Sunday 14 December 2014

Bandung Vacation (DAY 3)

Hari ketiga kami decide untuk shopping sahaja kerana keesokkan harinya dah nak balik ke Malaysia. Masa cepat betul berlalu lagi-lagi kalau pergi bercuti macam ni.haih.

Seperti biasa kami keluar dari hotel setelah bersarapan di sana. Tetapi pada hari ini kak long dan suaminya x ikut kami bersama. Ini kerana abang hafiz kurang sihat pada hari tu. Jadi terpaksalah mereka tinggal di hotel sahaja pagi tu.

Pekerja di Hotel Sweet Karina memang bagus. Mereka lah yang membantu kami untuk membeli ubat dan sebagainya.

Without my sister and her husband, kami pun bergerak menuju ke Pasar Baru. 

Pasar Baru merupakan tempat shopping yang sangat popular di Bandung. Kat sini terdapat kain pasang, kain lace, telekung, blazer, beg luggage, baju dan banyak lagi. Semuanya dengan harga yang murah dan berpatutan.


Memang banyak barang yang di borong oleh mak, kakak dan adik aq. Maklumlah semuanya perempuan kan. Harga telekung kat sini bergantung pada jenis nya. Tapi kalau jenis bersulam tu harganya dalam range IDR50,000-IDR70,000 sahaja. Kalau yang banyak-banyak layer tu lain pula harganya.

Untuk baju T-shirt Bandung, kat sini boleh dapat 5 helai dengan harga IDR 100,000 sahaja.

Kain lace pula berharga IDR 200,000 sahaja sepasang kalau x silap.

Kain pasang untuk baju kurung x sure harganya sebab semalam dah borong kat rumah kain kan so xbeli kat sini.

Sekitar Pasar Baru
Seterusnya kami menuju ke Toko Tiga iaitu tempat menjual jeans original dengan harga yang murah. Kat sini giliran aq dan ayah aq pulak yang memborong. Hehe.

Tempat jeans
Sementara kami shopping di sini. Supir kami mengambil kak long dan suami di hotel kerana keadaan abg hafiz dah ok sikit. So rugi lah kalau dah datang sini tapi x berjalan kan.

Supir kami sangat baik, dia x mengenakan charge tambahan pun untuk ambil kakak aq dari hotel.
Seterusnya, setelah semua berkumpul semula kami bergerak ke Factory Outlet di Jalan Riau untuk terus shopping. 
Kami makan tengahari di restaurant di sini iaitu bersebelahan dengan The Summit Factory Outlet. Kat sini kedai-kedai die macam lot-lot banglo. So, kena masuk satu per satu kedai jika nak membeli.

Dari Jalan Riau kami ke Jalan Dago pulak. Dalam perjalanan kami lalu di Kartika Sari. Kartika Sari popular dengan kek lapis nya tetapi harganya agak mahal. Supir kami suggest kan kek lapis yang sedap sama macam Kartika Sari tetapi harganya lebih murah.

Di Jalan Dago kedainya sama sahaja seperti di Jalan Riau. Di kedua tempat ni aq x shopping sangat pun kerana kurang berpuas hati dengan kainnya berbanding dengan rumah Mode.

So, sebelum pulang ke hotel kami singgah di Rumah Mode semula untuk memborong pakaian di sana.haha.
Yeah! Puas hati dapat barang!
Untuk makan malam, kami makan di restoran Mitra Sederhana Pasteur Masakan Padang lagi. 
Ini kerana aq ingin membeli Tshirt Bandung yang dijual di depan kedainya. 
Tshirt Bandung di sini kainnya lebih berkualiti dan sedap di pakai. 
Harganya mahal sikit iaitu 3 helai IDR100,000.


No comments: