Sunday 12 November 2017

Hot Summer in Hong Kong & Macau (FINAL)

Seperti dijanjikan di entry ni aku akan share sikit itinerary kami sepanjang di Hong Kong and Macau.
Tapi sebelum tu nak share sikit souvenirs yang berjaya di bawa pulang.

Berikut souvenirs yang berjaya di bawa pulang, walau tak banyak tapi ada untuk orang tersayang. Gitu. Hehe.

Antaranya di Hong Kong,
1. Pen I <3 Hong Kong = HKD 20/pack (6 pieces per pack)
2. Beg tote Hong Kong = HKD 100 for 6 pieces
3. Pendrive cartoon = HKD 15-20/pieces
4. Fridge magnet = HKD 100 for 6 packs (6 pieces per pack)
5. Keychain/nail cutter = HKD 11/pax 
6. Keychain biasa = HKD 100 for 3 packs (6 pieces per pack)
7. Stokin comel-comel macam panda semua = HKD 50 for 7 pieces.
8. Tshirt Hong Kong = HKD 100 for 6 pieces
9. Casing phone (sufee beli) = HKD 15/pax
10. Card holder Hong Kong = HKD 30/pax
11. Gelang (Najwa beli) = HKD 20/pax
12. Jam mickey mouse = HKD 20/pax

Di Macau pula,
1. Fridge magnet bentuk casino, HKD 40 = 6 pieces
2. Keychain macau, HKD 40 = 6 pieces
3. Mini Venetian Hotel monument = HKD 25
4. Tshirt Macau = HKD 23 or HKD 24 per pieces

Tak banyak yang di shop tapi tak apa lah yang penting ada untuk di buat kenangan kan. 😊
pen I LOVE HK
stokin panda
pendrive minnie mouse
keychain
tshirt macau
Bawah ni pula ialah itinerary kami dan cost sepanjang di sana.


Cost in details : 


Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh hubungi aku melalui 

fb, Alif Mustaqim or 
Instagram ID: mustaqimaliff

Thanks for reading.
Travelog Mr. Alif ~

The newbie
The beginner

Hot Summer in Hong Kong & Macau (DAY 5)

Ya, hari ini hari terakhir kami di Macau and sebelah malam kami akan menaiki flight ke Kuala Lumpur.

Today, kami decide untuk ke Senado square, Ruin of St Paul and shopping Macau souvenirs sikit.

Actually, banyak lagi tempat kat Macau ni yang kami tak cover sebab rasa malas masa tu. Haha.

Antara tempat menarik yang kami tak pergi ialah di Fisherman Wharf, Wynn Hotel, Macau Tower dan banyak lagi.

Kami check out around 12 tengah hari. Memang sengaja nak check out lambat supaya rehat lama sikit kat hotel. Actually, aku sangat bertenaga je nak keluar awal pagi tapi disebabkan travelmate yang lain seolah hampir terkulai layu so aku pun decide pergi dua tempat kat atas tu je instead of cover lebih banyak tempat. Haha.

So, kami decide untuk tinggalkan luggage di receptionist London hotel tu. Kami berjalan ke Senado square semula and kali ni ikut jalan lain yang lebih dekat lagi rupanya. Haha.

Panas terik sekali kat senado square ni ya! Tapi bila panas camni lighting memang terbaik lah kan. Hehe.
acah2 europe ckit tmpt ni hehe
wefie di depan ruin of st paul
Untuk ke Ruin of St Paul ni tak perlu risau, jalan kaki je dari Senado square. Terdapat signage yang membawa kita ke sana.

Selesai bergambar kami berjalan di sekitar situ and membeli sedikit souvenirs. Banyak je kedai-kedai souvenirs dekat sini cumanya tak tahu kenapa aku tak shop sangat just beli baju and fridge magnet je. Then, bila dah balik Malaysia rasa cam tak cukup souvenirs nak bagi orang. Sobs sobs. Tapi bila fikir balik siapa cepat dia dapat lah kan. Haha.
egg tart memang femes kat macau tp disebabkan tak pasti halal ke tidak so kami tak beli sobs
grab benda ni sebab murah sgt haha
tshirt macau
Disebabkan banyak masa lagi so kami decide untuk makan tengah hari di Lou Lan Muslim Restaurant lagi (dah tu je kan yang halal). Sambil lepak dengan lama di situ ya. 
menu last day d macau
again d lou lan
Rupanya di Lou Lan Muslim Restaurant ni terdapat ruang solat di tingkat 2. Kami minta kebenaran untuk solat di situ, plus, sambil lepak buat rumah sendiri. Haha.
ruang solat d tingkat atas
buat mcm rumah sendiri lepak sini hehe
alhamdulillah bakal imam siapa ni?
By the way, walau restaurant ni restaurant biasa-biasa je tapi kemain lagi siap banyak CCTV ok. Dekat tingkat 2 ni kita boleh tengok screen yang paparkan CCTV kawasan dalam restaurant ni. Kalau kerja kat sini memang tak dapat nak mengulor lah kan. Haha.
cctv pun ado ye
Setelah siap solat semua kami pun bergerak semula ke hotel untuk ambil barang sebelum ke airport.
Sebelum ke airport terfikir juga sama ada nak naik taxi or bus. Nak naik teksi sebab tak nak sesat tapi bas jauh lebih murah. Take taxi or bus?

Setelah buat pengiraan aku rasa lebih baik naik bus dari taxi.

Untuk tak nak sesat google je siap-siap dari hotel kat mana nak naik bas, bas no berapa and pitstop apa. 

Oh by the way, before pulang kami tukar semula wang Macau kepada Hong Kong Dollar. Sebabnya di Malaysia tak banyak money changer yang accept matawang Macau. So, better tukar siap-siap. Walaupun kami dah rugi sebab tukar dari MYR ke HKD and dari HKD ke MOP and now dari MOP back to HKD then kat Malaysia HKD to MYR again. Complicated sungguh kan! Kalau tak nak complicated tukar HKD je tak yah feeling nak tukar MOP sebab macau accept je HKD.haha.

Money changer ni terletak sebelah hotel kami je.

After dah tukar money, kami pun berjalan ke stesen bas yang dah di google tadi. Tak jauh pun dari hotel kami. Keluar hotel belok kanan, jalan sampai hujung (jangan melintas jalan) then belok kiri and tunggu bas yang terletak di depan 7 Elevan je.

Kami naik bas no 26 yang akan ke airport. Memang jimat sebab harga tiket cuma HKD 5 sahaja. Kalau naik taxi tadi mesti dah harga HKD 150++ or mungkin lebih sebab airport jauh juga dari hotel around 45 minutes -1 hour. Satu percaturan yang bijak di sini. Hehe.

Untuk ke airport turun je di station Aeroporto, memang betul-betul depan pintu masuk airport bas tu berhenti.

Bila sampai di airport, kami agak terkejut sikit sebab airport nya kecil je macam Senai airport je, mungkin besar sikit Macau la but still for International Airport aku rasa ni antara airport yang kecil kot.
macau airport
laluan masuk ke departure hall
ayuh kt pulang
Selesai luggage drop then merepot lah tunggu flight pukul 8.25 pm and as usual tak Air Asia lah kalau tak delayed kan. Flight kami delayed ke 9.15 pm maka tiba di KLIA2 jam 1.05 pg.

Apa-apa pun Alhamdulillah, selesai sudah trip aku ke Hong Kong dan Macau.

Till we meet again Hong Kong dan Macau 😊

Next entry aku share sikit our details Itinerary di Hong Kong dan Macau and Total expenses di Hong Kong and Macau termasuk makan dan souvenirs 😉
food ob board! kelaparan ok masa ni
sanggup beli additional curry puff sebab mengidam haha

Saturday 11 November 2017

Hot Summer in Hong Kong & Macau (DAY 4)

Disebabkan trip kami ni trip santai-santai je, so hari ni kami keluar lewat dari bilik.

Actually, today kami akan check out, thay why keluar lewat sikit. Selepas sarapan and siap packing barang, kami check out around 11 am. Oh by the way, dekat Lily guest house ni akan ada orang yang kemas bilik kita setiap hari. Tapi dia kemas ambil sampah-sampah je tak da lah sampai tukar cadar setiap hari. Haha.

Untuk check out tinggalkan je kunci dekat dalam bilik. Tak perlu hantar ke receptionist pun kecuali lah kalau korang nak tinggal kan luggage kat sana kan.

Goodbye Lily Guest House!
Water yg disediakan and fridge
check out cmpak je kunci kat dalam haha
menukar wang macau kat money changer bawah hotel je
yeah to the next country. hoho

Dari hotel kami menuju ke China Ferry Terminal dengan berjalan kaki sahaja ok.

Kami guna google maps je untuk ke sana.

Tak jauh sangat pun nak berjalan kaki, tapi if seseorang tu tak biasa mesti rasa jauh. If tak nak jalan naik jela teksi kan.

Kitorang steady je jalan kaki. Hehe. Sepanjang perjalanan memang akan ada sign board direction ke China Ferry terminal ni.

sekitar pemandangan otw ke china ferry terminal
mcm2 butik ada
dah nampak sign board! yeah
hoho finally sampai!
this is!

Kami sampai ke China Ferry Terminal, and terus ke kaunter turbojet.

Ramai je ulat-ulat tiket kat sini dah macam kat pudu zaman dulu-dulu. Haha. Tapi kami buat tak tahu je and terus ke kaunter Turbojet.
turbojet kaunter
Actually, ada dua cara hendak ke macau, iaitu dengan naik cotai ferry or Turbojet. Turbojet akan turun kan passenger di Macau Outer Harbour Terminal manakala cotai di Taipa (Macau Ferry terminal). 

Kami pilih turbojet disebabkan hotel kami berhampiran dengan Macau Outer Harbour Ferry compare to yang lagi satu.

Tiket ferry Turbojet economy class ke Macau ialah HKD 164 seorang.

Actually, kami belum return Octopus card kami and kami ingat boleh pulangkan di China Ferry Terminal ni rupanya memang tak boleh. Sobs sobs. Burn HKD 50 deposit kami tu. Huhu. Tak pe lah buat kenangan jela kan.

Untuk luggage yang besar gedabak atau yang exceed 20 kg, Turbojet ada menyediakan ruang penyimpanan luggage. Acah-acah drop luggage macam naik flight.

Tapi ada extra charge untuk luggage drop.

Harga macam gambar di bawah. 

tempat drop luggage
price for each kg luggage
ini extra price kena bayar for luggage drop
Luggage size cabin boleh di bawa ke dalam ferry. Sistematik kan system ferry dorang ke aku yang jakun? Hahaha.

Drop luggage mestilah 45 minutes before ferry departures.

Seat untuk dalam ferry akan diberikan masa kami masuk gate. Dia tampal je kat tiket ferry tu macam dalam gambar. Kalau nak duduk sebelah-sebelah kena la beratur sama-sama.
gate untuk ke ferry
Imigresen pun ada tapi macam tak ketat sangat pun.

After settle semua merepot lah tunggu ferry.
departure time
arah berthing
Perjalanan ferry from Hong Kong to Macau is around 1 hours.

Turbojet ni memang laju sampai ada satu ketika tu dia brek and aku rasa macam nak karam je ferry ni. Scary! Haha. Tapi alhamdulillah around 2.30 pm macam tu kami sampai di Macau! Hoho.

sekitar pemandangan masa otw ke macau
projek baru kot

nasib baik dapat duduk tepi tingkap. hehe
sampai sudah di macau. hoho

yeah next country!
Selepas imigresen and luggage claim, actually kami macam blur kejap nak naik apa dari ferry ni untuk ke hotel. 

Sebab Bahasa nya kebanyakan in Portugese and Mandarin. Lambat nak digest nama-nama tempat tu.
Aku bertanya kan di information kaunter, how to go to Senado square because our hotel terletak berhampiran situ tapi orang kaunter tu senang je bagi satu kertas kecik dia tulis pit stop Almeida Ribeiro (kemain nama) and bus no 3 kalau tak silap and ambil bas tu kat stesen bas depan ferry terminal. 

Sangat tak helpful berbeza kalau pergi aussie hari tu. Kalau kat aussie dulu bila tanya kat information kaunter, orang tu siap bagi maps tunjuk kat mana kita sekarang and tempat kat mana nak tuju kan. At least nampak sikit. Maps yang ada kat information kaunter tu pun sendiri kena tanya boleh ambil ke tak.? Kalau tak haram lah dorang nak offer bagi.

Disebabkan aku tersangat blur masa tu and kitorang pun tak nak sesat sebab bawak luggage berat-berat kan. So, we decided to take a cab. 

Harga cab kat sini sangat mahal ya. Walaupun jarak hotel kami dari ferry tu tak jauh, rasanya around less than 5 km. Tapi total price for a cab is HKD 58 or bersamaan RM 30++. 

Oh, by the way, macau accept mata wang HKD, Chinese RMB and Macau patacas. Actually, kitorang dah tukar ke duit macau masa di Hong Kong. Di mirador mansion terdapat beberapa money changer. So nak feeling pergi lain country so harus ada duit currency lain. Hehe.

Dengan bantuan teksi so kami dapat sampai cepat sikit di London Hotel, tempat penginapan kami di Macau.

After check in, kami rehat-rehat and solat dulu di hotel. Around pukul 5 baru nak keluar cari tempat makan. 
ok la not bad hotel ni
toilet pun bersih je
Setelah google di area senado square ada satu je restaurant halal iaitu Lou Lan Muslim restaurant. 

Kami keluar untuk mencari restaurant ini tapi before that sufee ada jumpa kedai halal Indonesia from google. At first, kami try cari kedai Indonesia ni tapi tak jumpa and tah macam mana tah kami jalan-jalan sana sini tetiba Lou Lan Muslim Restaurant ni ada dekat depan mata dah. Haha. Ajaib sungguh.  

Then kami decide untuk makan je di sini. Harga makanan kat sini jauh lebih mahal dari di Hongkong. Tapi nak buat macam mana masing-masing dah lapar. Tutup mata jela bayar kan. Makanan kat sini tak sesedap Ma’s Restaurant di Hong Kong. Menu dia banyak lamb je. Ayam ada tapi jenis lauk pauk gitu je.
dalam kesesatan tibe2 menuju kebenaran hehe
pekerja dia orang indonesia
hakak-hakak kelaparan ni
menu yang kami order
duit macau

Actually, hari ni kami target nak ke venetian hotel je.

Di Macau memang banyak hotel gerand gerand and ada kasino di dalamnya. Tapi kami target nak pergi Venetian Hotel yang famous tu je. Malas nak pergi hotel-hotel lain.

Untuk ke Venetian ni boleh naik bas 26A and turun di Est Do Istmo / City of Dream (C.O.D)
Kalau dari lou lan ni keluar restaurant belok kanan and melintas jalan and tunggu je kt bus stand area situ.
bus stand di macau
pusingan tempat yg bas ni pergi
Kami tiba di Venetian Hotel around pukul 7 malam. Actually, dah salah planning sebab aku lupa kat venetian hotel ni ada food court halal. So, patutnya dari tadi terus ke sini tak perlu sesat-sesat di senado square kan.

Bila kat venetian hotel ni actually yang menariknya design dalam bangunan dia. Sangat cantik macam venice di Europe.
Bas tadi turun kan kami di sini. di depan city of dreams
nilah venetian tu dari city of dreams tu kena lintas jalan je
Actually, ada egg tart Portugese famous kat sini tapi bangunan ni besar sangat and kami pun tak lapar sangat so malas nak struggle cari. Actually, egg tart tu ada dekat food court dia juga di tingkat 3.
 
Aktiviti kat sini bergambar sahaja ya. 

By the way hotel-hotel kasino ni sangat wangi okay. Memang dia ada sembur perfume dari siling rasanya.
siling yang persis awan
macam venice kan
bawah ni lah casino
casino area
gift shop pun ada dalam ni
nampak mewah kan
posing ckit hehe
Then sebab tak tahu nak buat apa so kitorang macam plan nak masuk kasino tapi guard guard ramai jaga di setiap entrance and dia minta passport. Aku and sufee both passport tertinggal dekat hotel tadi. Haih. 

Najwa and Ermie dorang dua dua bawak passport tapi malang nya Najwa tak boleh masuk sebab belum 21 tahun lagi. Haha. Baru aku teringat yang dulu masa di Singapore aku pernah masuk kasino di Marina Bay tu and dia memang tengok passport for age validation. Tapi di Marina Bay lebih ketat sebab dia siap check passport tu guna alat apa tah untuk validation. 

So kami pun berlegar je dalam mall tapi entah macam mana aku terfikir rasanya boleh je kot tunjuk IC or driving license sebab aku rasa dia nak tengok passport untuk tengok umur je. Aku tengok guard-guard ni tak pegang alat-alat apa-apa pun and tak semua orang yang nak masuk tu dia minta passport. So mesti tujuan dia nak tengok passport for age validation je and kitorang ni nampak macam budak sekolah yang sesat kot. Hahah. And that its aku betul. Haha. Lepas tunjuk IC, aku ngan sufee pun masuk dalam kasino tu kejap. Saja tengok dorang main gambling tu. Plus, kat sini tak boleh nak ambil gambar pun. Ambil curi-curi takpa lah tapi kalau kantoi nanti kena marah dengan guard situ macam yang terjadi dekat sufee. Haha.

Tak lama pun kat dalam tu sebab Najwa and Ermie dorang tunggu di luar. Aku tengok orang main kasino tapi tak paham pun. Haha. Just tengok jela tapi apa boleh cakap yang venetian hotel ni sangat mewah siap ada escalator bentuk curl lagi. Unik kan!

After dah puas berjalan dalam Venetian Hotel kami decide untuk ke hotel sebelah iaitu the Parisian hotel.  

Hotel ni unik nya sebab ada Eiffel Tower jadian kat luar hotel tu. Memang cantik dengan lampu-lampu bagai cuma x setinggi Eiffel tower je.

Yang x best nya ada guard jaga di bawah tu tak bagi orang dekat dengan Eiffel tower ni, so kitorang just ambil gambar dari jauh je.
cantik parisian die ni hehe
depan hotel parisian. sangat besar kot
Lepas dah agak-agak puas lepak kat sini kitorang ambil bas untuk pulang semula ke Senado square and berjalan ke hotel.

Pada mulanya gigih kami menapak ke tempat bas yang turun kan kitorang tadi iaitu di Est Do Istmo / City of Dream (C.O.D) rupanya bila kami tanyakan kat driver bas tu dia cakap kalau nak ke Senado square kena naik bas di depan Parisian Hotel. Bas no yang sama juga 26A cuma kitorang kena patah balik ke Parisian! Penat weyh menapak! Tapi terpaksalah kan kalau tak ada yang tidur kat Venetian Hotel karang. Haha.

Dalam perjalanan ke senado square dapat lah juga tengok suasana malam di Macau. Memang cantik dengan lampu-lampu pada setiap binaan bangunan hotel yang unik. Macam Las vegas (bajet pernah pergi Las Vegas je).hhe

Tiba di Senado square iaitu di hentian Almeida Ribeiro kami menapak semula ke hotel.
Banyak betul menapak hari ini dari sesat cari restoran halal sampai lah salah tunggu kat tempat hentian bas. Haih.

Esoknya kami akan check out dah and malam tu flight balik Malaysia. Sobs sobs.

Ok, Good Night from Macau.