Friday 7 October 2016

Penang Trip (DAY 1)

Hari yang di tunggu-tungukan akhirnya bertemu. Alhamdulilah perjalanan ke Penang berjalan dangan lancar. Kami bertolak dari rumah kami di Kajang pada jam 5.30 pg. Ini semua sebab nak mengelakkan jammed di Kuala Lumpur. Yelah hari kerja kan, semua nak masuk KL. 
So bergigihlah kami semua bangun pagi untuk ke Penang.

Bila dah melepasi tol jalan duta masa pagi tu barulah rasa lega. Kami singgah di R&R Jejantas Sungai Buluh untuk solat Subuh dan akhirnya meneruskan perjalanan terus ke Penang.

Breakfast di RNR Sg Perak
Selfie sikit sebelum meneruskan perjalanan
Penang kami datang!
Kami tiba di kondo homestay dalam jam 12 tengah hari. Pada masa itu, aku sememangnya dah menghubungi person in-charge kondo kami tu masa di R&R Sg Perak. So kalau ikut logiknya mesti dia dah alert yang aku sudah bertolak ke Penang kan. Tapi yang peliknya bila tiba di sana tiada siapa pun yang menunggu untuk memberi kunci kepada kami. Pada mulanya memang rasa panik juga, mana tak nya hampir setengah jam menunggu. Berkali-kali juga call person in-charge di Penang tu iaitu Mr. Onn. Guard yang jaga kondo ni pun bukan nak bagi support kat kitorang malah dia cakap ramai yang kena tipu bila book homestay especially yang dah bayar full payment. Haihh.

Kekecohan masa menunggu Mr Onn. Haihh.
Tapi akhirnya jam 12.30 tgh hari barulah muncul si Mr Onn tu. Haih buat cuak je kan. Mr Onn escort kami ke rumah di tingkat 4. Untuk parking, hanya satu kenderaan sahaja di benar kan parking di kawasan dalam kondo. Disebabkan kami membawa dua buah kereta maka sebuah kereta terpaksalah di park di luar kawasan kondo. Tapi boleh je masuk untuk unload barang.

Nak dijadikan cerita guard kat situ mengenakan RM20 kat kami jika nak park kereta di dalam kawasan kondo katanya jika park di luar bahaya banyak kaki pecah kereta di sini. Kami memang tak percaya pun tapi macam redha jela bayar RM20 untuk park di dalam kawasan kondo. Setiap lot parking dah ada owner dia so guard tu suruh kami park di hujung sekali. Hurm, memang dah agak dah dia sengaja je nak paw duit dari kami. Tapi redha jela asalkan kereta selamat kan.

Kami berehat di kondo sehingga jam 5 petang. Hihi. Percutian ni pun santai je so malas nak rushing tambahan ada baby so kena la bagi dia tidur lama sikit. 

Bahagianya Umar cayang!
Jam 5 petang kami bertolak dari kondo menuju ke Georgetown untuk pekena Nasi Kandar. Dari research yang kami buat, Nasi Kandar yang famous di sini Nasi Kandar Beratur, Nasi Kandar Line Clear and Nasi Kandar Deen Maju.


Kami memilih Nasi Kandar Deen Maju sebabnya Nasi Kandar Beratur hanya beroperasi jam 10 malam ke atas. Terasa pelik sangat sebab masa operasinya agak lewat. Nasi Kandar Deen Maju pula beroperasi dari jam 2.30ptg-10.30mlm. Untuk ke sana kami waze sahaja.
Waktu operasi nasi kandar deen maju
gigh beratur demi nasi kandar! haha
Semua dah kelaparan! Makan dulu!
Umar cayang pun nak interframe. hehe
Actually restoran nasi kandar deen maju ni merupakan rumah yang diubahsuai menjadi kedai
See at the back memang deretan rumah pun! p/s:abaikan model di depan. haha
Umar face :p
Umar!
Jika mengikut plan, setelah makan kami ingin menuju ke Padang Kota Lama tapi disebabkan waktu dah nak masuk Solat Maghrib jadi kami singgah dulu bersolat jamak di Masjik Kapitan Keling. Masjid Kapitan Keling ni merupakan masjid pertama di Penang. Struktur bangunannya sangat cantik dan mempunyai sentuhan seni bina India Muslim.
Masjid Kapitan Keling. Cantik kan!
Sekitar masjid
Selfie sikit. Hehe
Rupanya Kedai Nasi Kandar Beratur ni terletak bersebelahan je dengan Masjid Kapitan Keling tu
Kami menuju ke Padang Kota Lama selepas solat. 

Padang Kota Lama ni sangat cantik! 
Fefeeling shanghai kat padang kota lama. haha
Terdapat Fort Cornwallis di sana. Fort Cornwallis ni dibina sebagai kubu pertahanan pada zaman jajahan dulu tapi kini telah dijadikan muzium. Nak dijadikan cerita kami tiba di Fort Cornwallis ni jam 9 malam and pada masa tu terdapat rehearsal untuk Pesta Boria yang akan dilangsungkan pada 19/08/2016 dan 20/08/2016 iaitu pada keesokkan harinya jam 8 malam! Memang excited nak pergi sebab nak tengok kebudayaan Penang kan.
Kubu pertahanan 'Fort Cornwallis'
Jika mengikut plan asal, esok malam kami ingin berjalan di Night Market Batu Feringghi. Tetapi kami menukar plan kami. So dari Padang Kota Lama kami terus bergerak ke Batu Feringghi untuk berjalan dan shopping di Night Market Batu Feringghi kerana esoknya nak menonton Pesta Boria di Fort Cornwallis tu.

Setibanya di Night Market Batu Feringghi, kami berjalan dan melihat barang-barang di sana. Untuk makluman, harga yang ditawarkan di sini agak mahal! Mungkin di sebabkan lokasi nya. Yelah Batu Feringghi merupakan tumpuan pelancong dan sangat ramai foreigner yang menginap di sini. So bila jalan di Night Market tu rasa macam kat oversea pula. Semuannya foreigner! Haha.

Acah acah nak membeli je. haha


Banyak pilihan souvenir di Feringghi Night Market ni

Hari pertama kami di Penang berakhir di sini. Keesokkannya kami akan ke Bukit Bendera pula! Excitednya! Hehe.

No comments: