Thursday 26 March 2015

Kuching Getaway (DAY 4)

Hari ke-4 merupakan hari terakhir kami di Kuching Sarawak. Kami decide untuk ke Jong Crocodile Farm yang terletak di jalan antara Kuching ke Serian.

Sepatutnya jam 12 tghari kami perlu check out dari Hotel tetapi atas budi bicara dari owner hotel yang kami panggil madam tu dia benarkan check out paling lewat pukul 3 ptg. Memang baik sungguh madam ni. Haha.

Seawal 8 pg kami keluar dari Hotel menuju ke Jong Crocodile Farm dengan bantuan aplikasi waze. Kami tiba di Jong Crocodile Farm tepat jam 9 pg. Waktu ni para pekerja farm ni baru je nak buka kedai. Haha. So disebabkan kami pun belum sarapan lagi jadi kami mencari kedai makan untuk bersarapan.

Kami keluar dari Jong Crocodile Farm dan membuat pusingan uturn untuk mencari kedai makan yang terletak di sebelah jalan bertentangan dengan simpang Jong Crocodile Farm.

Cari punya cari akhirnya kami terjumpa kedai ni CafĂ© Idola Bonda! Seronok sarapan kat sini sebab terasa suasana zaman dulu-dulu sikit.haha. 

Aq memesan Nasi Lemak Pandan.



Nasi lemak Kopi O
Setelah mengisi perut kami menuju ke Jong Crocodile Farm semula. Tiket Entrance di Jong Crocodile Farm ialah RM16 seorang. Yang special nya dekat Crocodile Farm sini ialah kita dapat tengok buaya Sarawak yang sangat agresif pada waktu feeding time! Waktu feeding time ialah Jam 11 pg dan 3 petang (2kali sehari).

Dalam Farm ni juga ada haiwan-haiwan lain tapi x banyak. Buaya je banyak dah nama pun crocodile farm kan. 

laluan masuk ke jong crocodile farm (melalui kawasan perumahan)
laluan masuk ke farm ni agak rare sikit, jalan pun berbatu mcm ni.
Aq ingatkan dh sesat rupa-rupanya memang mcm ni jalan masuk dia
harga entrance fee berbeza bagi penduduk sarawak




Kolam feeding 
merak kayangan pun ada kat sini. haha
maps di crocodile farm
replika crocodile
tiket masuk ke farm
Kami menghabiskan masa di sini sehingga jam 1 tgh hari. Yelah jam 3 ptg nak check out. Flight pula pada waktu malam.

Setelah check out hotel, kami menghabiskan masa di sekitar Kuching Waterfront untuk membeli souvenir lagi. Haha. Memang x cukup-cukup membeli selagi x balik kan.
menaiki bot penumpang lagi.haha



Sekali lagi di dayang salhah
Sempat juga bergambar di waterfront
Family portrait di riverside sungai sarawak
Untuk makan kami ke Kubah Ria dan makan di sana. Kubah Ria ni terletak berhampiran je dengan Medan Niaga Satok tu.
air mineral ni memang popular di sarawak.
Setelah makan kami menuju ke airport dan menunggu Mrs Hannah di sana untuk memulangkan keretanya.

Jam 10 malam flight kami depart from Kuching bound for KL dan selamat tiba di KL selepas 1jam 45minit.
boarding time. see you again!


No comments: