Tuesday 22 November 2016

Late Spring In Sydney, Australia (INTRO)

The highlight of the day


...

Bercuti di Sydney, Australia.

Alhamdulilah trip yang di rancang hampir setahun yang lalu akhirnya bertemu juga!

Ya trip ni dah di rancang hampir satu tahun sebelumnya, waktu tu air asia ada buat promotion so kami pun memang tak nak lepaskan peluang. Tapi bila beli tiket awal ni kita kena berani la tanggung risiko dia kan! Yelah macam kitorang actually beli tiket untuk 4 orang tapi akhirnya seorang daripada kami terpaksa tarik diri last minit disebabkan hal peribadi. 

Musim/Event di Sydney, Australia

Sebelum memberi tips-tips lain jom kaji dulu cuaca dan suhu di Australia pada setiap tahun. Musim di Australia sangat berbeza dengan hemisfera utara, berikut merupakan musim-musim di Sydney, Australia:

1. December-February – Musim panas/ Summer(suhu mencecah sehingga 40 deg C)
2. March-May – Musim Luruh/ Autumn (suhu 18-25 deg C)
3. Jun-August – Musim Sejuk/ Winter (suhu 5-10 deg C)
4. September-November – Musim Bunga/ Spring (suhu 15-24 deg C)

Ya, sesuai sangat dengan tajuk kami Late Spring In Sydney, Australia disebabkan masa kami ke Sydney ialah pada penghujung musim bunga. For your information sangat sesuai travel time ni kerana suhu tak terlalu panas and tak terlalu sejuk.

Untuk makluman terdapat dua festival di Sydney pada musim bunga iaitu pertunjukan bunga di royal botanical garden and sculpture by the sea. Actually kat Sydney takkan putus dengan event-event dia.

By the time kami datang tu terdapat event sculpture by the sea iaitu berlangsung dr penghujung bulan 10 hingga awal November.

Untuk mengetahui event-event yang akan berlangsung di Sydney, Australia boleh klik link ini.

Sydney Events

Pengangkutan

Ya seperti biasa Air Asia menjadi pilihan! Sesuai dengan cogan katanya everyone can fly so kitorang pun boleh fly! Haha. So, as mention before kitorang beli tiket ni masa Air Asia buat promo, harga tiket flight sahaja without luggage ke Sydney return is RM780. Murah kan!

Actually AA hanya ada dua flight sahaja ke Sydney iaitu belah pagi and malam. Kalau beli belah pagi kita akan sampai di Sydney pada waktu malam. So better beli tiket waktu malam supaya tiba di Sydney pada waktu pagi/tengah hari.

Sebenarnya masa membeli tiket ke Sydney ni kami agak rakus! Maklumlah excited sangat! Lepas dah purchase baru rasa menyesal sebabnya why not kita datang ikut Sydney balik ikut Melbourne kan?? Dapat cover dua tempat! Haih, that is our first biggest mistakes!! Tapi tak apa lah redah jela 6 hari kat Sydney tu. Haha. 
Excited!
Transportation di Sydney kami menggunakan train, bus, ferry and taxi. Untuk bas, ferry and train kami boleh menggunakan opal card. Opal card ni macam touch and go je and for your information pada hari ahad, maximum charge for opal card is AUD 2.5 je. So lagi jauh korang pergi lagi untung if hari ahad. Tak pun naik je ferry banyak-banyak sebab harga nya hanya fix AUD 2.5 sahaja for sehari! Berbaloi kan!

Opal card ni actually free je cuma masa beli tu just bayar topup je.
mcm touch and go je
Penginapan

Mencari penginapan di Sydney agak mencabar! Sebabnya price die sangat lah mahal! Mulanya ingat nak stay kat Malaysia Hall Sydney tapi selepas kami emel pihak Malaysia Hall tu dia tak benarkan tourist untuk duduk di situ lagi! Hanya pelajar yang transit di Sydney je boleh! Geramnya rasa!! Pihak Malaysia Hall tu ada suggest beberapa tempat homestay tapi selepas aku meng google maps tempat yang dia suggest tu semuanya agak jauh dari city centre. 

So nak tak nak terpaksa lah mencari penginapan di web-web yang ada.

Akhirnya kami pilih untuk duduk di maze backpackers. Maze backpackers ni lokasi dia sangat lah strategic! Highly recommended for those yang mencari penginapan di Sydney. 

Maze backpackers menawarkan banyak jenis bilik. Bilik single, bilik berdua, triple room, mixed dorm for 4 or 6 and female dorm for 4 or 6. Disebabkan ahli kami hanya tiga sahaja so memang tak da pilihan lain terpaksa ambil bilik berdua and mixed dorm for 4! 

Ini semua disebabkan kawan kitorang yang cancel last minit tu sebabnya if ikut plan asal ambil 2 bilik twin rooms. Disebabkan aku sorang je lelaki so aku redha jela book mixed dorm for 4 and hopefully okay je nanti. Manakala dua orang wanita tu akan duduk di twin room mereka.

Untuk gambar bilik di maze backpackers korang boleh tengok di official websites die sebabnya aku malas nak share gambar yang aku tangkap tu sebab bilik sangat bersepah. hahaha.
ruang makan
laluan ke setiap bilik



ruang makan 
dapur
Kami book melalui booking.com sebab harganya lebih murah and senang nak modify if nak make changes ke ape kan. Actually if kita book melalui websites official maze backpackers kita akan dapat airport transfer free kalau stay di maze selama 3 malam ke atas! Tapi setelah membuat pelbagai research akhirnya kami dapat tahu yang airport transfer tu hanya free masa sampai Sydney sahaja and masa balik kena bayar extra AUD 14.

Selepas membuat comparation harga, book melalui booking.com lebih murah berbanding website official dia. Oh ya, untuk survey jenis bilik or nak book melalui website boleh klik link ini. 

Table below comparation harga for total 5 nights:


Booking.com
Official Maze Websites
A
1 bed in Mixed dorm for 4
2 beds in Twin room

Total : AUD 520
1 bed in Mixed dorm for 4
2 beds in Twin room

Total : AUD 625
B
Airport transfer (per taxi)(return)

Total : AUD 50 + AUD 61 = AUD 111
Airport transfer (return)

Total : Free + AUD 42 = AUD 42

TOTAL (A+B) = AUD 631
TOTAL (A+B) = AUD 667

Total di atas merupakan total untuk tiga orang. Selepas di bahagi 3, jika book melalui booking.com seorang hanya perlu membayar AUD 210.33 manakala if book thru maze official websites seorang kena bayar AUD 222.33. Beza around AUD 12! Banyak tu kalau convert. Haha. 

See rate hostel dia still expensive kan! Padahal hostel je kot! Satu malam harga lebih kurang RM 111 seorang or AUD 35/night.

For your information kalau guna airport transfer tu dorang actually guna shuttle bus and this bus akan lalu banyak hostel so memang akan makan masa yang panjang untuk sampai ke hostel or airport. So better naik taxi je. 

For those yang travel kurang dari tiga orang better korang naik train. Harga train dari airport ke city centre around AUD 18-20 seorang. 

Visa

Visa ke Australia is compulsory if you are Malaysian. Tapi nak buat visa ni sangat lah mudah. Ambil agent je, bayar RM20 tak sampai 2 jam siap! Haha. Visa ni jenis ETA and actually function dia just untuk maklumkan kita akan berada di Australia nanti.

Kami membuat visa pada Wiya Travel and Tours!

Whattapps je no ni +6012-584 6242 (Akmal)

Visa ni bila dah siap print je and bawa masa nak dapatkan boarding pass di airport. Tak perlu staple kat passport pun.

Makanan

Sebelum ni banyak blog mention yang membawa makanan ke Australia sangat susah. Tapi sebenarnya tak susah mana pun yang penting kita declare je. Makanan dalam packaging yang ada tulis ingredients sahaja di benarkan. Makanan seperti daging, telur, serunding and yang tiada ingredients memang akan di rampas.
Declaration card
Dalam declaration card kat atas ni aku hanya tanda medicine punya column je sebabnya makanan semua dalam luggage kawan aku.

Kami hanya membawa roti, maggi, bubur dan biskut semasa ke sana.
maggi jadi rutin bila ke overseas

No comments: