Sunday 14 December 2014

Bandung Vacation (DAY 2)

Hari kedua kami memilih untuk ke Kawah Putih yang terletak di selatan Bandung. Ini kerana kami ingin melihat dengan lebih dekat keadaan kawah gunung berapi. Jika kita ke Tangkuban Perahu, kita hanya dapat melihat kawah dari jauh sahaja kerana Gunung berapi di sana masih aktif dan bahaya untuk turun ke kawah.

Di Kawah Putih, Gunung berapi nya tidak lagi aktif dan kita boleh melihat keadaan kawahnya dengan lebih dekat lagi. Perjalanan ke Kawah Putih sangat jauh lebih kurang 2 jam setengah dari pusat bandar Bandung dan ditambah pula dengan jalan yang sesak memang banyak masa terbuang di atas jalan sahaja.

Setelah melalui kesesakan akhirnya tiba juga kami di sini dengan selamat.
Entrance Fee untuk ke Kawah Putih ialah IDR 500,000 (7 orang termasuk kenderaan). 
Harga ini termasuk kenderaan peribadi supir kami ke sana. Jika hendak masuk secara sendiri, harga nya ialah IDR 50,000 seorang kalau x silap dan kita akan di bawa menaiki ontang anting instead of naik kenderaan peribadi untuk ke sana. Disebabkan percutian ni bersama keluarga jadi lebih baik menaiki kenderaan peribadi sahaja. 

Ontang anting.
Suhu di sekitar Kawah Putih agak rendah iaitu dalam lingkungan 16-20 degree celcius. So bawak lah jacket ketika ke sini. Jika tak tahan dengan bau sulphur, anda di ingatkan untuk membawa mask sebagai penutup mulut.




Kalau boleh setiap tempat kat kawah putih ni kami nak bergambar. haha
Kami menghabiskan masa dalam satu jam di sini.

Sebelum pulang kami dihidangkan dengan air strawberry fresh dari ladang. 

Strawberry juice yg freshh. sedap!
Mengikut plan, kami ingin singgah ke ladang strawberry untuk memetik strawberry sendiri. Tetapi disebabkan hari hujan terpaksa lah kami batalkan hasrat kami tu dan terus menuju ke pusat bandar Bandung semula.

Untuk makan tengahari kami singgah di restoran Saung Andir yang terletak di Ciwidey iaitu berhampiran dengan Kawah Putih.

Hidangan yang kami pilih ialah ikan gurame bakar dan ayam brangsek. Kedua-duanya memang sedap giler!!! Kami menunaikan solat zohor dan asar di restaurant ini.

Minuman kelapa yang menyegarkan di Saung Andir ni.
Kami seterusnya ke Cibaduyut sekali lagi. Kali ni memang borong habis kasut kat situ. Haha.

Setelah shopping kat situ kami menuju ke Rumah Kain. Rumah Kain ni merupakan tempat yang di suggest kan oleh Supir kami.

Rumah Kain menjual pelbagai jenis kain seperti kain satin, kain cotton, kain bermanik dan sebagainya. Mereka juga sediakan perkhidmatan menjahit. 
So kalau anda nak tempah terus pun boleh. 
Tambahan RM 55 dikenakan sekiranya nak jahit terus, Setelah siap mereka akan hantar terus ke hotel pada keesokkan harinya. 

Harga untuk kain bergantung pada jenis dan kualitinya tetapi harganya di dalam range IDR150,000-IDR200,000 sahaja.
Rumah Kain juga mempunyai barang-barang lain seperti telekung, kain pelikat, keychain dan sebagainya. 
Pakar-pakar sedang meneliti kualiti kain di sini
Turut serta dalam misi mencari kain. haha
Ayah aq pun x nak kalah dalam misi ni, kain pelikat pun jadi lah kan
Sesi mengukur baju di badan sendiri

Boleh tengok sendiri kan keadaan dalam Rumah Kain ni macam rumah dan bukannya kedai pun.
Kami juga dihidangkan air mineral semasa membeli belah di sini.

Setelah ber shopping sakan di Rumah Kain. Kami menuju ke Rumah Mode. 
Rumah Mode menjual pakaian moden dan beg tangan branded dengan harga yang murah. Kat sini memang ramai sangat pengunjung. Pelbagai jenama ada di sini dengan harga yang berpatutan.

Kami makan malam di Iga Bakar sebelum pulang ke hotel. Sekali lagi, tempat makan ini juga di suggest kan oleh Supir kami.

Teh Sosro ni aq order masa makan. Rasanya boleh tahan juga.
Setelah makan, kami pun pulang ke hotel.

No comments: