Saturday 13 December 2014

Bandung Vacation (INTRO)

Assalamualaikum,

Entry kali ini ialah untuk menceritakan tentang percutian kami sekeluarga ke Bandung, Indonesia. Kami sekeluarga ke Bandung pada 27hb November – 30 November 2014. 
Kami di sana hanya 4 hari 3 malam sahaja.


Kami sekeluarga memilih Bandung sebagai destinasi percutian kerana di Bandung kita boleh shopping dan sightseeing! Kiranya dua dalam satu la ni.haha

TRANSPORTATION

Kami memilih Air Asia sebagai pengangkutan kami ke sana. 
Kami membeli tiket dari Kuala Lumpur ke Jakarta intead of Bandung.
Hal ini kerana harga tiket pada tarikh itu untuk ke Jakarta jauh lebih murah berbanding direct ke Bandung. Tempahan tiket flight agak lewat juga kalau nak diikutkan kerana kami mempunyai masalah dalam menetapkan tarikh yang sesuai untuk pergi bercuti. Maklumlah nak ajak satu family kan, cuti lain-lain kerana ada yang masih belajar dan ada yang bekerja.

Penerbangan kami jam 9.20 pagi masa Malaysia dan tiba di Jakarta jam 10.20 pagi masa Indonesia. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jakarta lebih kurang 2 jam. Masa di Indonesia ialah lewat sejam dari Malaysia. Kami tidak mengambil tempahan makanan semasa di dalam flight.

Untuk pengangkutan sepanjang di Bandung, kami telah memilih Supir daripada syarikat Hayuka Bandoeng. 
Hayuka Bandoeng menawarkan harga yang sangat berpatutan kepada kami berbanding dengan syarikat yang lain. Berikut harga yang ditawarkan kepada kami
  • IDR700,000 (JAKARTA-BANDUNG)
  • IDR400,000 (BANDUNG)

Untuk ke Kawah Putih, tambahan IDR 50,000 dikenakan kerana lokasinya agak jauh dari pusat bandar Bandung. Manakala ke Tangkuban Perahu, tambahan IDR 30,000 dikenakan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan di Hayuka Bandoeng, anda boleh klik link ini Hayuka Bandoeng

PENGINAPAN

Sepanjang kami di sana kami memilih untuk menginap di Hotel Sweet Karina. Kami membuat tempahan hotel ini di Booking.com dan Agoda.com.

Untuk membuat tempahan di booking.com, caranya mudah saja hanya meletakkan no debit card sahaja. Sebaliknya, tempahan melalui agoda.com agak rumit kerana ia memerlukan credit card instead of debit card. 
Bagi aq yang tidak mempunyai credit card, aq menggunakan perkhidmatan paypal untuk membuat bayaran di agoda.com.

Hotel Sweet Karina terletak di Pasteur. Ianya terletak di dalam kawasan perumahan mewah di Bandung. Kami menempah dua buah bilik di hotel ini iaitu sebuah  bilik family dan sebuah bilik standard double. Sarapan pagi juga disedikan di hotel ini.

Hotel kami sepanjang di Bandung



No comments: