Tuesday 22 November 2016

Late Spring in Sydney, Australia (DAY 1)

Finally, masa yang ditunggu-tunggu kan tiba juga. We are really tired of waiting! Flight kami ke Sydney pada jam 11.35 malam waktu Malaysia dan di jangka tiba di Kingsford Smith Airport Sydney jam 10.45 pagi waktu Australia. So anggaran perjalanan lebih kurang 8 jam ++.
gigih ya menghantar ke airport. hehe
happy je padahal neves takut tak lepas ptptn. ahha
Oh ya, waktu di Australia ialah 3 jam ahead of Malaysia.

Kami bertiga decide untuk meet up kat airport je. Kami mengambil 25 kg check in luggage semasa ke Sydney.
Detik sebelum ke imigresen gate
Selepas urusan di kaunter Air Asia, saat paling mendebarkan ialah melepasi gate imigresen Malaysia! Al maklumlah semua nya penghutang ptptn! Haha.

Tapi alhamdulillah aku and effa lepas auto gate tu and Yana still sangkut and kat screen tu tulis please proceed to the kaunter! Masa tu nervous jugak lah yela kalau dia tak lepas macam mana takkan lah aku dengan effa berdua je ke Sydney. Haha.

Tula masa beli tiket hari tu tak fikir pun pasal imigresen la, PTPTN la and so on tahu beli je. So moral of the story kat sini please lah bayar ptptn eh supaya senang nak travel nanti.

Masa di kaunter imigresen tu yana di soal ada hutang PTPTN tak. Of course la dia cakap ada. Then orang tu tanya dah bayar ke. Yana jawab still in progress. Imigresen tanya lagi ada sekatan tak nak ke luar negara. Yana jawab, dah check ikut website and tiada halangan. Imigresen tu tanya are you sure?? Yana jawab je sure. So imigresen tu pun cakap kalau check tiada halangan means tiada halangan lah. Haha.

Gila tak nervous time ni! Semua pun nervous, aku and effa tunggu di kawasan selepas auto gate tu and bila nampak yana melepasi kaunter imigresen tu barulah rasa lega. Hhaha. Bahaya betul saat macam ni kan. So better korang check dulu sekatan imigresen before beli any flight ticket. Cara nak check boleh klik link. Semakan Sekatan Imigresen Malaysia
saat mendebarkan
happy gile once dah lepas dari gate imigresen !
Akhirnya tiba masa untuk boarding, kami duduk di row ke 49 and 50. Ni antara row paling belakang. Tapi best jugak sebab dekat dengan toilet and lagi satu best nya sebab ni seat berdua je. Hehe. 
Untuk air asia X, kedudukan kerusi mengikut formation 3 di kiri, 4 di tengah dan 3 di kanan tetapi untuk row belakang dia jadi 2 di kiri, 3 di tengah dan 2 di kanan.
our lovely boarding pass
over price ya air mineral di airport!
Apa yang aku perasan kebanyakkan Malaysian passport di letakkan di belakang flight. Kebetulan atau sengaja?? Yelah dari row 48 and kebelakang majoriti semuanya passport Malaysia.  Macam mana aku tahu? Sebab semuanya orang melayu. Haha.
kedudukan strategik! hehe
Di dalam flight kami menempah makanan. Untuk flight yang long haul macam ni serving makanan akan diadakan dua kali. 2 jam selepas penerbangan and 2 jam sebelum tiba. So steward/stewardess akan tanya nak sekarang or later. Macam kami choose later, sebab better makan time nak sampai supaya ada tenaga untuk start berjalan nanti. Hehe.

Untuk makluman, sesiapa yang tak membuat tempahan makanan boleh je membeli makanan dalam flight tu cuma harganya sedikit mahal. Currency boleh di bayar menggunakan RM/MYR or AUD. Currency ni bergantung pada owner flight and destination. Macam AAX ni milik Malaysia that why RM/MYR di terima.

Selepas 8 jam ++ dalam flight akhirnya kami landed di Sydney airport. Oh ya, semasa di dalam flight akan di edarkan arrival card. So kat sini kita kena tick kat column makanan tu.
declaration card
Semasa di airport selepas claim luggage kita akan proceed ke imigresen australia. Untuk Malaysian citizen ni special sikit kita boleh je guna auto gate rakyat Australia. So sampai-sampai lagi kitorang dah ter feeling local Australian. Haha. Tapi syarat nya kena ambil kad ni di self service ticket seperti gambar di bawah.
canggih okay siap ada bahasa melayu kat mesin aussie ni
rasa local pulak.haha
Lepas dapat ticket seperti di atas boleh lah proceed melepasi auto gate tu. Selepas melepasi auto gate tu kita akan proceed ke lane imigresen with declaration or imigresen without declaration. Of course lah kami ke lane imigresen with declaration sebab kami ada bawa food and medicine iaitu paracetamol. Rupanya declaration ni tak susah mana pun dia ambil kad kami, tanya bawa apa and check/buka luggage tengok-tengok kejap then lepas je. Tak susah pun yang penting declare je kat kad tu.

Then selesai urusan segalanya barulah kami keluar ke arrival hall Sydney and guess what! Keciknya dunia ni sebab terjumpa kawan UM kat sini. Ahha. Acah-acah je padahal memang  dah plan nak jumpa. Hehe.
such a small world kan!
By the way, nuna atau nama sebenarnya Nabilah Husna ni actually dah seminggu kat Sydney and dia punya flight balik ke Malaysia pada tarikh kami sampai so sempat la plan jumpa kat airport. Hehe. And yang paling penting dapat mintak tips sikit dari dia.

Tibanya di airport, yana and effa decide nak ambil plan internet Optus card. Plan internet yang di berikan ialah 12gb untuk seminggu dengan harga AUD 20. Harganya agak berpatutan la kot and actually tempoh aktif untuk 12gb ni sebulan tapi sebab kami hanya seminggu so better habiskan je dalam masa seminggu.

Manakala aku tak terlibat dengan internet ni sebab aku aktifkan data roaming je. Hehe. Feeling kaya kan?? Hahah. The trick is aku guna plan postpaid  umobile P70 so dia memang ada buat data roaming free ke 12 coutries termasuk Australia and Singapore.

Untuk maklumat lanjut mengenai plan data roaming umobile klik link ini.

Selesai urusan optus kami mencari tempat untuk membeli Opal Card. Opal card ni macam touch and go je. Boleh digunakan untuk semua jenis transport kat Sydney iaitu bus, ferry and train. Opal card ni boleh di beli di WH Smith kat airport Sydney ni. Opal card ni free cuma kena topup je so kami decide topup AUD 40 dulu sebabnya if ada lebih kita tak boleh refund duit yang ada di dalam kad.
kedai ni ada menjual opal kad and ianya terletak di arrival hall je
Kami decide untuk menaiki taxi je ke Maze Backpackers. Yelah kalau naik train harga lebih kurang sama je. Tapi sebelum naik tu aku tanya dulu dengan driver taxi tu. How much is the cost to this place. And dia cakap about AUD 50. So bila bahagi tiga rasa macam okay je kot lebih kurang je dengan harga train and plus naik taxi lebih easier and selesa.

Masa tu ada terfikir nak naik grab car juga tapi bayaran yang di terima hanyalah dalam credit card sahaja and of course currency rate and interest rate will be high so better  to avoid that. 

Perjalanan lebih kurang 30 minit dari airport ke Maze Backpackers and as expected harga taxi is around AUD 50 and actually harga dia AUD 51.40 tapi driver tu bagi discount sebab tak ada small money. Jimat RM3. Haha. Driver taxi di Australia kebanyakkan nya warga immigrant. Yang kami dapat ni dia dari India.

Kami check in di Maze Backpackers around 1 pm. Staff di Maze Backpackers sangat friendly. 
check in time!
Untuk makluman, deposit AUD 20 di perlukan untuk access card bilik and tambahan AUD 20 if korang perlukan iron and I know perempuan melayu terakhir sangat memerlukan iron. Haha. 

Deposit ni jangan risau ia akan dipulangkan semasa check out nanti. Apa yang penting  kena pulangkan access card and iron dalam keadaan baik. Semasa check in, hanya towel di berikan oleh receptionist. Ermm, rasa kecewa sikit sebab aku tak bawa selipar so susah nk ke tandas nanti. 

And as planned aku terpaksa duduk dalam mixed dorm for 4, manakala effa and yana kitorang request untuk letak dorang satu bilik and staff tu bagi je.

I was lucky dapat roommates yang baik and friendly dari Germany! Haha. Rasa seronok sebab dorang friendly and actually dorang dtg sini untuk working + travel. After a few months/years dorang akan ke pindah ke tempat lain or negara lain pula. Macam orang nomad. Hhehe. Tapi best lah dorang dapat jalan-jalan. Di Sydney they are working at nearby restaurants.

My roomates for a week!(gmbr di ambil pada hari sebelum check out)
Oh btw, drinking water kat aussie ni mudah je bukak je air paip then minum! haha.
drinking water special from pipe
Selepas berehat, kami bergerak keluar untuk ke Bondi Beach. Kenapa Bondi Beach destinasi pertama kitorang?? Of course lah sebab tak sabar nak cuci mata tengok beachesss. EHH.. haha. 

Lets go wild for today beaches!Hehe..

Tak lah it because kami nak tengok sculpture by the sea and today, 6th November 2016 merupakan last day for the event of the sculpture by the sea.

Untuk ke Bondi Beach from maze backpackers sangat lah mudah. Anda boleh tanya je receptionist kat Maze tu and then dorang akan bagi maps.
bas no 333
tunggu kat depan museum station
playing tourists!
So from Maze backpackers, jalan kaki ke Museum station and naik bas No 333 ke Bondi Beach and selepas 20-30 minit akan sampai di Bondi Beach. If tak sure nk turun mana masa naik tu cakap je kat driver bus, could you please inform us when we arrived at Bondi Beach. Driver bus sana sangat caring and friendly mesti dia cakap no problem sir. Haha

Or kalau malu sangat nak bertanya korang boleh turun kat depan chemist ni seperti gambar di bawah and this station melepasi bondi junction.
ramai yang akan turun di sini, stesen bondi beach
Disebebkan adanya event sculpture by the sea so sangat lah ramai orang di Bondi Beach ni. Kami jalan cuci-cuci mata dulu kat sekitar pantai sebelum bergerak ke arah sculpture by the sea.
I fall in love with this view!
us at bondi!
too much sotong kering! Yana pening nak pilih.haha



fefeelingg
mural di sepanjang bondi beach

motif bergmbar kat sini?
ni pun xtaw ape motif bergmbr kt sini. haha
Actually sculpture by the sea ni terletak di coastal walk menuju ke coogee beach. Berhati-hatilah semasa di sini kerana terdapat banyak anjing bersama tuannya bersiar-siar di pantai. Haha. Bukan apa kalau dah terkena tu memang payah nak samak nanti kan.
one of the biggest bulu-bulu(anjing) di bondi beach
Oh by the way, suhu waktu ni sangat windy. Sejuk macam dalam aircond. Cukup dengan sweater or jacket sahaja. Tapi kalau jenis kulit buaya tu tak perlu jacket pun tak pa. Macam mat salleh2 ni semua berjemur padahal sejuk mungkin bagi mereka ni lah paling panas. haha.

Terlalu banyak sculpture yang ada untuk di explore! Tak sempat nak explore semua pun. Huhu. Ni antara yang ada. hehe
jangan kata akak tak payung
at wooden sculpture



feeling sweet je kan

at lucky bark
smileyy
unik yg belakang tu tp ramai sgt orang kat sini
the kangaroo sculpture

x move on dgn view laut die
xsure sculpture apa. haha
Terlalu banyak sebenarnya sculpture yang ada, dari yang biasa hingga la yang rare. Cumanya kaki tak larat nak explore and hari pun dah nak gelap.
akak and her LV bag
the roses mungkin nak bagi ilham kat seseorang?
swimming pool tu for sure air laut. haha
Masa nak balik banyak je pilihan bas and kami naik bas ke Bondi Junction and from Bondi Junction naik train ke Central station.

Tapi untuk makluman, pada hari ahad operating hours for bus tak banyak after 5 pm. So gigihlah kami menunggu bas dengan lama and sejuk nya kat Bondi Beach tu but then alhamdulilah ada bas.

Plan asalnya hari pertama ni selepas Bondi Beach nak pergi opera house terus tapi di sebabkan Sydney tutup awal hari ahad and segalanya sunyi sepi padahal baru jam 7-8 mlm so kami decide untuk balik ke hostel and masak maggi for dinner...


No comments: