Friday 25 September 2015

A Day Trip In Singapore

Assalamualaikum,

Setelah berbulan lamanya tidak mengupdate blog akhirnya barulah ada peluang untuk menulis.

Travel kali ni bukanlah ke tempat yang jauh pun tapi sebaliknya hanya jiran kita (Malaysia) iaitu Singapore.

Tajuk pun A day Trip, so, Singapore lah tempat paling sesuai kan.

Tanggal 16 September 2015, aq dan travel partner iaitu Zulfadhli berkeputusan untuk bersuka ria di USS. Maklumlah masa ni kan cuti hari Malaysia.

USS tickets
Untuk makluman, entrance fee for USS ialah SGD74 per ticket. Tetapi, disebabkan kawan kepada kawan yang belikan so kami cuma bayar SGD37 per ticket. Hehe. So jimat kan!

Oleh kerana aku sudah memulakan kerjaya di Pasir Gudang, Johor, Jadi kami berkeputusan untuk melalui jalan darat ke Singapore melalui Johor Bharu instead of taking flight.

Ini merupakan kali kedua aq ke Singapore dan USS. Hehe.

Kami bertolak dari Pasir Gudang, Johor pada jam 5.50 pg. Pada awalnya ingin bertolak lebih awal tapi disebabkan bangun agak lewat akhirnya lepas subuh baru kami bertolak.

Setelah membuat research, akhirnya kami berkeputusan untuk meletak kenderaan di Sun Park.
Sun Park ni terletak berhampiran je dengan Imigresen Johor. Sun Park ni merupakan tempat parking secara terbuka je means tidak berbumbung.

Seawal 6.30pg kami tiba di Sun Park ni, seawal  waktu ini kereta dah membanjiri tempat parking ni. Maklumlah kebanyakan pekerja/warga Singapore tinggal di JB jadi seawal 6 pg dah bergerak ke Singapore untuk bekerja. Kadar bayaran parking di sini ialah RM1.60 sejam.

Selepas park kenderaan, tiket ni boleh diambil di kaunter.
Tp pastikan no plate kenderaan sama seperti dalam tiket ni.
Tapi yang peliknya kami parking di sini dari 6.30 pg – 9.30 mlm tapi bayaran yang dikenakan hanyalah RM9.00. Tanpa banyak soal kami bayar dan keluar dari situ. Hhaha.

Maklumlah dari maklumat kami perolehi maksimum bayaran di situ RM24. Secara logiknya jika sejam RM1.60, kalau dah 15jam mesti dah RM24 kan. Tapi xpelah orang nak bagi diskaun so xyah banyak soal. Haha

Setelah selesai urusan imigresen di JB, kami membeli tiket bas causeway link dari JB Sentral ke Kranji. Disini terdapat tiga pilihan bas iaitu CW1, CW2 atau CW3. Ketiganya menuju ke tiga destinasi berbeza tapi kami memilih CW1 iaitu ke MRT Kranji. 
berbeza destination
Bayarannya hanya RM1.50 jika ke MRT Kranji dan 1SGD jika dari MRT Kranji ke JB Sentral. Tiket yang dibeli hendaklah disimpan.

Untuk CW2 and CW3 kami tak sure sama ada ia berhenti di MRT ataupun tidak, so nak selamat baik ambil CW1 je yang berhenti tepat di MRT Kranji,
Tiket bas ni kena simpan sehingga lah tiba di MRT Kranji.
Perjalanan dari JB sentral makan masa agak lama disebabkan time ni time peak hour untuk ke tempat kerja kan. So around 7.05pg kami menaiki bas di JB sentral dan around 8pg baru tiba di Imigresen Singapore. Hampir sejam menaiki bas walaupun jarak JB sentral ke Woodlands hanyalah around 5km je. 

Tiba di Imigresen Singapore, kami turun dan membawa semua barang yang ada sebab kita takkan menaiki bas yang sama nanti Cuma syarikat je sama.

Setelah selesai urusan di Imigresen Singapore, kami menaiki bas dari syarikat yang sama iaitu CW1 untuk ke MRT Kranji. Jarak perjalanan around 3km/5minit je untuk ke MRT Kranji.

Setibanya di MRT Kranji, kami membeli tiket untuk ke Harbour Front. Disebabkan aq sememangnya mempunyai EZ Link, so just topup je untuk gunakan. Zul pulak membeli tiket secara manual sahaja. Pengguna EZ Link akan mendapat diskaun semasa menaiki MRT.

Yang atas tu standard ticket yang boleh dibeli di mesin
dan yang bawah tu EZ Link.
Perjalanan ke Harbour Front agak jauh jgk, makan masa lebih kurang sejam. Kami tiba di Vivocity kompleks around 9.15pg.

Setibanya di Vivocity kami bersarapan dulu sebabnya perut pun dah lapar dan target tak nak makan di USS nanti. Maklumlah harga makanan di USS pastinya berganda kan.

Bersarapan di MCD kononnya nak menggunakan wifi
 tapi malang nya xde wifi pun kat cni. huhu. Kecewa.
Dari Vivocity kami berjalan kaki sahaja untuk ke sentosa island. Nak jimat la katakan. Bayaran menaiki sentosa express xsure berapa. Tapi kalau xsilap dalam 4SGD untuk pergi dan balik.

Around 10.20pg, Akhirnya kami tiba di USS!!!

Keadaan di USS agak kurang crowded mungkin sebab masih awal pagi.
Jadi apa lagi, Lets ride the movies!!!

Terdapat banyak rides yang menarik di sini. So kalau korang dah sampai sini rides yang pertama patut dinaiki ialah CYCLON!

Seterusnya ialah HUMAN, The MUMMY, TRANSFORMERS, Light Camera Action dan banyak lagi! Semuanya menarik!












Kalau boleh semua tempat nak berposing. Hehe

Untuk solat, di USS ni terdapat surau. Terletak bersebelahan di antara the Mummy and Human. Surau lelaki dan perempuan terletak sebelah menyebelah je, walau pun ruangnya tak besar tapi tetap bersyukur sebab ada ruang untuk solat :)


Setelah selesai berseronok di USS, around 5pm kami berkeputusan untuk ke Merlion Park. Tak sah kalau ke Singapore tak melepak di Melion Park. Haha.

Untuk ke Merlion park, boleh menaiki MRT menuju ke raffles place.




Sebelum pulang, kami berkeputusan untuk membeli sedikit souvenir. Kami menuju ke Bugis by MRT untuk membeli souvenir. 

Bugis street ni mcm petaling street je. Banyak barang souvenir dan lain lain yang murah murah kat sini sesuai dijadikan souvenir.

Bugis street ni terletak di seberang jalan MRT Bugis
Setelah selesai bershopping, kami pun pulang ke JB around 8mlm. Tiba di JB sentral around 9.30mlm.

Woodland imigresen checkpoint



SINGAPORE

Thursday 26 March 2015

Kuching Getaway (FINAL)

Berikut merupakan barangan souvenir semasa di Kuching:

tabaloi (4 kotak= RM 10)
Kek Lapis Sarawak (1kotak = RM10)
Gula-gula cengkih (RM 3)
Teko sarawak (RM 24 each)
pasu sarawak
keycahin ( 40 = RM 30)
pen holder sarawak (RM 1 each)
batik sarawak ( 5 helai = RM 40)

baju hard rock cafe ( 3 helai = RM 50) or sehelai RM 20
tshirt biasa ( depend quality RM 6 - RM 15 each)

Kuching Getaway (DAY 4)

Hari ke-4 merupakan hari terakhir kami di Kuching Sarawak. Kami decide untuk ke Jong Crocodile Farm yang terletak di jalan antara Kuching ke Serian.

Sepatutnya jam 12 tghari kami perlu check out dari Hotel tetapi atas budi bicara dari owner hotel yang kami panggil madam tu dia benarkan check out paling lewat pukul 3 ptg. Memang baik sungguh madam ni. Haha.

Seawal 8 pg kami keluar dari Hotel menuju ke Jong Crocodile Farm dengan bantuan aplikasi waze. Kami tiba di Jong Crocodile Farm tepat jam 9 pg. Waktu ni para pekerja farm ni baru je nak buka kedai. Haha. So disebabkan kami pun belum sarapan lagi jadi kami mencari kedai makan untuk bersarapan.

Kami keluar dari Jong Crocodile Farm dan membuat pusingan uturn untuk mencari kedai makan yang terletak di sebelah jalan bertentangan dengan simpang Jong Crocodile Farm.

Cari punya cari akhirnya kami terjumpa kedai ni CafĂ© Idola Bonda! Seronok sarapan kat sini sebab terasa suasana zaman dulu-dulu sikit.haha. 

Aq memesan Nasi Lemak Pandan.



Nasi lemak Kopi O
Setelah mengisi perut kami menuju ke Jong Crocodile Farm semula. Tiket Entrance di Jong Crocodile Farm ialah RM16 seorang. Yang special nya dekat Crocodile Farm sini ialah kita dapat tengok buaya Sarawak yang sangat agresif pada waktu feeding time! Waktu feeding time ialah Jam 11 pg dan 3 petang (2kali sehari).

Dalam Farm ni juga ada haiwan-haiwan lain tapi x banyak. Buaya je banyak dah nama pun crocodile farm kan. 

laluan masuk ke jong crocodile farm (melalui kawasan perumahan)
laluan masuk ke farm ni agak rare sikit, jalan pun berbatu mcm ni.
Aq ingatkan dh sesat rupa-rupanya memang mcm ni jalan masuk dia
harga entrance fee berbeza bagi penduduk sarawak




Kolam feeding 
merak kayangan pun ada kat sini. haha
maps di crocodile farm
replika crocodile
tiket masuk ke farm
Kami menghabiskan masa di sini sehingga jam 1 tgh hari. Yelah jam 3 ptg nak check out. Flight pula pada waktu malam.

Setelah check out hotel, kami menghabiskan masa di sekitar Kuching Waterfront untuk membeli souvenir lagi. Haha. Memang x cukup-cukup membeli selagi x balik kan.
menaiki bot penumpang lagi.haha



Sekali lagi di dayang salhah
Sempat juga bergambar di waterfront
Family portrait di riverside sungai sarawak
Untuk makan kami ke Kubah Ria dan makan di sana. Kubah Ria ni terletak berhampiran je dengan Medan Niaga Satok tu.
air mineral ni memang popular di sarawak.
Setelah makan kami menuju ke airport dan menunggu Mrs Hannah di sana untuk memulangkan keretanya.

Jam 10 malam flight kami depart from Kuching bound for KL dan selamat tiba di KL selepas 1jam 45minit.
boarding time. see you again!