Friday 13 February 2015

Travel to Ho Chi Minh City, Vietnam (FINAL)

Jam 3.20 petang kami berangkat dari Ho Chi Minh City,Vietnam ke Malaysia menggunakan Vietnam Airlines. Tibanya di Malaysia jam 6.30 petang waktu Malaysia. 
Jarak masa penerbangan kami ialah 1 jam 55 minit. 

Boarding time :D
Antara barangan yang di beli semasa di Vietnam:
  1. Japanese Cotton – RM26
  2. Satin Korea – RM26
  3. Jubah cotton – RM33
  4. Deuter bag original 75L – RM150
  5. Deuter beg not original 75L –RM65
  6. Crumpler bag – RM85
  7. Fridge magnet – RM7.50 (10 pieces)
  8. Baju Hard Rock CafĂ© Vietnam – RM 7 (sehelai)
Antara kain yang di borong semasa di sana :p
Harga-harga ni semua tidak  fix, actually boleh mintak lagi kurang kalau rajin.
Cuma kat sini kalau dah dapat harga yang kita nak kita mesti beli barang tu. Kalau x memang kena maki dengan penjual di sana. Haha.

Selain dari itu bagi lelaki memang terdapat tailor untuk menempah blazer dan kemeja and harganya sangat murah cumanya pada ketika itu duit aq dah surut so x dapat nak tempah di sini dah. Haihh.

Kat sini jugak aq share kan itinerary di Ho Chi Minh City.

Itinerary sepanjang di Ho Chi Minh City, Vietnam



Berikut merupakan TOTAL COST semasa di Ho Chi Minh City, Vietnam




Kadar semasa wang 

1 USD = RM 3.58

1 M dong = RM 172

Total cost agak tinggi di sebabkan barang-barang shopping yang di beli terlalu banyak.haha.

Kalau nak berjimat kena kurang kan shopping la ye.

Harga makanan halal di sana agak mahal sikit biasa nya around RM 15 ke atas tapi still ok la kan?

Travel to Ho Chi Minh City, Vietnam (DAY 4)

Hari ke-4 kami akan pulang ke Malaysia jam 3.20 petang.

Tapi sebelum pulang sempat juga aq pergi ke Ben Thanh Market semula untuk mencari beg yang di pesan oleh kawan aq.

Dia pesan pun sebab ternampak gambar di Instagram aq. Dia memesan beg deuter dan crumpler.

Kedua-dua beg ni aq dapat dengan harga RM150 sahaja. 

Crumpler bag ni sling bag kalau beli kat Malaysia harganya lebih kurang RM180. Mahal kan! Tapi kat sini harga die separuh dari itu.

Yang merah ni lah crumpler bag. Cantik kan!
Selesai shopping, kami pulang ke hotel dan bersiap-siap untuk ke airport.

Kami keluar dari hotel jam 12 tengahari dan tiba di airport lebih kurang 12.45 tengahari.
Sekali lagi kami menggunakan khidmat teksi Vinasun yang sememangnya boleh di percayai!


Thursday 12 February 2015

Travel to Ho Chi Minh City, Vietnam (DAY 3)

Hari ke-3 kami menghabiskan masa di sungai Mekong. Sungai Mekong merupakan sungai yang mengalir di 6 buah Negara antaranya ialah China, Thailand, Cambodia, Laos, Myanmar dan berakhir di Vietnam. 

Kami mendapatkan pakej ini melalui survey yang telah dilakukan semalam. 
Harga untuk Mekong trip berbeza mengikut hotel atau agensi pelancongan berdekatan. Mungkin ada hotel yang ingin mengaut keuntungan lebih kot. 
Selain itu, harganya juga berbeza sekiranya mengambil pakej private tour atau joining tour and mestilah pakej joining tour lebih murah dari private tour kan.

Setelah membuat perbandingan harga, akhirnya kami bersetuju untuk mengambil pakej Mekong tour di agensi Vietnam Travel & Tours.
Ini kerana harga yang dikenakan lebih murah berbanding dengan tempat lain. Harga yang kami dapat untuk pakej sehari ke Mekong ialah USD15 seorang tanpa makan atau USD20 dengan makanan halal. 
Pakej kami ini merupakan pakej joining tour bersama pelancong-pelancong lain yang kami tidak kenal. Pakej ini juga beserta dengan tour guide berbahasa English.

Pada permulaannya, kami membayar USD20 seorang kerana ingin makan tengahari di sana. 
Akan tetapi, kami telah dinasihatkan oleh seorang makcik yang kebetulannya kami jumpa di restaurant semasa makan malam semalam untuk tidak mengambil pakej beserta makanan semasa di sana. Ini kerana status halal bagi makanan tersebut tidak terjamin. 
Nasib kami baik kerana kami dibenarkan refund USD5 dari agensi ini. Kami mengambil refund dari agensi ini setelah makan malam semalam.


Bagi yang berminat boleh telefon/whatapps no tertera
Kami memulakan trip ke Mekong hari ini seawal 8 pagi. Pada jam 8 pagi van/mini bus datang mengambil kami di hotel. Beserta dengan kami terdapat pelancong dari Germany, Hungary, Philipphines dan juga Malaysia.

Perjalanan ke Mekong mengambil masa 2 jam setengah dengan jaraknya lebih kurang 80 km. Dalam perjalanan kami singgah di sebuah pagoda/ tokong untuk melihat seni binanya.

Singgah sebentar di pagoda
Setibanya kami di Mekong River, kami menaiki boat untuk merentasi sungai Mekong.

Maps di Delta Mekong
Tempat pertama yang kami lawati ialah ladang lebah. Di ladang lebah ini terdapat satu produk yang dinamakan royal jelly iaitu madu yang dihasilkan dari queen bee.

Kami di hidang dengan air madu yang fresh dari ladang masa kat sini. Di samping itu ada orang yang menjual madu dan royal jelly ni. Royal jelly ni katanya sangat bagus untuk penjagaan kulit.

Harga untuk madu sebotol dalam 100,000 dong dan Royal jelly ialah 200,000 dong.
Seperti biasa aq x membeli sebab selalunya kalau beli madu mesti makan tak habis. hehe

Minuman yang dihidangkan kepada kami semasa di ladang lebah.
Minuman ni merupakan campuran air, madu dan royal jelly. Boleh tahan jugak la rsenya.
Seterusnya di Mekong kami bergerak ke sebuah tempat yang menghidangkan kepada kami buah-buahan tempatan di Vietnam. 
Buah-buahan tempatan di sini lebih kurang je dengan Malaysia maklumlah cuaca iklim pun sama je. Sambil menikmati buah-buahan kami juga dihidangkan dengan lagu-lagu tradisional Vietnam yang dinyanyikan secara live menggunakan alat muzik tradisional mereka.
Raga di atas meja bertujuan untuk mengambil tips dari pelancong seperti kami.

Setelah selesai makan di sini, kami bergerak ke kawasan pembuatan coconut candy. Coconut candy ni rasa dan rupanya memang sama dengan dodol kalau di Malaysia.

Mereka menunjukkan kepada kami cara menghasilkan coconut candy ini dengan menggunakan peralatan tradisional sahaja.
Coconut candy juga mempunyai pelbagai perasa. Contohnya coklat, peanut, pandan, kopi dan natural.

Dari kelapa akhirnya jadi lah coconut candy ni.
Harga candy ini dijual, sepaket dalam 35,000 dong.

Setelah habis lawatan di sini. Kami di bawa ke restaurant untuk makan tengahari di sana. Bagi kami yang tidak mengambil pakej ini turut akan ke sana juga kerana ada ahli di dalam rombongan kami yang mengambil pakej beserta makan ini.

Kami di bawa ke sana dengan menggunakan sampan. Saat ini lah yang di tunggu sebab merupakan daya tarikan di Mekong. Setiap sampan memuatkan 4 orang pelancong sahaja.

Tulang empat kerat digunakan sepenuhnya untuk mendayung sampan ni
Selfie di atas sampan :p
Topi tu memang semua pelancong akan pakai masa naik sampan ni
Pengalaman menaiki sampan ni memang menyeronokkan walaupun sampan tu kecil sahaja dan agak kurang stabil jika kita bergerak sedikit.

Sepanjang dalam sampan, pengemudi menunjukkan rumah mereka yang terletak di sepanjang sungai itu. Keadaan rumah mereka agak sedikit susah bagi kami yang melihat. Kami berada di dalam sampan dalam 15-20 minit (jarak lebih kurang 2 km).

Sesampai di restaurant mereka yang mengambil pakej makan akan makan bersama di sebuah meja. Manakala, bagi kami yang tidak mengambil makanan di benarkan untuk mengadakan aktiviti bebas di situ.

Actually, sebelum bertolak tadi kami telah membawa bekal buah-buahan dari hotel. Buah ini kami beli di Ben Thanh Night Market semalam. So lunch kami hari ini ialah buiah-buahan tempatan sahaja.

Setelah selesai makan, kami akan di bawa pulang ke jetty semula. Dalam perjalanan ke jetty, kami semua diberikan air kelapa sebagai goodbye drink. 


See you again Mekong River
Selesai semuanya, akhirnya kami kembali ke Ho Chi Minh City.

Kami tiba di Ho Chi Minh City dalam jam 4.30 petang. So, sempat solat zohor dan asar di hotel before keluar semula untuk shopping di Ben Thanh Market.

Jam 6 petang, kami keluar ke Ben Thanh Market untuk shopping. Shopping kat sini aq membeli baju Japanese cotton yang di pesan oleh kakak and adik aq semasa si Malaysia lagi. Borong jugak aq malam ni walaupun x pernah beli kain macam ni. Haha

Aq membeli kain di kedai Thuy Duoc di dalam Ben Thanh Market.
Sangat murah harga di sini dan pekerja dia fasih berbahasa Melayu. Ianya terletak di area Barat di dalam Ben Thanh Market.

Harga yang aq beli ketika itu
  1. Japanese cotton – RM26 sepasang
  2. Satin Korea – RM26 sepasang
Terdapat juga kain-kain cotton yang lain di sini tetapi yang dua di atas ni je yang aq beli tu pun untuk kakak and adik aq. Haha. Memang syurga pakaian bagi kaum hawa.

Sorry, gmbr plastic bag je ada. hehe
Mungkin ada kedai yang jual lebih murah tapi aq malas nak buat survey dah disebabkan kekangan masa.

Bagi mereka yang nak membeli telekung atau pun jubah, anda boleh membeli di luar Ben Thanh Market iaitu di kawasan sekitarnya (District 1) kerana harga di luar murah sedikit jika dibandingkan dengan dalam Ben Thanh Market.

Makan malam kami di sekitar area Ben Thanh juga cumanya kami mencuba di kedai yang lain pula.

Wednesday 11 February 2015

Travel to Ho Chi Minh City, Vietnam (DAY 2)

Hari kedua kami sepatutnya ke Chu Chi Tunnel. 

Tapi malangnya agensi yang kami book (belum membuat bayaran) hilang menyepikan diri bila kami tiba di Ho Chi Minh City ni. 

Agensi ni aq dapat dari kawan sama belajar di Universiti Malaya, kerana abang sepupunya kerja di sini. 
Setelah mengambil no telefon abang sepupunya aq terus hubungi melalui whatapps untuk bertanyakan harga untuk trip ke Chu Chi Tunnel and Mekong trip.

Harga yang kami dapat melalui dia ialah USD12 untuk ke Chu Chi Tunnel dan USD20 untuk ke Mekong Trip. Untuk ke Mekong harganya beserta dengan makanan halal.

Sepatutnya setelah deal and kedua-dua pihak pun dah setuju dapatlah kami pergi ke sana tetapi malangnya agensi ni terus senyap sahaja bila kami tiba di Ho Chi Minh City. 

Semalaman aq tunggu dia balas mesej tapi haram xde jugak!! Kalau rasa dah ramai customer tu patutnya mereka kena lah maklumkan pada kami bahawa x dapat nak bawa kami ke Chu Chi tunnel pada hari ini. Ni senyap je!! 
Ni lah caranya orang melayu berniaga, nasib lah dia abang sepupu kawan aq tu kalau x dah lama aq kutuk lagi. Huhu . 

So in the end x sempat lah kami ke Chu Chi tunnel hari ni.

Then terpaksa kami tukar plan hari ini.

Hari kedua di awal pagi lagi kami mencari hotel yang ada menyediakan trip untuk ke Mekong. Yela kalau ikut plan, esok kami akan ke Mekong dan kami malas dah nak tunggu agensi yang terus senyap tu. Kalau terus tunggu memang x kemana lah kami esok.

Di Hai Van hotel tempat kami menginap, mereka tidak sediakan apa-apa pakej trip pun so kena lah pergi cari pakej ini di hotel-hotel lain. Mekong Trip terdapat banyak jenis, seingat aq ada pakej untuk sehari and dua hari.

Next entry saya akan ceritakan tentang pakej ke Mekong.

Untuk masa lapang yang panjang ni, kami ke Golden Dragon Water Puppet Theatre untuk menonton theatre. 
Nasib baik aq telah membuat back up plan untuk ke sini jika mempunyai masa lapang. So direction ke sini telah aq print siap-siap dari google maps. Kami ke sini dengan berjalan kaki sahaja.

Harga entrance untuk theatre ni ialah 180,000 dong. 
Duration time selama 45 minit sahaja. 
Terdapat dua masa yang kita boleh pilih iaitu jam 5 petang atau 6.30 petang. 
Kami membeli tiket ini pada waktu tengahari dan memilih 6.30 petang sebagai show time kami. Anda dinasihatkan supaya membeli tiket ini seawal yang mungkin bagi mengelakkan kehabisan tiket.

Nasib ada tiket lg. hihi
Sementara menunggu show time pada 6.30 petang, kami berjalan di sekitar Saigon plaza, taka plaza dan juga parkson. 
Nothing much here, banyak barangan seperti pakaian harian, jeans dan sebagainya yang murah-murah tetapi kami tidak membeli pun sebab ianya bukan keperluan kami. 
Kalau nak di ikutkan, aq lebih suka shopping pakaian di Bandung. Hehe.

Ni lah Ben Thanh Market
Finally, masa ditunggu akhirnya tiba, jam 6 petang kami dibenarkan masuk ke panggung theatre ni.

Sempat jugak selfie before start panggung
Keadaan semasa theatre berlangsung
Di waktu malam kami makan di sekitar Ben Thanh Market dan seterusnya kami berjalan lagi di Ben Thanh Night Market. Kami mencuba kopi halal di sini. Memang sedap gilerrr!!!

Harga kopi hanya RM3 / 1USD / 20,000 dong. Mana untung? Kalau bayar dollar maknanya kita bayar RM3.60 pada ketika itu. If in VND, 20,000 dong bersamaan RM3.40. Nilah akibatnya jika matawang Malaysia yang jatuh pada ketika itu.

Kopi Halal yang sgt KAWW! Sedap gile! Starbucks pun kalah taw.haha
Kami makan di area Ben Thanh Market juga malam ni tetapi di restaurant yang berlainan.
Selesai makan kami berjalan di sekitar Night Market dan boleh plak terjumpa prof sahar di sini. 
Kecil betul dunia ni kan.
Prof Sahar merupakan lecturer aq semasa pelajar di PASUM dulu. 

Bersama Prof Sahar di Ben Thanh Night Market
Suasana waktu malam di sini memang meriah. Ramai pelancong terutamanya dari Malaysia membeli belah pada waktu ini. Memang best jalan kat sini waktu malam.

Travel to Ho Chi Minh City, Vietnam (DAY 1)


Hari pertama kami kat sini just jalan-jalan di sekitar Ben Thanh Market.

Setelah check in hotel, kami melawat di sekitar kawasan Ho Chi Minh City dengan kaki sahaja.

Semua lokasi terletak dalam lingkungan jarak 1 km sahaja dari hotel. Lebih baik jalan kaki sahaja dari naik teksi sebab sambil jalan jalan boleh gak cuci mata tengok tempat kat Ho Chi Minh ni. 

Di Ho Chi Minh ni memang ramai sangat pelancong! Terutamanya mat salleh and orang Malaysia.

Tempat yang kami lawat pada hari ini ialah

  1. Post Office Saigon
  2. Notre Dame Cathedral
  3. Hard Rock Café Ho Chi Minh City
  4. City Hall Saigon

Tempat-tempat ini kami melawat dengan kaki sahaja. Untuk mengelakkan dari sesat aq telah print siap-siap direction ke tempat-tempat ini dari google maps.

Notre Dame Cathedral merupakan bangunan beratus tahun yang dibina pada lingkungan tahun 1860-1880 an lagi.

Post office di Saigon pula dibina seawal abad ke 20. Di sini anda boleh menghantar poskad terus ke Malaysia. Harganya dalam RM3 kalau x silap.

Hard Rock Café Vietnam x taw lah apa yang famous nya. Tapi merupakan landmark jugak kalau dah ke sini. Haha.

Malangnya time tu City Hall ni tengah renovate bahagian luar nya so kami just jalan melintasi nya sahaja.


Bahagian dlm post office saigon, Cool kan!

Nilah Notre Dame Cathedral

Di sekitar Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City
Untuk makan jangan risau, banyak je makanan halal kat sekitar Ben Thanh Market ni.

Korang jalan je mesti jumpa punya. Harga nya mahal sedikit dari di Malaysia tapi kenalah faham bukan senang nak cari sumber makanan halal kat sini. Kalau harga mahal sikit tu bayar jela eh yang penting perut kenyang. Hehe.

Kalau kat area makanan halal ni memang penuh dengan orang Malaysia je.

Pho atau beef noodles merupakan makanan popular di Vietnam

Di waktu malam kami menghabiskan masa berjalan-jalan di Ben thanh Night Market yang terletak di sekitar Ben Thanh Market je pun. Jalan punya jalan akhirnya aq pun terbelilah beg deuter ni. Memang murah travel beg kat sini. Untuk makluman jugak, di area Ben Thanh ni kita boleh menggunakan matawang Malaysia, Vietnam Dong ataupun USD.

Matawang Vietnam Dong biasanya digunakan untuk transportation dan makanan. Kalau nak membeli belah boleh menggunakan Ringgit Malaysia/Vietnam Dong ataus USD. Manakala, untuk pakej trip dan hotel kebiasaanya dibayar dengan menggunakan USD. Kena pandai guna money converter kalau nak untung ok. Sebab matawang ni ada naik and turunnya. Masa aq melancong ni matawang Malaysia jatuh, so bayar guna Ringgit Malaysia x merugikan aq. Jika guna Vietnam Dong aq akan rugi sikit pada ketika tu.


Travel to Ho Chi Minh City, Vietnam (INTRO)


Kami meneruskan lagi percutian kami dari Seoul, South Korea ke Ho Chi Minh City, Vietnam.

Nama lain bagi Ho Chi Minh City ialah Saigon. Namanya telah ditukar ke Ho Chi Minh City pada tahun 1976.

Kami tiba di Ho Chi Minh City pada jam 1.40 pm waktu Vietnam. Anggaran masa dari Seoul, South Korea ke Ho Chi Minh City, Vietnam dalam 5 jam 40 minit. Sepanjang dalam flight memang tak buat apa pun melainkan makan, bangun dan tidur je.haha

Setelah tiba di Ho Chi Minh City, kami menaiki teksi ke Hai Van hotel iaitu hotel yang kami telah tempah sebelum berangkat ke Seoul lagi. 

Terdapat dua cara untuk ke hotel di sekitar Ben Thanh Market.

  1. Menaiki bas no 152, akan berhenti di perhentian akhir di Ben Thanh Market
  2. Menaiki teksi

Jika menaiki bas, harga nya sangat murah dalam 3,000-10,000 dong sahaja.

Kami memilih untuk menaiki teksi disebabkan barang yang sedia ada sudah banyak maklumlah baru balik dari Seoul kan. Hihi.


Teksi yang kami naik adalah teksi Vinasun, penting untuk memilih teksi ini sebab teksi ini menggunakan meter. So anda x kan di tipu.

Contoh taxi Vinasun
Setelah keluar dari airport, anda dinasihatkan untuk terus mencari teksi Vinasun. Ianya terletak disebelah kiri setelah anda keluar dari Airport. Jangan terpedaya dengan ulat-ulat teksi yang akan tegur anda dan menawarkan harga pada anda. Walaupun mereka tunjukkan kad Vinasun tapi mereka sebenarnya bukan membawa teksi Vinasun!! Lebih baik anda mencari teksi Vinasun sendiri, biasanya akan ada pekerja yang membantu dan mereka memakai baju kemeja berwarna turquoise kalau x silap.

Harga teksi dari airport ke hotel area Ben Thanh Market lebih kurang 150,000 dong sahaja. Jaraknya dekat cuma jalannya agak jammed disebabkan lampu isyarat.

Kami tiba di hotel dalam 20-30 minit dari airport.

Hai Van hotel
Kami menempah hotel ini melalui Booking.com . Memang sangat berbaloi tinggal di sini walau lokasi nya jauh sedikit berbanding dengan hotel-hotel yang terletak di sekitar Ben Thanh Market.

Bezanya cuma hotel ni kena jalan dalam 5 minit untuk ke Ben Thanh Market and hotel lain di sekitar jalan Nguyen Ahn Nih dan le loi hanya ambil masa 2 minit sahaja.

Disebabkan kami masih muda setakat berjalan lebih 3 minit apa lah salahnya kan. Haha.

Bagi sesiapa yang ingin ke Ho Chi Minh City dan ingin membuat tempahan hotel anda dinasihatkan untuk rajin-rajin lah google untuk jarak lokasi hotel dengan Ben Thanh Market. Sebaiknya jaraknya haruslah dekat and able to be approach by foot je. Ini kerana kat Ben Thanh Market anda boleh bershopping sakan and belah malam pula ada Night Market di sekitar Ben Thanh Market. Barang yang dijual di Night Market lebih kurang je dengan barang yang dijual di dalam Ben Thanh Market Cuma harganya lebih murah sahaja.

Di Hai Van kami menempah bilik untuk 3 orang. Biliknya sangat luas! Mempunyai satu katil single and satu katil king size. Biliknya juga mempunyai balkoni. Tandas nya juga besar siap mempunyai bath tub lagi tu! Haha. Wifi juga available in this hotel. Memang terbaik!! Jika anda ingin menggunakan seterika, boleh mintak pada receptionist tanpa bayaran tambahan.

Sorry sebab tak ambil gambar semasa di dalam bilik.

Kadar bayaran hotel ialah USD 83 untuk 3 malam.

VIETNAM

HO CHI MINH CITY


Sunday 8 February 2015

Winter in Seoul, South Korea (FINAL)

Finally, tibalah masa kami meninggalkan bumi korea.

Penerbangan kami pada jam 10.15 pagi waktu Korea menuju ke Ho Chi Minh City, Vietnam menggunakan perkhidmatan Vietnam Airlines.



Sebelum terlupa, saya ingin kongsikan tempat shopping souviner terbaik di Seoul, South Korea dan juga itinerary kami sepanjang di Seoul, South Korea.


Tempat Shopping Souviner Terbaik di Seoul, South Korea.

1) ARIRANG SHOP DI DOTTA PLAZA

Arirang shop terletak di tingkat 6 DOTTA Plaza di Dongdaemun. Terdapat banyak pilihan souviner di sini dengan harga yang sangat murah. Tetapi jika anda ingin membeli baju I love Korea lebih baik anda ke Namdaemun kerana harga di Namdaemun lebih murah dan kualiti nya sama sahaja

Nailcutter - KRW7000 (10 pieces)
Keychain - KRW7000 (10 pieces)
Fridge Magnet - KRW7000 / KRW8000 (4 pieces/ 5 pieces)
Bookmark - KRW1500 (1 piece)
Spoon with Chopstick - KRW1500 (1 piece)
T-shirt - KRW5000 / KRW10000 (1 piece)

Banyak lagi souviner lain. Tapi ni antara barang yang aq beli. hehe.





2) NAMDAEMUN

Di kedai pakcik ni terletak di simpang jalan ni


Baju yang di jual di sini berharga 3 helai baju berwarna hanya KRW 10000.
Berdepan dengan gerai pakcik ni juga ada jual souviner murah mcm kat Arirang Shop cuma pilihannya kurang sedikit tp sgt berbaloi kalau pergi.



3) INSADONG

Kalau anda mencari teddy bear yang memakai hanbok ni boleh lah ke Insadong. 

2bear ni berharga KRW15000, ada gerai yang menjualnya dengan harga KRW18000. 
So, pandai-pandailah survey yea.

Palace tu pulak berharga dalam KRW18000.



Itinerary di Seoul, South Korea







Itinerary sepanjang di Seoul, South Korea


Berikut merupakan TOTAL COST untuk Korea Vacation






(KRW 1,000 = RM 3.30)
Untuk makluman, bayaran RM290 dikenakan kat kami untuk Flight Seoul-Ho Chi Minh City kerana kami menukar tarikh penerbangan Ho Chi Minh - Kuala Lumpur selepas membeli tiket airlines.

Semasa membeli tiket airlines, tarikh sebenar ialah 31/01/2015 untuk Ho Chi Minh ke Kuala Lumpur tetapi kami menukarnya kepada 3/2/2015 kerana alang-alang dah sampai Vietnam baik jalan-jalan sana dulu kan.

Untuk makluman, transit di Vietnam paling lama sehari sahaja, iaitu bermalam 1 malam di Vietnam. Transit sehari di Vietnam cukup untuk cover area Ben Thanh Market, Notre Dame Cathedral, Nigh Market dan Golden puppet theater pun sempat (sila baca entry Vietnam)

Total cost di Korea sebenarnya sangat boleh dikurangkan lagi jika kurang membeli souvenir.
So kalau nak murah lagi kena pandai budget la ya.


Winter in Seoul, South Korea (DAY 12)

Hari ke-12 merupakan hari terakhir kami di Seoul.

Kami menunaikan solat jumaat di Itaewon.

Disebelah petang kami shopping di Namdaemun. Untuk ke Namdaemun, boleh turun di Hoehyeon station dan keluar di EXIT 5.

Pakaian di Namdaemun sgt murah. 3 helai baju berwarna (I love  KOREA) berharga KRW 10000.

Ni lah kedai pakaian yang murah di korea


Try lah cari kedai ni sampai dapt! klu die berdekatan dengan sign board NAMDAEMUNSIJANG 8-GIL . Sorry xdpt bantu lebih dr ni
Berdepan dengan kedai baju ni ada kedai souviner murah jugak. Same price as Arirang Shop cuma pilihan nya kurang tp berbaloi juga untuk pergi.

Berdepan dengan kedai pakaian tadi 
Thank to wan lily and her korean friend sebab bawak kami ke kedai souviner murah di Namdaemun. Without them kami tak kan jumpa kedai tu.
Kami menghabiskan hari terakhir di Seoul dengan bershopping sahaja.

Sambil jalan-jalan shopping sempat juga kami beli Manjoo Hana ni. Memang sedap! Harganya KRW3000.

Pada waktu malam pula, kami tidak melepaskan peluang untuk makan di Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant yang famous di Seoul.

Ianya terletak di Yeoksam. So dengan menaiki subway turun di Yeoksam station and keluar di EXIT 6. 

Untuk detail direction boleh klik sini


Grilled lamb yang sangat tasty . Sedapnya!