekat sangat sebab maze backpackers connected dengan gourdon street so jalan je terus. Mesti korang pening baca kan! Haha. Tak pa lah nak senang google siap-siap and then baca jalan tu dulu baru ikut google maps sebabnya google maps ni bengong juga.
sampai sesat sebab nak mencari aldi store ni
Finally kami sampai di Aldi store tu! And nasib baik jumpa coklat yang kami cari tu! Hehe. Harga nya murah and sangat sedap okay! Recommended!!!
finally found the aldi!
yeah! we found it!
dah jalan jauh maka borong lah banyak-banyak ea!
On the way nak ke hostel kami terjumpa chemist warehouse lagi! Haha. Banyak betul chemist warehouse kat Australia ni. Perfume-perfume mahal kat Malaysia tu di jual kat tepi jalan je kat Australia ni. Haha.
chemist warehouse again
oxford street
Kami singgah di hungry jack untuk membeli fanta for cool down yelah dah penat sebab marathon tadi. Haha.
i love my fanta at this time!
Sampai di hostel kami mengambil barang dan mengambil taxi untuk ke international airport.. ermm sedihnya! Goodbye Sydney!

By the way jam masa tu dah pukul 5 petang and time tu of course lah peak hour sebab semua orang dah balik kerja and jalan pun dah mula jammed.haih wrong timing betul kan! Tapi driver kami suggest suruh ikut highway but we need to pay for the tolls but then redha jela dari merempuh jammed nanti tak pasal-pasal harga taxi jadi AUD 100 pula kan. 

As we follow our taxi driver advise, price per taxi to airport with toll fares is AUD 61. Ok lah kot tambah AUD 11 dari sebelum ni (previously dari airport ke maze backpackers is AUD 50). Mungkin AUD 11 ni harga toll and jalan slow time tu.

Sampai di airport kami ke kaunter for check in luggage and dapat kan boarding pass.
At queue
Guess what tetiba akak kaunter tu nak timbang semua luggage and barang kami!! What the…f! 
redha hand carry kena timbang
OMG of course la over the limits! And not surprisingly kami exceed 30 kg macam tu! Each kg kena bayar extra charge AUD 20/kg! 

So 30 kg = 30 x AUD 20 = AUD 600!!!!

Kami pulak silap ambil 40 kg allowance je untuk balik! Dah taw semua gila shopping patut ambil 100 kg allowance! Tak pasal-pasal kena bayar AUD 600 or kalau convert jadi RM 1938!! What the …f!! Harga tiket pun tak sampai macam ni!!! Memang stress! Cash pun tak da dah macam mana nak bayar!!

But then akak kaunter tu suggest for us untuk beli 15 kg check in luggage and then dia charge 7kg as extra weight. Sebabnya seorang dari kami ni tak beli check in luggage so kami boleh beli atas nama dia. But maximum weight yang boleh dibeli masa di airport is 15 kg. So, 15 kg luggage harganya AUD 59, then extra weight is 7 kg x AUD 20 = AUD 140. Then total yang kena bayar di airport is AUD 199!! Ni je paling less yang dia boleh bagi. Hurm AUD 199 = RM 643!! Less 67% from AUD 600. Tu pun actually ada extra excess 8 kg tapi dia macam tutup mata kesian dah tengok kami miskin kat airport! Haha.

Hashtag redha! Ni akibatnya bila beli perfume, buah, souvenirs dengan kuantiti yang terlalu banyak. Haih. We should know that luggage has limit.

Nasib baik aku ada baki AUD 100, then effa terpaksa keluarkan duit dia dari bank untuk cukup kan AUD 199. Fuhhh, hectic and stressfull masa ni! Tapi redha jela takkan nak buang souvenir-souvenir tu kan or takkan kami nak habiskan semua buah demi nak meringankan luggage. Nanti tak pasal-pasal ada yang duduk dalam toilet je masa dalam flight. Haha.

This is moral of the story for us! Yelah tak sangka dia nak timbang semua bag kami kan. Tapi Australia kot we should expect this! 
berhuhu je masa dia timbang semua hand carry
resit rasmi aa x di sydney airport
ber huhu jela bayar kat sini
Tapi apa-apa pun alhamdulilah semua dah settle and we are lucky sebab kami sampai awal di airport and sempat settle kan semua ni. If not memang terpaksa lah kami bermalam di airport and mungkin akan jadi local di Sydney. Ahha.
time balik bag semua dah beranak!
Jam 9.40 malam waktu Sydney kami fly back to Malaysia and di jangka tiba di Malaysia around 4 pagi. 
Boarding time
meat balls with macaroni
repack activity masa di klia2. ahha
Another souvenir for pokemon go fans! hehe
Till we meet again Sydney, Australia ~
#yaetakesydney #2016