Thursday 12 February 2015

Travel to Ho Chi Minh City, Vietnam (DAY 3)

Hari ke-3 kami menghabiskan masa di sungai Mekong. Sungai Mekong merupakan sungai yang mengalir di 6 buah Negara antaranya ialah China, Thailand, Cambodia, Laos, Myanmar dan berakhir di Vietnam. 

Kami mendapatkan pakej ini melalui survey yang telah dilakukan semalam. 
Harga untuk Mekong trip berbeza mengikut hotel atau agensi pelancongan berdekatan. Mungkin ada hotel yang ingin mengaut keuntungan lebih kot. 
Selain itu, harganya juga berbeza sekiranya mengambil pakej private tour atau joining tour and mestilah pakej joining tour lebih murah dari private tour kan.

Setelah membuat perbandingan harga, akhirnya kami bersetuju untuk mengambil pakej Mekong tour di agensi Vietnam Travel & Tours.
Ini kerana harga yang dikenakan lebih murah berbanding dengan tempat lain. Harga yang kami dapat untuk pakej sehari ke Mekong ialah USD15 seorang tanpa makan atau USD20 dengan makanan halal. 
Pakej kami ini merupakan pakej joining tour bersama pelancong-pelancong lain yang kami tidak kenal. Pakej ini juga beserta dengan tour guide berbahasa English.

Pada permulaannya, kami membayar USD20 seorang kerana ingin makan tengahari di sana. 
Akan tetapi, kami telah dinasihatkan oleh seorang makcik yang kebetulannya kami jumpa di restaurant semasa makan malam semalam untuk tidak mengambil pakej beserta makanan semasa di sana. Ini kerana status halal bagi makanan tersebut tidak terjamin. 
Nasib kami baik kerana kami dibenarkan refund USD5 dari agensi ini. Kami mengambil refund dari agensi ini setelah makan malam semalam.


Bagi yang berminat boleh telefon/whatapps no tertera
Kami memulakan trip ke Mekong hari ini seawal 8 pagi. Pada jam 8 pagi van/mini bus datang mengambil kami di hotel. Beserta dengan kami terdapat pelancong dari Germany, Hungary, Philipphines dan juga Malaysia.

Perjalanan ke Mekong mengambil masa 2 jam setengah dengan jaraknya lebih kurang 80 km. Dalam perjalanan kami singgah di sebuah pagoda/ tokong untuk melihat seni binanya.

Singgah sebentar di pagoda
Setibanya kami di Mekong River, kami menaiki boat untuk merentasi sungai Mekong.

Maps di Delta Mekong
Tempat pertama yang kami lawati ialah ladang lebah. Di ladang lebah ini terdapat satu produk yang dinamakan royal jelly iaitu madu yang dihasilkan dari queen bee.

Kami di hidang dengan air madu yang fresh dari ladang masa kat sini. Di samping itu ada orang yang menjual madu dan royal jelly ni. Royal jelly ni katanya sangat bagus untuk penjagaan kulit.

Harga untuk madu sebotol dalam 100,000 dong dan Royal jelly ialah 200,000 dong.
Seperti biasa aq x membeli sebab selalunya kalau beli madu mesti makan tak habis. hehe

Minuman yang dihidangkan kepada kami semasa di ladang lebah.
Minuman ni merupakan campuran air, madu dan royal jelly. Boleh tahan jugak la rsenya.
Seterusnya di Mekong kami bergerak ke sebuah tempat yang menghidangkan kepada kami buah-buahan tempatan di Vietnam. 
Buah-buahan tempatan di sini lebih kurang je dengan Malaysia maklumlah cuaca iklim pun sama je. Sambil menikmati buah-buahan kami juga dihidangkan dengan lagu-lagu tradisional Vietnam yang dinyanyikan secara live menggunakan alat muzik tradisional mereka.
Raga di atas meja bertujuan untuk mengambil tips dari pelancong seperti kami.

Setelah selesai makan di sini, kami bergerak ke kawasan pembuatan coconut candy. Coconut candy ni rasa dan rupanya memang sama dengan dodol kalau di Malaysia.

Mereka menunjukkan kepada kami cara menghasilkan coconut candy ini dengan menggunakan peralatan tradisional sahaja.
Coconut candy juga mempunyai pelbagai perasa. Contohnya coklat, peanut, pandan, kopi dan natural.

Dari kelapa akhirnya jadi lah coconut candy ni.
Harga candy ini dijual, sepaket dalam 35,000 dong.

Setelah habis lawatan di sini. Kami di bawa ke restaurant untuk makan tengahari di sana. Bagi kami yang tidak mengambil pakej ini turut akan ke sana juga kerana ada ahli di dalam rombongan kami yang mengambil pakej beserta makan ini.

Kami di bawa ke sana dengan menggunakan sampan. Saat ini lah yang di tunggu sebab merupakan daya tarikan di Mekong. Setiap sampan memuatkan 4 orang pelancong sahaja.

Tulang empat kerat digunakan sepenuhnya untuk mendayung sampan ni
Selfie di atas sampan :p
Topi tu memang semua pelancong akan pakai masa naik sampan ni
Pengalaman menaiki sampan ni memang menyeronokkan walaupun sampan tu kecil sahaja dan agak kurang stabil jika kita bergerak sedikit.

Sepanjang dalam sampan, pengemudi menunjukkan rumah mereka yang terletak di sepanjang sungai itu. Keadaan rumah mereka agak sedikit susah bagi kami yang melihat. Kami berada di dalam sampan dalam 15-20 minit (jarak lebih kurang 2 km).

Sesampai di restaurant mereka yang mengambil pakej makan akan makan bersama di sebuah meja. Manakala, bagi kami yang tidak mengambil makanan di benarkan untuk mengadakan aktiviti bebas di situ.

Actually, sebelum bertolak tadi kami telah membawa bekal buah-buahan dari hotel. Buah ini kami beli di Ben Thanh Night Market semalam. So lunch kami hari ini ialah buiah-buahan tempatan sahaja.

Setelah selesai makan, kami akan di bawa pulang ke jetty semula. Dalam perjalanan ke jetty, kami semua diberikan air kelapa sebagai goodbye drink. 


See you again Mekong River
Selesai semuanya, akhirnya kami kembali ke Ho Chi Minh City.

Kami tiba di Ho Chi Minh City dalam jam 4.30 petang. So, sempat solat zohor dan asar di hotel before keluar semula untuk shopping di Ben Thanh Market.

Jam 6 petang, kami keluar ke Ben Thanh Market untuk shopping. Shopping kat sini aq membeli baju Japanese cotton yang di pesan oleh kakak and adik aq semasa si Malaysia lagi. Borong jugak aq malam ni walaupun x pernah beli kain macam ni. Haha

Aq membeli kain di kedai Thuy Duoc di dalam Ben Thanh Market.
Sangat murah harga di sini dan pekerja dia fasih berbahasa Melayu. Ianya terletak di area Barat di dalam Ben Thanh Market.

Harga yang aq beli ketika itu
  1. Japanese cotton – RM26 sepasang
  2. Satin Korea – RM26 sepasang
Terdapat juga kain-kain cotton yang lain di sini tetapi yang dua di atas ni je yang aq beli tu pun untuk kakak and adik aq. Haha. Memang syurga pakaian bagi kaum hawa.

Sorry, gmbr plastic bag je ada. hehe
Mungkin ada kedai yang jual lebih murah tapi aq malas nak buat survey dah disebabkan kekangan masa.

Bagi mereka yang nak membeli telekung atau pun jubah, anda boleh membeli di luar Ben Thanh Market iaitu di kawasan sekitarnya (District 1) kerana harga di luar murah sedikit jika dibandingkan dengan dalam Ben Thanh Market.

Makan malam kami di sekitar area Ben Thanh juga cumanya kami mencuba di kedai yang lain pula.

No comments: