Sunday 16 October 2016

Southern China Trip (Shenzhen-Guangzhou) - DAY 2

September 16th, 2016. Today will be a long day.

Kami solat subuh di airport. Setelah solat subuh kami bergerak menuju ke metro. Untuk membeli ticket metro anda wajib menggunakan wang kecil iaitu CNY 5 or CNY10, jika tiada boleh tukar di kaunter customer service, memang ramai orang beratur untuk menukar wang.
Hanya note kecil di terima
customer service ad di setiap station
Plan hari ini untuk menuju ke Shenzhen. Tujuan ke shenzhen is to see around the world!

Untuk ke Shenzhen kami decide untuk menaiki bullet train.

Actually terdapat banyak cara untuk ke Shenzhen sama ada menggunakan bas, bullet train or fast train. If long distance bus kami tak sure kat mana boleh ambil tapi memang akan makan masa yang lama di atas jalan. If tak silap long distance bus ada kat Guangzhou South Railway Station or Guangzhou Railway Station. Jika ingin menaiki fast train ke Shenzhen, anda di kehendaki ke Guangzhou East Railway Station.

Summarize transportation to Shenzhen from Guangzhou:
  1. Long distance bus – pick up point at Guangzhou Railway Station or Guangzhou South Railway Station
  2. Fast Train – pick up point at Guangzhou East Railway Station
  3. Bullet Train – pick up point at Guangzhou South Railway Station
Kami memilih bullet train sebab duration untuk sampai ke Shenzhen sangat cepat and harga sangat berpatutan lagipun nak merasa menaiki bullet train kan. Hewhew. Untuk menaiki bullet train, from Baiyun airport kami perlu menaiki metro ke Guangzhou South Railway Station. 
beg akan di scan setiap kali bila naik metro di guangzhou dan shenzhen
Perjalanan ke Guangzhou South Railway Station from Baiyun airport lebih kurang 1 jam 30 minit by metro. Memang tertidur tidur kami di atas metro tu and mesti orang local China rasa pelik tengok kitorang ni. Haha.

Tibanya kami di Guangzhou South Railway Station kami mencari kaunter ticket bullet train. Guangzhou South Railway Station sangat besar. Nasib baik ada kaunter pertanyaan di sana. Untuk membeli bullet train ke Shenzhen, kami harus ke kaunter ticket no 2. Kaunter ni terletak di bahagian luar. Actually boleh nampak direction ticket no 2 tu dari dalam station ni.
direction to ticket kaunter no 2
lost direction
Tibanya di kawasan kaunter ticket kami tak tahu untuk membeli di mana. Semua tulisan in Chinese dan tiada satu perkataan English pun! Akhirnya redah je mana-mana kaunter and cakap nak purchase bullet train to Shenzhen North Railway Station or in Chinese di panggil sebagai ShenzhenBei. If nak beli mesti cakap nak bullet train sebab kaunter ni ada juga menjual tiket fast train.
Kaunter ticket bullet train and fast train
All in chinese macam mana nak tahu masa and train yang available
notice board pun xde satu huruf roman pun. haih
passport di perlukan untuk membeli train tiket
Redah je kaunter ni sbb tgk ada foreigner beratur haha
Ticket price is CNY 74.5 for one way to Shenzhen Bei. Tempat menaiki bullet train ni terletak di tingkat 3. Tiket kami pukul 8.23 am. Untuk makluman bullet train sangat banyak hampir setiap 10 minit ada and train ni sangat punctual! Jangan tertinggal sudah.


Sebelum menaiki bullet train, luggage and backpackers akan di scan terlebih dahulu. Barang flammable liquid adalah dilarang macam large spray wax and large spray deodorant tu. And unlucky me, my spray wax di rampas! Huhu. Dah lah baru beli! Geram je rasa! Tapi tak ada masa nak bertekak sebab nak kejar naik train kan.
goodbye spray wax!

Actually untuk ticket bullet train ni terdapat dua jenis iaitu satu colour biru and satu colour merah. Pastikan anda beratur di lane yang betul.

Rasanya colour biru tu untuk economy class kot. Kat ticket tu ada tulis di mana seat and coach anda.
Tiket biru for economy, coach 11 seat 14B
posing acah acah model. haha
selfie dulu before naik. hew hew
14B! that my seat!
Perjalanan makan masa 30 minit sahaja dari Guangzhou ke Shenzhen. Mula-mula ingat bullet train ni tak stop mana-mana and direct terus ke ShenzhenBei tapi rupanya ianya ada stop sekejap di beberapa buah stesen. Sepanjang dalam perjalanan kami hanya menikmati permandangan. Train ni selaju 300 km/hours. Tapi rasa smooth je tak rasa laju pun! Canggih betul! Ni baru kat China kalau bullet train di Japan maybe lebih better kan.
Boleh check berapa speed and tempat dia berhenti kat skrin tu
view sepanjang perjalanan. bangunan di china berbentuk petak petak kan.
rural area, cantik je view crops die kan
Setibanya kami di ShenzhenBei, kami menaiki metro untuk ke Laojie Station iaitu metro yang paling hampir dengan hostel kami. 
ShenzhenBei station
Semasa kami membeli ticket train, kami tersilap membeli ticket, kami ingin ke Laojie tapi kami membeli ticket ke Futian. Kami tak perasan sebab ticket dia menggunakan token macam lrt di Malaysia tu. Bila dah sampai kat Laojie station nak exit tak lepas. So kami bertanya kan pada kaunter customer service di dalam station tu. 

Tapi terkejut dengan layanan orang di kaunter tu sebab die cakap out of my mind! Haha. Macam kasar sangat kan. Padahal dia nak suruh tunggu sekejap sebab masa tu dia tengah kira duit.

Then akhirnya dia scan ticket kami and kami disuruh tambah CNY1 each token. Selesai segalanya barulah kami berjaya keluar dari station tu. Tapi masalahnya kami pening exit mana nak keluar. Haha.

Nasib baik ada print hard copy direction to hostel (google maps version) and also booking form hostel tu in dwibahasa, English and Chinese. 
Lepas analyse maps kami redah je keluar ke exit B. Tapi tak sangka tu memang exit yang betul!

Kami mencari arah ke Honglong Central Plaza, sebab hostel ni terletak berhampiran Honglong Central Plaza. 
Maps yang ada tak membantu pun untuk cari Honglong Plaza tu. haih
Finally, kami jumpa Honglong Central Plaza ni tapi masalahnya tak nampak mana hostel ni! Berpusing-pusing kami kat bangunan tu.

Terletak berhampiran dengan bangunan Honglong Central Plaza ada sebuah hotel and restoran makanan halal! Wah senang nak makan ni! Hehe.

Rasa redha and pasrah if tak jumpa hostel ni nak je menginap kat hotel yang berhampiran tu. Setelah rasa macam takkan jumpa hostel ni akhirnya aku bertanya kat seorang amoi yang kebetulan ada di situ. Nasib baik amoi  ni pandai English! Kiranya dia faham tapi tak pandai nak deliver.

Dia suruh ikut dia, sebab dia nak tanya kat pekerja di dalam Honglong Central Plaza tu. Rupanya hostel kami ni terletak di kondominium sebelah je dengan Honglong Central Plaza. Ianya terletak di tingkat 28! Kat dalam booking.com tu tak tulis pulak tingkat 28! Geram je rasa!

Amoi tu bawa kami ke entrance C terletak di jalan sebelah je dengan Honglong Central Plaza tu. (maaf terlupa ambil gambar entrance tu)

Katanya naik lift tu and pergi tingkat 28. Sampai di tingkat 28, hostel ni terletak di sebelah kanan. Akhir nya tiba lah kami di Shenzhen New Station Youth Hostel! 

Rupanya hostel ni bukan hostel tapi rumah kondo! Kami check in around pukul 12.30 pm. Receptionist tu pulak tak pandai cakap English, masa sampai just bagi form booking.com in Chinese language tu then guna body languages je masa nak check in.haha. Dia pun tak habis-habis cakap 'English No, English No'. Haih. 
Body language di gunakan masa nak check in. haha
wuu ada wifi!
view from men dorm, semua bangunan je
Direction to Shenzhen New Station Youth Hostel :
From Laojie Station take exit B,  then walk and cross the road to Honglong Central Plaza, then find entrance C located at the besides of Honglong Central Plaza, take lift and go to level 28, the Shenzhen New Station Youth Hostel will located at the right side after exit from the lift.


Kami berehat sekejap di bilik sebelum keluar untuk ke Window of the World (wow). Sebelum ke wow kami singgah sebentar untuk makan di restoran makanan halal yang kami terjumpa tadi. Sampai situ rasa pening kejap sebab semua menu in Chinese tak ada word roman langsung!
restoran makanan halal betul-betul depan bangunan hostel kami
Menu in chinese! what do you expect?
Sebab owner kedai pun tak tahu kami nak order apa so akhirnya dia suruh tengok gambar yang ada di dalam kedai tu. Memang pakai body language je. Asal kenyang and halal kan!
beli makanan tunjuk gambar je. ahha. lawak ok!
hasil makanan yang di order berdasarkan gambar. haha
acah acah nak guna chopstick tp still x reti. haih
Selesai makan kami menuju ke Laojie Station untuk ke wow. Untuk ke wow ni mudah je, turun di wow station and then exit J terus sampai wow.
ni lah entrance ke mrt di wow station
Mula-mula kami plan nak masuk ke dalam wow theme park tu tapi disebabkan kami tiba agak lewat petang plus seharian tak tidur akhirnya kami cancel kan itinerary ni. So masa dihabiskan di hadapan wow je, jadilah kan sebagai kenangan! memang cantik taw kat sini!

Wow ni merupakan tempat di mana semua infrastructure yang ada kat dunia di kumpulkan di dalam satu kawasan. Contohnya Eiffel tower, Niagara falls and etc. Cuma scale yang dibinanya sangat kecil. Ratio 1:15 or 1:50. 

Ticket entrance ialah CNY200 for one day and if masuk malam ada night show! And CNY80 jika masuk pada pukul 7.30 pm.
tiket kaunter ke wow theme park
price ticket
sekitar hadapan wow
selfie sikit. heehe
penampakan eiffel tower!
The Louvre Museum, Paris! but this one is a fake.haha
Selepas melawat di wow kami menuju semula ke Laojie station untuk shopping di Dongmen Pedestrian Street.

Dongmen Pedestrian Street merupakan kawasan yang famous untuk shopping di Shenzhen. Terlalu ramai orang di sini. Brand yang dijual kebanyakannya brand local China cuma ada beberapa brand dari luar seperti uniqlo dan H&M. 
sekitar dongmen pedestrian street
sangat ramai orang kat sini but all local people.
Baju yang dijual di sini berkualiti walaupun brand local China. Harga lebih kurang RM6-20 untuk t-shirt sehelai. Terdapat juga beg, kasut dan sebagainya tapi kami tak membeli banyak sebab fikir akan shopping di Guangzhou nanti. Sekadar cuci cuci mata je kat sini tengok apa yang ada kan.

Dalam jam 8 malam kami pulang ke hostel. Sebabnya terlalu penat tak tidur seharian dalam jam 9 malam semua dah pengsan kat bilik masing-masing. Haha.

No comments: