Thursday 26 March 2015

Kuching Getaway (DAY 1)

Penerbangan kami jam 7.20 pg dari KLIA2. Seawal 5 pg lagi kami dah gerak dari rumah iaitu dari Kajang. Kami bersarapan diatas flight melalui pre-order yang telah dibuat semasa membuat tempahan.
Seawal 6 pg lagi aq kat airport.haha
Jam 9.20 pg kami tiba di Kuching International Airport. Kami disambut oleh Mrs Hannah setibanya di Kuching Airport Gate 1 iaitu pemilik kereta sewa kami. Bayaran untuk kereta sewa dibuat semasa tiba di airport.

Sepanjang perjalan kami di Kuching, aq menggunakan aplikasi waze untuk semua arah jalan. Dunia canggih sekarang, senang je nak jalan. Hihi.

Disebabkan perut pun masih kenyang jadi kami berkeputusan untuk ke Hotel untuk check-in. Pemilik hotel Hua Kuok Inn iaitu Madam ni sangat baik, dia benarkan kami check in awal dari yang sepatutnya. Bilik keluarga di sini memang agak selesa juga untuk 5-6 orang. 


cukup sorang satu katil, selesa dan luas!
Kami berehat sebentar di Hotel setelah check in. Jam 11.30 pagi kami keluar dari hotel dan berjalan-jalan di sekitar bandar Kuching.

Antara tempat yang kami lawati ialah Cat Statue Kuching, Fort Margherita, Astana, Cat Museum, Waterfront Kuching.

landmark Kuching! Wajib bergambar di sini. hehe
selfie pun wajib!
Untuk makan tengahari kami makan di Pak Somet Ayam Penyet Kopitiam yang kami terjumpa secara kebetulan. Haha. 
Restaurant ni terletak berhampiran dengan Cat Statue Kuching.
Nasi Ayam Pak Somet
Di Fort Margherita masuk adalah percuma, kat sini kita boleh lihat kubu pertahanan semasa zaman James Brooke. Teringat zaman belajar sejarah masa kat sini. Haha



Replika model Fort Margherita
Habis kacak dh ber modelling kat Fort Margherita ni, haha! :p
Cat Museum pula sebenarnya terletak di Dewan Bandaraya Kuching (DBKU).
Di Cat Museum pula masuk adalah percuma. Bayaran dikenakan sekiranya kita ingin mengambil gambar. Bayarannya ialah:
  1. RM5 (kamera DSLR, kamera biasa) 
  2. RM3 (kamera telefon bimbit) 
Kami membayar RM3 untuk kamera telefon bimbit.

Souvenir yang dijual disini sangat mahal better jangan beli kat sini.









Bagi pencinta kucing memang seronok datang di sini. Terdapat banyak jenis kucing disini dengan sejarah-sejarah nya yang tersendiri.

Untuk dinner pula, kami makan di Restaurant Le Pau iaitu sebuah restaurant etnik Iban yang menawarkan pelbagai makanan etnik kaum Iban.
Selain itu, restaurant ini juga menyediakan makanan seperti nasi goreng dan sebagainya. Maklumlah takut tak kena tekak pula pada pengunjung yang datang kan.

Tapi bagi aq apa salahnya kita try makanan kaum etnik yang lain.

So, aq pun order satu set makanan Iban yang dinamakan Pansuh. Pansuh ni actually makanan yang dimasak di dalam buluh je. Sedap taw! Should give a try bila sampai sana.

Ayam penyet kat kedai ni pun sedap!

Ni lah restaurant Le Pau tu.
Hiasan dalaman yang menarik!
Sambil makan kita akan di dendangkan dengan lagu-lagu etnik Iban.
Menu Pansuh yang aq order tu. hehe.
Yang dlm balutan tu jangan terkejut, tu nasi je sangat lembut taw!
Side dish yang dihidangkan, xsure apa bedal jelah.haha
Ayam penyet yang rangup n tasty! terliur!

Selepas dinner, kami pulang ke Hotel kerana keesokkannya kami akan berjalan jauh ke Pekan Serikin.


No comments: