Sunday 16 October 2016

Southern China Trip (Shenzhen-Guangzhou) - DAY 3

Today, kami akan bergerak semula ke Guangzhou. Kami hanya bersarapan dengan makanan yang di bawa dari Malaysia.

Semasa yang lain sedang bersiap-siap, aku ke pintu depan, aku ingatkan pintu tu berkunci sebab tertutup rapat. Disebabkan pintu rumah kondo tu sangat canggih so aku tak berani nak try buka, nanti tak pasal-pasal alarm berbunyi ke apa satu rumah bising. So aku bertanya kepada orang yang ada di bahagian ruang tamu tu sebabnya aku ingatkan dia wakil owner rumah. 

Pada mulanya aku ingat kan dia tak pandai berbahasa English yela sebelum ni masa check in tu wakil owner tu x pandai berbahasa English so aku pun tunjuk-tunjuk je pintu tu sambil buat gaya macam orang nak buka pintu. 

Then lastly sebab aku rasa kan aku macam orang bodoh and gila je buat camtu so aku terus tanya dia. Do you speak English? Then dia jawab a little bit. Bila dengar camtu rasa bersyukur sekejap. Haha. Terus aku tanya Do you know how to open that door? Then laju je dia pergi ke pintu tu and buka kan. Selesai satu masalah. Haha

Kami bersarapan dahulu before ke metro station. Di hostel ni check out tak perlu nak buat apa-apa, keluar macam itu saja. Pelik kan. Haha. 
Meja sarapan kami. hew hew.
Masa nak keluar ke metro ni, lelaki yang aku tanya pasal pintu tadi tu pun keluar sekali and turun dalam satu lift. Tetiba dia tanya, where are you going? Aku pun cakap la, we are going to Guangzhou through ShenzhenBei. Kemain confident cakap ShenzhenBei padahal masa kat Malaysia tak tahu pun apa itu ShenzhenBei. Masa kat sana baru tahu yang Shenzhen Bei ni sebenarnya ialah Shenzhen North. Haha.

Kebetulan pula dia pun nak ke Guangzhou. Dia cerita la yang dia datang Shenzhen sebab nak tengok konsert la itu ini. Then tetiba dia cakap we should walk together. Eh, excited pula dia nak jalan dengan foreigner. Haha. Akhirnya kami pun berjalan lah dengan dia. Sambil jalan dia tanya kami duduk kat mana masa di Guangzhou. Mula-mula cam takut gak nak bagi information kat orang tak dikenali kan. Tapi disebabkan dia pun nampak macam sebaya kami je so bagi tahu jela.

Sepanjang perjalanan dia excited cerita yang dia berasal dari Xiamen. Mula-mula aku tak paham cara dia sebut Xiamen tu, tapi lepas dah lama digest baru la faham owh Xiamen tu nama tempat rupanya. Haih.

Dia ada cakap on 15 September 2016 berlakunya typhoon kat Xiamen, gigih dia tunjuk gambar semua. Now we think that people in mainland China ni terlebih friendly pula. Haha. Walaupun Bahasa inggeris dia susah juga nak faham tapi ok la kot cuma perlukan masa untuk digest. Memang penat sikit otak. 
Terserlah kemesraan bersama wu yue. haha
Tapi ada bagusnya ada dia ni sebab die boleh jadi translator and guide untuk kami. 

Untuk membeli tiket bullet train di Shenzhen Bei anda boleh membelinya di tiket kaunter A1.
entrance ke tempat membeli tiket bullet train
Wu yue cakap kat sini tempat redeem tiket (pembeli online)
sempat posing jap sebab ramai sangat orang!
still on queue
Masa tiba di kaunter tiket, ada seorang mak cik gila di hadapan kami ini. Masalah makcik ini dia nak beli tiket CNY500 tapi nak bayar dengan harga CNY200, dah la kami ni beratur belakang dia. Dia sibuk nak bertekak dengan juru kaunter tu sebab dia nak bayar 200 untuk tiket 500. Mestilah tak boleh kan.

Pada mulanya, kami tak faham juga apa yang mereka gaduhkan sebab semuanya in Mandarin. Tapi, di sebabkan ada translator baru lah kami faham masalah dia ni. Oh by the way, nama translator kami tu Wu Yue. Agak rude jugak makcik tu, dia tengking-tengking kat kaunter tu. Semua pandang ok, dah la kami ni beratur betul-betul belakang makcik tu and kami jela the only foreigner kat situ. 

Then juru kaunter tu suruh kami proceed je kat kaunter tu and makcik tu berdiri sebelah kami. Masa juru kaunter tu nak beri tiket pada kami boleh pula makcik ni nak rampas tiket itu dari tangan kami. Gila ke apa woi! Nasib baik reflect action dari farah cepat, terus rampas balik dari tangan dia! Makcik tu x taw Farah ni bekas palapes nanti dia buka silat/taekwando melepet makcik tu kat situ. Haha. 

Selepas dapat tiket kami beredar ke belakang untuk keluar dari situ secara tiba-tiba ada peminat dari China nak request untuk tangkap gambar dengan Farah and Ira. Selepas adegan bergaduh tu terus dapat peminat, mungkin akan jadi trending kat wechat. Haha.
farah and ira new fans. haha
very hectic dalam mendapatkan tiket ke guangzhou ni
sempat lagi before naik. hehe
dalam bullet train
Tiba kami di Guangzhou Nan kami bertukar kepada subway metro Guangzhou. Kami decide untuk membeli one day pass. Metro Guangzhou ada tawarkan pakej one day pass or three day pass for tourist. Harga one day pass is CNY20 and 3-day pass CNY50. Pass ni unlimited! It duration time start from the first time we scan and dalam masa 24 jam scan je nak pergi mana-mana semua dah cover dengan pass tu. Jimat kan!
macam touch and go je kad dia
Kami meneruskan perjalanan ke Haizhu square iaitu metro terdekat dengan hotel kami iaitu Taisheng Hotel. Taisheng hotel ni terletak di dalam mall. 

Dari Haizhu square station ambil exit F, then jalan je sampai jumpa Taikang mall. Receptionist Taisheng Hotel ada je kat ground floor tu. Senang dan mudah nak jumpa! Tapi kalau confuse just ask the police or local people yang ada kat situ. Mostly mereka tahu hotel ni. Tunjuk je alamat hotel in Chinese tu.
Takut sesat tu yang tanya polis ni. 
Direction to Taisheng Hotel:
Take metro subway to Haizhu Square, then take exit F, walk towards Beijing Road and you will see Taikang Mall at your right side. Enter the Taikang Mall and you will see the receptionist of the Taisheng Hotel at ground floor of this mall.
yeah! sampai pun! tak susah nak cari macam kat shenzhen
Selepas check in kami berehat sebentar di hotel. 

Selepas berehat kami berjalan kaki ke Beijing Lu, disebabkan baru sahaja sampai di sini so saja nak tengok-tengok apa yang ada di Beijing Road tu kan.
acah acah candid
Di Beijing Lu kami terjumpa pelancong dari Malaysia. Kami berbual mesra dengan mereka and dia memberikan kami satu bisnes kad katanya tempat ni best untuk shopping sebabnya murah and banyak pilihan. Kalau ikut plan asal, memang tak ada tempat tu sebab tak pernah tahu pun. Orang Malaysia yang kami jumpa tu cakap dia dah tiga kali datang ke Guangzhou.

Dia juga ada cakap kalau nak cari souvenir pergi ke One link Plaza. Kalau di Beijing Lu harganya mahal sikit sekadar cuci mata boleh lah. 

kami jumpa orang Malaysia tu di sini
perfect for hot weather! mango blended

Kami pun bergegas ke One Link Plaza dengan menaiki teksi dari Beijing Lu. Actually memang plan nak pergi sini hari ni. So okay lah kan. Masa nak menyebut One Link Plaza tu punya lah susah nak bagi uncle taxi tu faham. Tapi nasib baik dia faham and dia charge kami CNY20 per taxi.
naik taxi pun excited! kesian org belakang macam dalam cage! haha
Sampai di One Link Plaza kami berjalan dari tingkat atas ke bawah. Memang menarik barang-barang jualan di sini. Mainan, perhiasan rumah, patung-patung, etc ada di sini. Tapi kami tak membeli pun sebab apa yang kami bayangkan bila sebut souvenir adalah baju and fridge magnet! Puas jalan satu mall tapi x jumpa baju and fridge magnet. Geram je rasa! 

Tapi for those yang nak pergi sini memang highly recommended sebab banyak barang kraf/mainan di jual di sini. Cantik-cantik semuanya!
acah acah je tu
hakak ni pun feeling feeling je nak beli. ahha
sekitar dalam one link plaza
For your information, kalau nak membeli drone boleh cari di sini.

Dari One Link Plaza kami berjalan kaki ke Haizhu square station untuk ke Canton Tower. Dekat sangat rupanya station ni! Actually aku memang ada print google maps siap-siap supaya kami x sesat masa cari metro station ni dari One Link Plaza.


Untuk ke Canton Tower ni mudah je, cari je station Canton Tower terus sampai.
apatah yang seronok sangat time ni. haha
Brighten your life as higher as possible
selfie je mampu
ada cruise berhampiran tapi tiada jeti mungkin naik di tempat lain
Masa kat canton tower ni kami tak tahu nak buat apa, nak naik menara tu harga nya agak mahal juga, so kami naik je special train yang lalu sepanjang sungai kat situ. Memang cantik permandangan tepi sungai dengan cahaya lampu. For those yang berminat untuk menaiki canton tower boleh klik link di bawah. 
Canton Tower Attraction Price Ticket.


Oh by the way, kalau ada yang berminat nak menaiki cruise anda kena pergi ke Tianzi Wharf yang terletak berhampiran dengan Taikang mall iaitu belakang hotel kami.
Menaiki special train di canton tower
out of nowhere
Kami kembali semula ke Beijing road selepas melawat canton tower. Beijing road pedestrian street ni merupakan historical place juga sebenarnya. Pada masa dahulu, jalan ni merupakan satu jalan ke Beijing but, as time passed tempat ni dah bertukar menjadi commercial place.
dalam kaca di belakang aku tu merupakan jalan lama beijing road
Di dalam kaca ini ialah jalan lama beijing road
Nowadays, dah jadi tempat commercial dah.
a lot of shops here
pilih pilih murah murah saja
Di Beijing Road Pedestrian Street terdapat satu saja kedai yang menjual souvenir! Tapi agak mahal souvenir kat sini. Huhu.
the one and only souvenir shop yang kami jumpa di beijing road
one fridge magnet cost  CNY19 = RM12++ . Mahal woi!
other types of souvenirs
And nak di jadikan cerita aku beli dua barang kat sini and sempena anniversary kedai dorang ada buat lucky draw. Sebab aku beli dua barang so dapat la draw dua kad and tetiba kad kedua melayakkan aku beli emas putih or emas jade dengan diskaun 88%!
dalam kaca tu ada white gold and jade
Disebabkan terpedaya dengan lucky draw ni aku pun beli rantai jade ni dengan harga CNY680! Emas jade ni ada 6 gram emas. Haha. Tak tahu lah sama ada kena tipu ke apa. Yang aku tahu selepas beli aku terus di isytiharkan bankrupt!! Dahsyat betul! Ni dah macam tourist bukan backpackers lagi! Gila beli souvenirs sampai RM400!

Selepas shopping kami pulang ke hotel. Nasib baik aku ada backup duit Malaysia so boleh lah buat money changer dengan si Farah sebabnya si Farah ni yang paling kaya masa tu. Yelah dia datang China hanya beli air mineral je! Yang lain semua dah beli benda benda mengarut termasuk lah aku. Haihhh.


No comments: