Sunday 12 November 2017

Hot Summer in Hong Kong & Macau (DAY 5)

Ya, hari ini hari terakhir kami di Macau and sebelah malam kami akan menaiki flight ke Kuala Lumpur.

Today, kami decide untuk ke Senado square, Ruin of St Paul and shopping Macau souvenirs sikit.

Actually, banyak lagi tempat kat Macau ni yang kami tak cover sebab rasa malas masa tu. Haha.

Antara tempat menarik yang kami tak pergi ialah di Fisherman Wharf, Wynn Hotel, Macau Tower dan banyak lagi.

Kami check out around 12 tengah hari. Memang sengaja nak check out lambat supaya rehat lama sikit kat hotel. Actually, aku sangat bertenaga je nak keluar awal pagi tapi disebabkan travelmate yang lain seolah hampir terkulai layu so aku pun decide pergi dua tempat kat atas tu je instead of cover lebih banyak tempat. Haha.

So, kami decide untuk tinggalkan luggage di receptionist London hotel tu. Kami berjalan ke Senado square semula and kali ni ikut jalan lain yang lebih dekat lagi rupanya. Haha.

Panas terik sekali kat senado square ni ya! Tapi bila panas camni lighting memang terbaik lah kan. Hehe.
acah2 europe ckit tmpt ni hehe
wefie di depan ruin of st paul
Untuk ke Ruin of St Paul ni tak perlu risau, jalan kaki je dari Senado square. Terdapat signage yang membawa kita ke sana.

Selesai bergambar kami berjalan di sekitar situ and membeli sedikit souvenirs. Banyak je kedai-kedai souvenirs dekat sini cumanya tak tahu kenapa aku tak shop sangat just beli baju and fridge magnet je. Then, bila dah balik Malaysia rasa cam tak cukup souvenirs nak bagi orang. Sobs sobs. Tapi bila fikir balik siapa cepat dia dapat lah kan. Haha.
egg tart memang femes kat macau tp disebabkan tak pasti halal ke tidak so kami tak beli sobs
grab benda ni sebab murah sgt haha
tshirt macau
Disebabkan banyak masa lagi so kami decide untuk makan tengah hari di Lou Lan Muslim Restaurant lagi (dah tu je kan yang halal). Sambil lepak dengan lama di situ ya. 
menu last day d macau
again d lou lan
Rupanya di Lou Lan Muslim Restaurant ni terdapat ruang solat di tingkat 2. Kami minta kebenaran untuk solat di situ, plus, sambil lepak buat rumah sendiri. Haha.
ruang solat d tingkat atas
buat mcm rumah sendiri lepak sini hehe
alhamdulillah bakal imam siapa ni?
By the way, walau restaurant ni restaurant biasa-biasa je tapi kemain lagi siap banyak CCTV ok. Dekat tingkat 2 ni kita boleh tengok screen yang paparkan CCTV kawasan dalam restaurant ni. Kalau kerja kat sini memang tak dapat nak mengulor lah kan. Haha.
cctv pun ado ye
Setelah siap solat semua kami pun bergerak semula ke hotel untuk ambil barang sebelum ke airport.
Sebelum ke airport terfikir juga sama ada nak naik taxi or bus. Nak naik teksi sebab tak nak sesat tapi bas jauh lebih murah. Take taxi or bus?

Setelah buat pengiraan aku rasa lebih baik naik bus dari taxi.

Untuk tak nak sesat google je siap-siap dari hotel kat mana nak naik bas, bas no berapa and pitstop apa. 

Oh by the way, before pulang kami tukar semula wang Macau kepada Hong Kong Dollar. Sebabnya di Malaysia tak banyak money changer yang accept matawang Macau. So, better tukar siap-siap. Walaupun kami dah rugi sebab tukar dari MYR ke HKD and dari HKD ke MOP and now dari MOP back to HKD then kat Malaysia HKD to MYR again. Complicated sungguh kan! Kalau tak nak complicated tukar HKD je tak yah feeling nak tukar MOP sebab macau accept je HKD.haha.

Money changer ni terletak sebelah hotel kami je.

After dah tukar money, kami pun berjalan ke stesen bas yang dah di google tadi. Tak jauh pun dari hotel kami. Keluar hotel belok kanan, jalan sampai hujung (jangan melintas jalan) then belok kiri and tunggu bas yang terletak di depan 7 Elevan je.

Kami naik bas no 26 yang akan ke airport. Memang jimat sebab harga tiket cuma HKD 5 sahaja. Kalau naik taxi tadi mesti dah harga HKD 150++ or mungkin lebih sebab airport jauh juga dari hotel around 45 minutes -1 hour. Satu percaturan yang bijak di sini. Hehe.

Untuk ke airport turun je di station Aeroporto, memang betul-betul depan pintu masuk airport bas tu berhenti.

Bila sampai di airport, kami agak terkejut sikit sebab airport nya kecil je macam Senai airport je, mungkin besar sikit Macau la but still for International Airport aku rasa ni antara airport yang kecil kot.
macau airport
laluan masuk ke departure hall
ayuh kt pulang
Selesai luggage drop then merepot lah tunggu flight pukul 8.25 pm and as usual tak Air Asia lah kalau tak delayed kan. Flight kami delayed ke 9.15 pm maka tiba di KLIA2 jam 1.05 pg.

Apa-apa pun Alhamdulillah, selesai sudah trip aku ke Hong Kong dan Macau.

Till we meet again Hong Kong dan Macau 😊

Next entry aku share sikit our details Itinerary di Hong Kong dan Macau and Total expenses di Hong Kong and Macau termasuk makan dan souvenirs 😉
food ob board! kelaparan ok masa ni
sanggup beli additional curry puff sebab mengidam haha

No comments: