Thursday 26 March 2015

Kuching Getaway (DAY 3)

Hari ketiga kami decide untuk shopping dan jalan-jalan di sekitar bandar Kuching.

Tempat shopping yang kami tuju ialah di sekitar Jalan Gambir/Jalan Main Bazaar dan waterfront Kuching.

Di sebelah pagi kami menuju ke Satok Niaga iaitu Pasar Ahad di Satok. Pasar ini di buka seawal jam 5 pagi hingga 12 tgh hari pada hari Ahad sahaja.

Di sini kami membeli ikan terubok masin di Blok B Medan Niaga Satok. Harga seekor ikan RM10 sahaja dan beli 5 percuma 1. Tetapi harganya juga berbeza-beza mengikut saiz ikan.
Ikan terubok masin Sarawak
Untuk membeli souvenir kami menuju ke Jalan Gambir/jalan Main Bazaar. Kat sini memang terdapat banyak kedai menjual cenderahati.

Kalau ada sesiapa nak membeli souvenir seperti baju hard Rock CafĂ© Sarawak Borneo or lain-lain cenderahati sangat lah digalakkan ke kedai Tropical Souvenir yang terletak di Jalan Main Bazaar berdepan dengan waterfront Kuching. 

Terdapat banyak pilihan cenderamata di sini dengan harga yang murah! Harga Tshirt pula ada yang murah ada yang mahal sikit bergantung pada kualiti kain.

Jangan membeli cenderahati pada waktu malam di sektar riverside Sungai Sarawak kerana harga nya lebih tinggi dari yang dijual di dalam kedai di Jalan Main Bazaar/ Jalan Gambir.



beraneka pilihan baju yang menarik dan berkualiti tinggi
Terbaik souvenir kat sini!
Disebelah petang, kami bersantai di Kuching Waterfront, mengambil angin dan berjalan di sekitar riverside Sungai Sarawak. 

Di dalam waterfront bazaar juga terdapat jualan cenderahati tetapi pilihan nya x banyak dan kurang menarik.

Dari sini kita boleh lihat Astana dan Fort Margherita yang terletak di seberang Sungai Sarawak. 

Terdapat juga Rivercruise yang membawa kita melawat sepanjang Sungai Sarawak. Bayaran untuk cruise seorang RM60 termasuk juadah kek lapis dan fresh oren ketika bersantai di atas cruise.

Sarawak River Cruise
Untuk ke seberang sungai, kita boleh menaiki bot penumpang. 
Tambang nya hanya RM0.50 untuk sehala. Di seberang sungai terdapat kedai menjual kek lapis Sarawak yang sangat popular. Bot penumpang hanya mengambil masa 1-3 minit je untuk cross Sarawak river.
Boat penumpang yang membawa kami ke seberang sungai
Di seberang sungai terdapat 2 buah kedai menjual kek lapis Sarawak yang popular iaitu Mira Cake House dan Kek Lapis Dayang Salhah.

Lokasi Mira Cake House ni memang akan nampak dari tepi sungai lagi, Manakala Kek Lapis Dayang Salhah pula terletak di belakang masjid.

Kami membeli kek di Kek Lapis Dayang Salhah. Di kedai ini kami dibenarkan mencuba rasa setiap jenis kek lapis yang ada. Memang boleh makan sampai kenyang lah. haha.



No comments: