Wednesday 11 October 2017

Hot Summer in Hong Kong & Macau (DAY 3)

Hari ini plan kami ke satu tempat sahaja iaitu ke Hong Kong Disneyland!

Macam kebiasaan harinya, kami bersarapan di hotel dengan bekalan yang di bawa iaitu bubur nasi and maggi.

After sarapan, kami menuju ke Disneyland.

Untuk ke Disneyland ni mudah sahaja. From Tsim Sha Tsui station ada laluan jalan kaki bawah tanah menuju ke East Tsim Sha Tsui station.

Dari East Tsim Sha Tsu naik train menuju ke Lai King untuk tukar ke line menuju ke Sunny Bay. Transit kat sini dekat je tak macam di korea jauh bertingkat-tingkat. Oh, by the way, kalau boleh avoid transit di central station sebab kat sana selalu crowded.

From sunny bay, ada special line ke Disneyland resort.

Perjalanan lebih kurang 45 minit untuk ke Disneyland.

Sampai di Disneyland excited pulak ambil gambar dekat entrance tu. Haha.
tempat wajib bergambar
Di sebabkan kami dah membeli tiket Disneyland awal-awal melalui klook.com so kami terus je menuju ke entrance gate.
yeahh our tiket!
Makanan sama sekali tidak di benar kan untuk bawa ke dalam Disneyland. Tapi setakat bawa snack tu sorok-sorok la sikit dalam baju. Macam la tak biasa kan. Haha.

Botol air kosong memang bawa sebab sebelum ni aku pernah ke beberapa theme park macam everland, uss and memang ada free drinking water. For your information, free drinking water ni terletak dekat dengan toilet. Actually, macam water cooler tu je.

Memang sangat memerlukan banyak air sebab cuaca terlalu panas kan. Very hot summer!
So jom layan gambar di bawah sepanjang kami di Hong Kong Disneyland.
selfie itu wajib
A few character yg sempat ambil gambar. 
Toy story 
acah acah jap
selfie lg
For Lunch, kami makan di the explorer club yang terletak di Mystic Mansion.

Gigih pada awalnya kami ke Tahitian Café di Adventureland rupanya makanan halal hanya di buka di The explorer club sahaja. Penat menapak ke hulu ke hilir. Haihh. Sebab sebelum ni memang ada dua tempat makanan halal di Disneyland but now cam tinggal satu je. Sobs sobs. By the way, makanan di Disneyland sangat mahal ok. One plate makanan nasi plus ayam = HKD 134!! Bersamaan RM 75!! makanan nya biasa je kot.
menu kami
close up makanan

Untuk solat, Disneyland ada sediakan prayer room di The explorer club restaurant (berdekatan dengan toilet). Cuma tempat solat dia mixed tapi with private ablution room (ada langsir je).
Kami solat di sini after makan. (sorry gambar xde-hp dah penuh memori hehe)

Selepas makan sambung main lagi then baru tunggu sampai malam for fireworks!
cant wait to meet the princess
aik,princess lari pulak!haha
Disebabkan sekarang tema Disneyland ialah Halloween. So ada la rumah hantu! Sempat la juga masuk. Hehe.

Dalam pukul 7 malam, ada perarakan bertemakan Halloween tapi kami tak excited nak tengok mickey mouse jadi hantu semua so kami just tunggu kat depan area castle for fireworks yang akan start jam 8 malam.

By the way, all rides dah starts closing around 6.30 pm.

Tepat pukul 8 malam, firework start. Memang sangat cantik sebab firework tu dia ikut rentak muzik! Really beautiful!Tapi tak lama pun, fireworks around 15-20 minit sahaja. Tapi agak puas hati sebab the synchronization of music and fireworks is just perfect!

After firework, orang mula berduyun ke train station. Disebabkan tak nak sesak di train kitorang decide jalan-jalan sekitar souvenirs shop untuk cuci-cuci mata.

Mahal ok souvenirs kat sini. Keychain sahaja start price from HKD 78 = RM 42. Wow! Cuci mata jela mampu!
antara souvenirs yang di jual
souvenirs yang mampu di pandang sahaja haha
Disebabkan malam masih muda so kami decide untuk beli souvenirs tambahan di Ladies Market.
So as usual, kami turun di Mong Kok station untuk ke Ladies Market.

After shopping, kami pulang ke hotel and dinner dengan bekal yang di bawa.

Keesokkan harinya kami akan check out dan menuju ke Macau. Sobs sobs, bye Hong Kong.





Saturday 7 October 2017

Hot Summer in Hong Kong & Macau (DAY 2)

Plan Hari Kedua di Hong Kong ialah untuk ke Avenue of Star, makan dim sum di masjid ammar, Victoria peak and ke ladies market. Padat sungguh kan.

Awal pagi nya after bersarapan di hotel dengan bekalan makanan yang di bawa dari Malaysia, kami bergerak menuju ke Avenue of Stars.
Delicious bubur mcd for breakfast 
Tujuan ke Avenue of Stars ialah untuk bergambar di tempat wajib jika ke Hong Kong. Iaitu bergambar di replika-replika patung seperti Jackie Chan, Bruce Lee dan lain-lain seperti gambar di bawah. Malas nak explain satu-satu. Hhaha.

Oh by the way, masa kami ke Hong Kong ni, Avenue of Stars ni telah di tutup disebabkan berlakunya construction berhampiran dengannya. So, gambar-gambar seperti di bawah telah di pindahkan ke Garden of Stars. Tempatnya berdekatan dengan Avenue of Stars cuma lokasinya di taman permainan kanak-kanak.

Pada mulanya gigih juga kitorang berjalan di bawah matahari terik untuk mencari patung-patung famous di Avenue of Stars tu. Actually, waktu tu baru pukul 9 pagi tapi panas bahang nya bak hang terik gila. Kulit memang dah start sunburn dah. 

Tapi masa dah dekat nak sampai Avenue of Stars tu baru kitorang terfikir mungkin patung-patung ni dah berpindah ke Garden of Stars. Sebabnya sepanjang jalan menuju ke Avenue of Stars kami ada perasan signboard Garden of Stars menuju ke sebelah kiri jalan. Jadi gigihlah kami patah balik dan menuju je arah Garden of Stars. Meantime, kami perasan ramai juga tourist-tourist seperti kami tercari-cari Avenue of Stars tu.

For your information, Avenue of Stars di tutup sementara sehingga Q3 2018. So, patung-patung attraction tu di pindahkan ke Garden of Stars and seriously background dah tak cantik macam tepi laut dulu!!

Korang boleh lah menilainya sendiri melalui gambar di bawah. Sobs sobs.

Signboard to garden of stars
gigih melintas jalan ni banyak kali sebab dari avenue of stars terpaksa berpatah balik ke garden of stars
garden of stars terletak di bahagian atas playground
finally sampai! hakak dh ready utk posing
see kawasan baru ni background tak cantik macam di avenue of stars, Me is sad!
latar belakang bruce lee pun dah bertukar dari tepi laut ke bangunan, tak best!
light! camera! action!
selfie buat syarat je dah sampai sini haha
Walaupun berpanas terik tetap gigih untuk photoshoot. 

After photoshoot di Garden of Stars, kami bergerak untuk menuju ke Masjid Ammar and Osman Ramju Saddick untuk makan halal dim sum yang famous di Hong Kong iaitu di Islamic Canteen Centre di sana.

Untuk ke Masjid Ammar ni actually banyak caranya.

Tapi disebabkan kami dah berada di sekitar Avenue of Stars, aku decide untuk menaiki ferry dan menuju ke Wan Chai pier. Untuk naik ferry just follow je signboard Star Ferry Terminal.

Before that, actually aku dah google siap-siap macam mana nak ke masjid ni.

Antara caranya ialah dengan menaiki ferry ke Wan Chai pier. 

If nak naik train boleh juga ke Wan Chai train station or turun di central dan menaiki tram menuju ke tonnochy road dan turun di Station 47E. Jangan risau jika menaiki tram memang akan nampak no station tu dari dalam tram and tram ni memang berhenti di setiap station.

Tapi for those yang tidak menggunakan plan internet dan mengharapkan wifi sahaja semasa di Hong Kong, Aku nasihat kan lebih baik naik train dan turun di central, kemudian naik tram and turun di station 47E tu, dari dalam tram boleh nampak gelanggang basketball seperti gambar di bawah.

Disebabkan kami memilih untuk menaiki ferry so kami turun di Wan Chai pier. From Wan Chai pier kitorang exit dan jalan terus sahaja. Kami guna google maps masa ni. Tak sesat pun cuma google maps ni suruh ikut jalan bahaya pulak. Haha.

Tapi nasib baik aku perasan ada satu jalan macam bangunan mall untuk ke seberang jalan (mall yang ada jejantas). So kami naik tangga kat bangunan tu dan berjalan terus sahaja sehingga melintas beberapa jalan besar dengan menggunakan jejantas itu and akhirnya ternampak gelanggang basketball seperti gambar di bawah. Actually kalau sesiapa turun di Wan Chai train station pun akan melalui jalan jejantas ini sebab mall ni connect dengan Wan Chai train station.

Then, korang just lalu je dekat pathway sebelah basketball tu and lepas tu akan nampak 7elevan. Kedudukan masjid tu betul-betul di belakang jalan 7eleven tu. Mudah sahaja, tak susah seperti yang aku jangkakan. Haha. 
Selfie ckit before naik ferry
Kalau nak naik ferry ke central pun boleh dan kemudian ambil tram di sana
Kami memilih ke Wan Chai. Hehe
laluan ke ferry to central
dari dalam ferry
selfie ckit dkt dlm ferry. hew hew
setelah melintas beberapa jalan from wan chai pier. finally nampak landmark basketball ni
jalan je kat tepi tangga sebelah basketball tu untuk ke masjid ammar
selepas naik tangga akan nampak kedai 7E ni 
masjid di belakang 7E je
Yeah, niat yang suci. Finally sampai!
Islamic Canteen Centre ni terletak di Tingkat 5 dalam Masjid Ammar and Osman Ramju Saddick ni.

while waiting for the elevator
tingkat 5 for islamic canteen
entrance
menu book
Settle buat order!haha
Harga makanan di Islamic Canteen murah sedikit berbanding di Ma’s Restaurant.

Makanan kat sini aku suka dim sum dia je. Nasi dia kurang sikit tapi telan jela kan. Haha.
Take what you can consume!
Untuk order dim sum kena buat self service di sini
before makan wajib selfie hehe
meet up with friendly malaysian here. ahaha
nasib baik ada orang yang payung! thanks sudi belanja kami.
Lepas makan kami tunggu sehingga solat zohor di situ. Actually konsep kedai makan kat sini lepas makan kena cepat-cepat bangun sebab dorang nak memastikan customer lain pulak datang. But masa kami pergi tu tak ramai sangat orang pun. Sebab tu boleh duduk lama sikit di situ kalau tak memang kena halau dah. Haha.

By the way, Masjid kat sini bertingkat-tingkat ye. Agak complicated sikit nak ambil wuduk sebab tempat ambil wuduk di tingkat bawah tapi mereka tak provide selipar, ada pun tak banyak. Berkali kali juga naik turun naik turun cari selipar. Haha.

And ada masa tu ada event apa tah kat masjid ni, terlalu ramai sangat rakyat Indonesia di sini. Macam ada mesyuarat persatuan pulak. 
waiting for azan
jangan lupa solat walau di mana jua berada. gitu
kerusi for those yang x boleh solat berdiri. unik plk rasa
Selepas solat kami decide untuk ke ladies market, tapi macam terfikir takut jauh pulak kan sebab kami dah beli tiket peak tram melalui www.klook.com and our appointment is at 4 pm. After solat zohor, jam lebih kurang pukul 1.30 ptg macam tu. 

Kami decide untuk berjalan di sekitar central, sebab appointment dengan klook tu pun berjumpa di central station exit K or berhadapan prince building.
Selfie before to next destination
From our google, di central ada juga kedai-kedai souvenirs di Li Yuen Street and West di Central Hong Kong. So, boleh la cuci mata kan.

From masjid Ammar tu kami menaiki tram untuk ke central station, tram tu terletak dekat je dengan basketball court tadi.
tram line, taxi pun sibuk je nak lalu.haha
Kami turun di platform 68W. Boleh nampak prince building from dalam tram masa dah nak sampai kat platform 68W.
kawasan central, boleh nampak dari dalam tram
Dari prince building tu kami berjalan untuk mencari Li Yuen Street and West di Central Hong Kong.

Cadangnya nak shopping sikit sebab takut tak sempat nak pergi ladies market. Ladies market bukak pukul 11 pagi hingga 11 malam.

Sebab pada awalnya bercadang nak stay kat atas Victoria peak sky terrace tu sampai malam tapi at the end tak jadi pun sebab nak jimat masa kan. Around 2 hours je kat atas Victoria peak sky terrace tu.

Semasa kat central tu kami jumpa lah kedai souvenirs and mula la membeli masing-masing.

By the way, masa di central ada event apa tah kat  situ tapi sangat ramai orang beraktiviti, ada yang menari, menjahit, menyulam dan sebagainya.
misi mencari Li Yuen Street and West
khemah-khemah tu petanda ada event apa tah
Finally jumpa pun jalan Li Yuen
Antara kedai souvenirs yang menarik
pelbagai pilihan souvenirs tp di ladies market lg murah
Settle borong 1st stage. ahha
Around 3.30 ptg kitorang gerak ke central exit K tu untuk berkumpul dan mendapatkan tiket Victoria peak tram from klook representative.

From central tu, kami berkumpul bersama stranger’s yang lain yang dah book melalui klook untuk berjalan menuju ke lower peak tram tu. Gigih la berjalan bersama segerombolan manusia dah macam lawatan sambil belajar dah. Haha.

Yang book melalui Klook akan dapat sticker and tiket masuk fast track ke Victoria peak tram tu.
Central Exit K
Waiting or Validation
strangers with same tour with us
klook representative in action
Actually, banyak review cakap kalau book from klook dapat avoid dari beratur panjang-panjang masa nak membeli tiket and kita dapat naik peak tram dengan lebih cepat.

And exactly, what the review said is truth. Ramai gila orang beratur nak beli tiket, tu belum lagi yang beratur tunggu tram pulak kan.

Nasib baik ada klook. Tak perlu tunggu lama ok!

For those yang berminat nak book melalui klook boleh klik link di bawah. Pelbagai pakej di tawarkan, boleh tengok sendiri la ya.
Klook link
perghhh gigih beratur sampai panjang macam ni kot
di sebabkan dengan klook kami tak perlu beratur. hehe
terus masuk and naik tram je
Tram is ready for boarding
the peak tram
Finally, kami sampai di Victoria peak, actually di Victoria peak ni ada mall and madame Tussauds. Madame Tussauds ni ialah wax museum tapi kami tak masuk pun sebab rasa cam malas nak bergambar dengan patung-patung lilin tu.
madame tussauds
example of wax idol
Tanpa membuang masa kami bergerak ke sky terrace tu untuk melihat view hong kong from above.

Memang wow view dari atas tu. Cuaca agak berkabus sikit tapi nasib baik tak hujan sebab if hujan memang tak nampak bawah sangat. Cuaca agak panas sebenarnya, effect kabus tu mungkin disebabkan taufan talim yang baru je berlaku di Taiwan.
the struggle is real to take selfie at this spot
selfie ckit
View sebenar di sebalik selfie td haha
acah-acah sweet
outside of peak tram mall
Kami spent about 2 hours kat atas tu then jalan-jalan sekitar dalam mall di Victoria tu.

After puas berjalan dan bergambar atas tu kami turun semula ke the lower peak tram.

Actually, masa tu baru jam 6.30 ptg. So, kami lepak-lepak santai di central park kejap then baru gerak ke ladies market yang terletak di Mong kok station.

From Mong Kok station take exit E2 or D, mana-mana pun boleh then akan nampak deretan kedai-kedai macam di downtown cuma kat sini dia jual pelbagai jenis souvenirs plus barang-barang yang lain.

Shopping souvenirs kat sini sangat murah berbanding yang kami beli di central ptg tadi!! Rasa menyesal pulak beli souvenirs dekat central tadi. Di Ladies Market, kalau kita beli banyak kita boleh bargain harga.

Harga yang dorang buka mula-mula memang tinggi tapi boleh bargain sampai murah-murah. Haha. Stress tengok barang kat sini sebab tadi kami dah shopping banyak juga dekat central. Haih

Tapi apa pun kami membeli juga dekat sini. Hehe.
after exit Mong Kok station, ramai betul orang!
ladies market ni macam downtown kalau di Malaysia
pelbagai jenis barang ada
sekitar kawasan ladies market
shopping ckit. hehe
After puas shopping, kami pulang ke hotel and esok is the highlight of this trip! Iaitu nak pergi ke Disneyland! Hew Hew!

Exicted sikit macam kanak-kanak Ribena hah. Untuk dinner kami hanya dinner dengan bekalan yang di bawa dari Malaysia je.

By the way, cuaca sangat panas kat sini! Rasanya sehari kat sini hari ini berapa kali beli air dah. Masalahnya air minuman kat sini bukan murah.

Semua bermula dengan HKD 10 sebotol around RM 5.40 kot.! Mahal! Tapi disebabkan haus so beli jela kan!

Ok, that it for our day-2... :)