Thursday 26 March 2015

Kuching Getaway (INTRO)

Assalamualaikum~


Pada 20/03/2015 yang lalu kami sekeluarga telah pun bercuti di Kuching, Sarawak. Percutian kali ini dirancang agak last minit juga iaitu seminggu sebelum tarikh kejadian.

Air Asia Go dipilih sebagai medium untuk menempah tiket dan hotel. Kali ini kami membuat tempahan hotel + flight sekali.

Kami ke sana hanya berlima sahaja, kak long and abang long x mengikuti kami disebabkan tuntutan kerja.

Untuk makluman, untuk memasuki Sarawak dan Sabah passport tidak diperlukan. Passport hanya diperlukan sekiranya kita ingin tinggal disana lebih daripada 3 bulan. 

Bagi pelancong seperti kami setibanya di airport Kuching, kami diberikan satu form dan kami harus simpan form ni dan serahkannya kembali ke imigresen semasa keluar dari negeri Sarawak.

Form ni akan diberikan oleh pihak imigresen setibanya di Kuching Airport
Pengangkutan/Penginapan

Kami memilih Air Asia Go untuk menempah flight+hotel kerana pada waktu itu terdapat promotion baik punya!haha. 

Untuk makluman jika menggunakan air asia go, kita akan dikenakan charge sebanyak RM80 untuk pemprosesan tempahan tak kiralah sekiranya menggunakan VISA, MASTERCARD, CIMB etc.

Selepas membuat tempahan melalui Air Asia Go, sekiranya anda nak membuat add-on seperti luggage or makanan anda boleh terus ke website air asia.

Penerbangan kami pada 20/03/2015 jam 7.20 pg. Penerbangan ke Kuching dari KLIA2 mengambil masa 1jam 45minit sahaja. Kami bersarapan di atas flight.

Antara makanan yang aq order
Untuk penginapan, kami memilih Hotel Hua Kuok Inn disebabkan hotel ini sahaja yang menawarkan satu bilik keluarga yang boleh memuatkan seramai 5-6 orang. Hotel ini juga terletak di tengah bandar Kuching.
Hotel kami di Kuching
Bagi pengangkutan sepanjang di Kuching, kami menyewa sebuah kereta sewa daripada Mrs Hannah.
Harga yang ditawarkan oleh Mrs Hannah ni sangat berpatutan. Kami menyewa Proton Saga FLX dengan harga RM100 untuk sehari. Murahkan!

Bagi sesiapa yang nak menyewa kereta dari Mrs Hannah ni boleh ambil no ni 
(Mrs Hannah-0128952003). 
Untuk makluman Mrs Hannah ni melayu muslim, aq pn x taw kenapa nama dia Hannah mungkin nama glamour je kot. Selain proton saga, Mrs Hannah ni mempunyai banyak pilihan kereta sewa yang lain, nanti just bagitahu je berapa orang and nak kereta apa.

Ni lah kereta sewa kami, baru & selesa!

No comments: