Sunday 14 December 2014

Bandung Vacation (DAY 1)

Akhirnya tiba masa untuk kami terbang ke Bandung. hehe,

Penerbangan bersama Air Asia

At departure hall KLIA2
Kami tiba di Soekarno-Hatta airport dalam 10.20 pg waktu Indonesia. 

Alhamdulilah, seperti yang dijanjikan Pak Supir telah pun menunggu kami di airport pada ketika itu. Disebabkan kami menaiki Air Asia jadi kami turun di Terminal 3 di Soekarno-Hatta Airport.

Kami keluar dari airport dan menuju ke Bandung. Perjalanan ke Bandung memakan masa yang agak lama disebabkan jalan yang sangat sesak! Memang stress kalau memandu di sini. Sebelum tiba di Bandung kami makan tengahari di suatu tempat. Pak Supir yang bawa kami ke sini. Tempatnya mcm R&R je.
Pengangkutan kami sepanjang di Bandung.
Kami ambil masa kat RnR incase lupa nanti kan.
Dalam jam 2 petang kami tiba di Hotel. Setelah check-in hotel kami berehat sebentar sebelum memulakan percutian kami di Bandung.

Sempat juga bergambar di lobby hotel. 
Kami keluar dari hotel dalam jam 4.30 petang dan menuju je Cibaduyut. Di sini kami tidak membeli apa-apa kerana mahu survey harga sahaja. Di Cibaduyut terdapat banyak barangan kulit seperti kasut kulit, jaket kulit dan sebagainya.

Apa yang kami beli kat sini hanyalah simkad SIMPATI sahaja. Haha.

Simkad ni sangat penting untuk memudahkan kami berkomunikasi dengan supir semasa di sini. Kami membeli 2 simkad. Satu untuk aq dan satu untuk kakak aq dan suaminya.

Seterusnya kami menuju ke Bali Heaven Factory Outlet yang terletak di Pasteur.  Keadaan jalan di sini sangat lah sesak dan diluar jangkaan kami. Jadi masa banyak habis di atas jalan sahaja.
Bali Heaven Factory Oulet menjual barang branded dengan harga yang murah. Terdapat banyak pilihan baju di sini.



Sambil shopping nak gak berposing kat sini. hehe
Dalam perjalanan pulang ke Hotel, kami singgah sebentar untuk makan malam di restoran Padang.

Di restoran ini mereka akan menghidangkan semua lauk yang ada di dalam kedai mereka. Bayaran akan dikenakan terhadap lauk yang kita telah usik atau makan. 

So, kalau x nak makan jangan usik makanan tu biar je makanan tu kat atas meja. Kalu kita usik walaupun x makan atau ambil kuahnya sahaja maknanya kita kena bayar untuk satu dish tersebut. Buat rugi je kan, so makan mana yang kita nak sahaja ok.

Antara dish yang dihidangkan pada kami. (p/s:jgn usik kalau xnk makan ye)
Sempat juga berselfie kat sini


No comments: