Monday 26 September 2016

Penang Trip (INTRO)

Assalamualaikum,

Hai semua, setelah lama tak menulis rasa kekok pulak nak menulis blog ni. Hehe. Al maklumlah kehidupan sebagai seorang yg bekerjaya ni agak sibuk.

Apa apa pun alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk berjalan lagi walaupun dalam negara je.
Short Getaway ke Penang ni sebenarnya telah lama di rancang bersama family member’s yang lain. Kalau tak salah dari sebelum puasa lagi. 
Al maklumlah keluarga pun dah makin membesar, so bila dapat jalan sama-sama dapatlah mengukuhkan bonding sesame keluarga kan kalau tak asyik busy dengan kerja je semua.

Setelah mentelaah kalender akhirnya tarikh di pilih ialah pada 18/08/2016 (Khamis). Kami memang sengaja memilih tarikh yang tidak bertembung dengan cuti sekolah mahupun public holiday. Sebabnya satu je malas nak bersesak-sesak dengan ramai orang.

Penang!? agak-agak boleh teka tak apa yang menarik di Penang?

Yes of course lah sebab makanan! Dan bukit bendera. Haha

Sebelum mengulas lebih lanjut tentang perjalanan di Penang jom baca tips di bawah.


Pengangkutan

Untuk ke penang ni mudah sahaja, terdapat banyak hub pengangkutan yang boleh dinaiki untuk ke Penang antaranya by bus, car, train or flight.

Pada mulanya kami merancang untuk menaiki flight tapi akhirnya bertukar fikiran dan memilih jalan darat untuk ke sana. Jika menaiki flight kita terpaksa menyewa kenderaan pula bila tiba di sana, lagipun percutian kali ni dianggotai oleh pelbagai peringkat umur termasuk lah baby boy yang comel ni iaitu Umar! Hehe. Semoga mengikut jejak langkah your uncle yang suka travelling ya! Haha.

Untuk sesiapa yang berminat menaiki flight. Harga return tiket without promo from KL-Penang normally boleh dapat around RM100 return. Memang berpatutan harganya sesuai bagi sesiapa yang nak travelling as backpackers di dalam negara.

Perjalanan ke Penang dari Kuala Lumpur melalui jalan darat mengambil masa lebih kurang 4/5 jam bergantung pada pemanduan. Harga tiket tol as at year of 2016, KL-Juru (RM43.30) dan Juru-Pulau Pinang melalui 1st bridge (RM 7). Untuk makluman, harga tol ke Penang hanya dikenakan semasa masuk pulau sahaja dan masa keluar dari pulau tidak dikenakan tol.



Penginapan

Terdapat banyak kemudahan penginapan di Penang. Kami memilih homestay sebagai tempat penginapan kami instead of hotel. Kami menempah homestay di Batu Ferringhi. Nama tempat tinggal kami ialah Ferringhi Delima Condominium, Batu Feringghi. Lokasi penginapan agak strategik, terletak berdekatan dengan Night Market Batu Ferringhi dan pantai Batu Ferringhi. Memang sengaja memilih Batu Feringghi sebagai tempat penginapan sebabnya nak feeling2 tepi pantai. Hehe.

Pada mulanya, kami mencari penginapan ini melalui booking.com / agoda.com/ trivago tapi akhirnya setelah jumpa tempat penginapan yang dirasakan sesuai untuk kami so kami membuat keputusan untuk menempah penginapan kami direct from the owner or from the company websites.

Macam kitorang punya penginapan ni kami book di EV WORLD websites. 
Untuk menempah melalui websites tu anda boleh mengisi form yang disediakan and later on person in-charge will call you. Menurut pengalaman, aku isi form tu pagi and malam tu owner die call. Masa tu boleh deal harga dengan owner tu and Alhamdulilah dapat harga yang sangat berpatutan iaitu RM400 untuk 2 malam! Hehe.
EV World Residence di Feringghi Delima Kondominium
You guys juga boleh book kondo ni melalui booking.com tapi harganya jadi RM500 and agoda.com lebih kurang RM485 pada masa tu. Tapi untuk makluman aku memang dah book melalui booking.com for secure tapi lepas dapat panggilan dari EV World tu terus cancel kan booking dari booking.com. Hehe. 

Actually, person in-charge ni tahu aku ada book melalui booking.com sebab keesokkkannya dia call dan cakap yang aku ada book melalui booking.com and dia nak letak harga RM500 kat aku. Tapi nasib la dia baik and still kekal dengan harga yang sama masa mula-mula deal dulu.

So pembayaran dibuat terus melalui deposit bank. Memang takut gak nak bank in terus sebab tu lebih prefer guna booking.com sebab bayaran dibuat masa tiba di sana. Tapi tawakal jela sebab dah buat research pasal company tu and rasa boleh dipercayai. Setelah bayaran dibuat, emel akan di terima dari EV World untuk pengesahan tempahan dan mereka akan memberikan nama dan no telefon person in-charge di Penang.

Contoh resit pengesahan pembayaran
Jadi bagi sesiapa yang berminat nak stay die Feringghi Delima Condominium Batu Feringghi boleh lah book melalu laman web ni. EV World Batu Ferringhi

Kondo ni memang sesuai untuk kami ber-9. Terdapat tiga bilik dan dua bilik air. Selesa! Bilik beraircond! Cuma kekurangannya tidak mempunyai dapur gas dan iron.


Swimming pool ada je di bawah tapi tak sempat nak mandi pun.

Swimming pool 


Master bedroom
Bilik kedua

Bilik ketiga
Ruang Tamu
Dapur



PENANG

PENANG ISLAND