Thursday 26 March 2015

Kuching Getaway (DAY 2)

Hari kedua hari yang panjang sebab banyak tempat kami nak pergi hari ni.

Seawal 7 pg lagi kami dah keluar dari Hotel menuju ke Bau. 

Di Kuching ni pelik sikit, susah nak cari tempat untuk sarapan kerana rata-rata kedai masih tutup, yang menjaja tepi jalan pun xde. 
So berbekal kan perut yang lapar kami terus menuju ke Pekan Serikin yang terletak di Bau.

Kami ke sana dengan bantuan Waze. So jangan risau memang x sesat pun. Haha. 

Kami tiba di Pekan Serikin jam 9 pg. Alhamdulilah, setibanya di sana kami ternampak sebuah warung iaitu Warung Johari Pekan Serikin. Memang penuh dengan orang kat warung tu. Mungkin ramai yang senasib dengan kami, kelaparan di waktu pagi. Haha. 

Disebabkan Sarawak terkenal dengan Mee Kolok, jadi aq memesan mee kolok sebagai breakfast pagi ni.



Semua pun order mee kolok kat sini.haha
Setelah bersarapan, kami memulakan misi di Pekan Serikin. Pekan Serikin ni macam Pekan Wang Kelian sebab kedua-duanya terletak di border.

Pekan Serikin terletak di border Malaysia-Indonesia manakala Pekan Ahad Wang Kelian terletak di border Malaysia-Thailand.
Suasana Pekan Serikin
Pekan Serikin ni hanya beroperasi pada sabtu dan ahad sahaja.

Sabtu seawal (5 pg- 5 ptg) manakala ahad (5 pg- 12 tghari) sahaja.

Kat sini terdapat banyak barangan yang dijual antaranya telekung, kain batik Sarawak/Indonesia, baju tidur, jeans, jersey, kraf tangan, buah-buahan dan banyak lagi. Kebanyakkan barang disini banyak datang dari Indonesia. Harga disini boleh tawar menawar.

Cumanya suasana kat sini sangat-sangat lah panas. Memang lencun + sunburn la bila datang sini. Haha.

Bagi kaum perempuan memang syurga shopping la kalau datang sini. Kalau lelaki tengok-tengok jela kan.

Dalam jam 12 tgh hari kami bergerak keluar dari Pekan Serikin. Oh ya, bayaran parking dikenakan sebanyak RM2.
Tempat Parking, bayaran RM 2
Kami menuju ke lokasi seterusnya iaitu Fairy Cave (gua pari-pari). 
Di Fairy Cave ini xde apa sangat Cuma merupakan tempat sembahyang kaum Buddha je kalau x silap. Disebabkan lokasi nya sebelah jalan je jadi apa salahnya untuk kami singgah sebentar.
di hadapan Fairy Cave
Seterusnya kami menuju ke Wind Cave (Gua Angin). Gua Angin ini juga terletak dijalan yang sama iaitu jalan Kuching ke Pekan Serikin. 
Di sini bagi mereka yang berminat dengan aktiviti ber caving boleh lah pergi untuk melihat alam. Bayaran dikenakan untuk sesiapa yang ingin menyewa Torch light sahaja. 
Selain itu, terdapat juga kawasan rekreasi di sini untuk aktiviti seperti camping, barbeque, mandi-manda etc.
Aktiviti bercaving bermula disini




Terdapat sungai di belakang gua angin. So boleh berekreasi di sini. Nak mandi pun boleh.
Sekitar kawasan rekreasi di Wind Cave
Selesai melawat Wind Cave kami menuju ke Tasik Biru. Tasik Biru ni merupakan tasik bekas lombong emas di Bau dulu. Ianya di namakan Tasik Biru kerana airnya kelihatan kebiruan.

Tasik biru
Air nya mempunyai paras arsenik yang tinggi
Setelah selesai melawat tasik biru kami menuju ke Kuching untuk makan tengahari, kami makan di KFC je untuk tengahari ni. KFC ni terletak berhampiran Cat Statue Kuching.

Setelah lunch kami menuju ke Kilang Pasu Sarawak iaitu Kilang Pasu Yong Huat Heng.

Melalui aplikasi waze kami agak sesat mencari kilang ni kerana di waze menunjukkan kami sudah tiba di Kilang ni padahal kami sebenarnya berada di tengah-tengah jalan je. 

So, dengan bantuan orang tempatan di sana rupa-rupanya kilang ni terletak depan sikit je dari apa yang waze tunjukkan.

Jika Kuching Sentral (hentian bas Kuching)terletak disebelah kiri anda, untuk ke kilang pasu anda kena masuk kanan selepas traffic light di stesen bas Kuching.





Memang pening kepala nak memilih pasu di sini. Semuanya cantik-cantik dengan harga yang sangat berpatutan!

Selepas shopping di kilang pasu Sarawak, kami pulang ke Hotel untuk menyegarkan diri.

Jam 8 mlm kami keluar dari hotel untuk makan seafood di Top Spot. Orang kata kalau datang Sarawak x sah kalau x makan seafood kan.

Top Spot ni sebenarnya terletak di bangunan UTC Sarawak. 
So, dengan aplikasi waze taip UTC Sarawak je. 
Top Spot ni terletak di tingkat 6 bangunan UTC Sarawak. 
Keadaan top spot ni macam food court je. 
Parking la di level 1/2 dekat sikit dengan autopay station
Kami makan di kedai No 25 iaitu Bukit Mata kerana mengikut suggestion ramai yang suggest makan di sini lagipun restaurant ini di jamin halal JAKIM.
Bukit Mata Seafood
No meja pilihan kami! Servis kat sini memang cepat taw!

Makan besar kami malam ni. hihi
Antara menu menarik di Bukit Mata Seafood:
Ketam masak cili
oyster biasa
sotong goreng tepung
udang goreng nestum
sayur kailan
ikan talapia 3 rasa
Top Spot Seafood
Setelah dinner kami pulang ke Hotel.

No comments: