Sunday 16 October 2016

Southern China Trip (Shenzhen-Guangzhou) - DAY 4

Today our day in Guangzhou going to be a long day! Maklumlah nak all out hari ini! Btw, masih ingat dengan tour guide yang kami jumpa di Shenzhen tu? Hari ini dia excited nak join kami. Pagi-pagi buta lagi dia dah datang ke hotel kami. Layankan jela. The more the merrier. Theme for today is about religions and cultures. So we are going to pay a visit at some temple and mosque.

Pagi ni lepas sarapan kami ke Six Temple Banyan Tree or in Chinese di kenali sebagai Liu Rong Si. Terletak berdekatan dengan metro station Gongyuanqian. Exit B then jalan terus and ke kanan selepas traffic light.
sekitar temple

cantik kan architecture dia
yeah gmbr ber 4! tp ada jari si tour guide tu. ahha

Selesai melawat temple ni kami bergerak ke kedai yang diberikan oleh rakyat Malaysia semalam tu. Kononnya nak shopping kat situ. Ianya terletak berdekatan dengan Guangzhou Station. Keluar dari station tu kami tak tahu mana arah nak tuju! 

Always in the middle of nowhere bila di China ni. Sesat je kitorang. Then dengan bantuan wu yue dia bertanyakan dekat local people yang ada di situ. Jalan punya jalan ke mall tu sekali sampai mall tu tutup and tengah renovate! 

Kecewa gila dah la jalan punya jauh! Geram and stress!! Pada mulanya kami nak naik teksi or bas ke tempat seterusnya tapi tak jadi and kami terpaksa berpatah balik untuk mengelak lebih sesat.
Sepanjang sesat nampak la bas-bas ni, guna letrik  je
in the middle of nowhere. tak tahu nak kemana time ni
Then kami ke Yue Xiu Station untuk ke Masjid Saad Abi waqqas. Confuse jugak masa keluar dari exit Yue Xiu park ni. Sebab tak tahu mana arah yang betul! 

Actually untuk ke Masjid ni senang je! Keluar dari exit B2  pastu terus je pastikan jalanraya di sebelah kanan anda then sampai junction tak perlu melintas jalan besar just belok ke kiri then sampai dah masjid tu.

Alhamdulilah sampai juga aku ke Masjid Saad bin Abi Waqas.
main entrance perkarangan masjid
di hadapan makam


Saad bin Abi Waqas merupakan sahabat dalam zaman nabi yang mengetuai rombongan ketika penyebaran Islam di bumi China. Beliau juga merupakan salah seorang yang di jamin syurga oleh Rasullullah. Ketika penyebaran Islam ke China terdapat tiga kelompok rombongan iaitu dua kumpulan melalui jalan darat dan satu kumpulan melalui jalan sutera. Kumpulan yang melalui jalan sutera ialah kumpulan yang di ketuai oleh Saad bin Abi Waqas. 

Suasana di perkarangan masjid agak lengang mungkin disebabkan kami melawat masjid ini pada hari ahad. Di blog sebelum ni ada mention bahawa terdapat pasar yang menjual kambing bakar and roti,etc. Tapi kami tak jumpa pun mungkin pasar tu hanya di buka pada hari jumaat.  Tak pa lah mungkin bukan rezeki kami.

Berjalan masuk di perkarangan masjid terdapat taman di situ, besar juga masjid ni. Aku berjalan masuk ke makam. Ada yang menyebutkan bahawa ini merupakan makam saad bin abi waqas tapi ada juga yang berkata bahawa saad bin abi waqas meninggal di Madinah dan sahabat Saad bin Abi Waqas yang di makam kan di sini. Apa pun yang pasti mereka yang di makam kan di sini merupakan pejuang Islam di bumi China. Di sekitar kawasan makam terdapat makam sahabat-sahabat yang lain. Mungkin sahabat-sahabat yang telah banyak berjasa dalam menyebarkan Islam di China. 
antara makam yang terdapat di perkarangan masjid
Di dalam kawasan makam terdapat Jemaah yang membacakan Yassin untuk di sedekahkan kepada Almarhum, betapa beruntung nya kan sejak zaman berzaman betapa ramainya yang menyedekahkan surah Yassin kepada dia. Mereka juga membakar colok di luar kawasan makam ni. Pelik kan tapi ni mungkin adat tradisi mereka.
jemaah membacakan yasin di makam
Makam saad abi waqas
colok di bakar as their tradition
Selesai menziarahi makam kami bergerak ke kawasan ruang solat untuk menunaikan solat jamak zohor dan asar.
Di hadapan ruang sokat
ruang wudhu / ablution area



sudut berbeza ruang wudhu

the only tandas yang ada paip! haha

di dalam ruang solat
Selesai solat kami mencari restoran untuk makan. Maklumlah perut dah lapar dengan penat lagi kan memang sangat-sangat perlukan tenaga. Tanpa membuang masa untuk mencari restoran halal kami pun terus bertanyakan kepada local Chinese muslim yang berada di dalam masjid. Dia kata restoran halal terletak di seberang jalan berhadapan masjid. 
kelaparan ye semuanya


halal restoran

lagi sekali order berdasarkan gambar

banyak restoran halal di seberang jalan masjid
Selesai makan kami ingin ke Baiyun Leather Market, jika ikut maps Baiyun Leather Market ni dekat je dari masjid tapi sebab penat and tak nak sesat kami pun decide naik taxi. Disebabkan kami berlima then terpaksa lah split dua taxi. Aku and Sufee satu taxi, Farah, Ira and Wu Yue satu taxi. Actually aku suruh taxi yang aku naik tu follow je taxi depan tapi dia macam tak paham so aku sebut jela Baiyun Leather Market and dengan confident dia terus je pintas taxi lagi satu tu. Yelah warna taxi ni kebetulan berbeza pulak and aku fikir mesti dua company berbeza la kot tu yang macam x sefahaman je. 
taxi yang kami naik
Tiba di Baiyun Leather Market hanya taxi kami je sampai kat situ. Taxi lagi satu tu tak tahu dia hantar ke mana. Memang nervous lah dah terpisah camni dah lah internet tak da, nak call pun tak boleh. 

Aku pelik dengan umobile aku ni padahal dah aktifkan data roaming semua tapi tak dapat nak buat panggilan pun.Then nasib baiklah ada signboard mcd kat bangunan ni and dalam fikiran masa tu nak guna internet kejap. Tapi Baiyun Leather Market ni scary sikit ramai sangat orang local panggil-panggil suruh ikut diorang macam ulat-ulat kat stesen bas kalau di Malaysia. 

So aku decide aku split je dengan sufee. Sufee tunggu dorang kat bawah tempat taxi drop kami tu and aku naik atas pergi ke Mcd. Yelah incase if dorang sampai nanti dorang nampak lah kami dah ada kat Baiyun Leather Market ni. Sepanjang nak ke Mcd tu ramai betul orang halo-halo kat aku nak suruh ikut dia lah, bagi kad cakap copy ori bagai and ada jugak cakap HALO HALO SIR, NEED CALLING? Mungkin dia nampak aku sorang and macam pegang hp. Tapi aku buat je muka confident terus je cari Mcd tu. 

Nasib baik jumpa Mcd tu rupanya kat tingkat 3! Jumpa Mcd belum tentu masalah selesai! Dahlah kat china ni wechat je available. Nak connect internet dekat mcd punya lah susah! Semua tulisan Chinese, aku pun hentam je tekan-tekan then dia macam tetiba dia link kan dengan wechat aku and pooff dapat internet! Masa tu lega sikit. Nasib baik group lagi satu tu ada local China si Wu yue tu. Tapi to be honest kalau wu yue ni tak ada maybe lagi smooth sebab ambil satu taxi je kan. But this is the pros and cons kot. 
kedai di hadapan mcd
Then aku try la contact wechat wu yue guna wifi mcd tu nasib baik dapat. Aku pun send location dekat Wu yue and suruh dia datang kat tempat kami sebab aku pun tak tahu dorang tu kat leather market yang mana. Send location pun semua in Chinese! Tak paham langsung! Then try call guna wechat and cakap kami tunggu kat mcd tu. Aku pun turun semula untuk panggil si sufee tu so tunggu dorang kat mcd je. Macam-macam masalah berlaku. Haih.
ni lah tmpt yang taxi farah salah hantar tu
Dalam 20-30 min akhirnya team farah pun sampai. Dorang pun stress sebab kena follow maps in Chinese. Rupanya uncle taxi tu hantar dorang kt leather market sebelah ke camne tah. Sebab sekitar sini memang banyak shopping mall. Shopping mall dorang actually tak secantik mall mall kat KL tu. Sendu je. 
packaging/shipping services kt baiyun leather market
Kami pun berjalan-jalan shopping and cuci mata kat sini. Sepanjang berjalan kat sini ramai sangat bagi kad cakap copy ori bagai tapi kami tak layan pun. Puas berjalan kat sini tapi x jumpa pun barang berjenama yang murah. Kebanyakkan jual barang fake, macam jenama sendiri tapi guna logo yang hampir sama dengan barang ori. Kami memang tak kisah kalau barang tu fake cumanya kalau boleh nak la barang fake tu guna jenama ori so orang tak tahu tu fake ke ori. Hehe.

Disebabkan terlalu ramai yang bagi kad and cakap copy ori copy ori, finally kami try tanya salah sorang yang pegang kad tu and dia cakap follow me for copy ori. Kami pun follow time tu. Seram jugak masa nak follow tu sebab dia bawak pergi area lift. Dah la dalam mind set ni selalu fikir orang china gangster-gangster. 

Lagipun teringat penah baca kes rompak kat ho chi minh dulu. Huhu. Dia bawak kami naik ke tingkat 7! Bila lift terbuka tengok dari luar lift tu tingkat 7 tu macam tengah construction renovation. Terus rasa seram and x nak kuar dari lift!

Orang china yang bawa kitorang naik tu dah bising suruh kuar lift sebab dah sampai tapi kami macam kaku dalam lift tu sebab tak tahu nak buat apa! Lift pun tertutup and naik ke tingkat atas. Bila kat atas lift terbukak and then tengok macam ada ofis kat tingkat atas. Lepas bincang kat dalam lift yang hanya beza beberapa saat untuk ke tingkat 7 semula, kitorang cam fikir tak pa lah keluar jela dari lift nanti try je ikut orang tu. 

So kami pun keluar dari lift masa di tingkat 7 tu. Bila keluar kat situ rupanya macam ada 4 rumah apartment. Kami ikut dia ke arah satu apartment, dalam hati doa jela harap tak da pape berlaku kan. Sampai apartment ada orang buka kan pintu. Kalau kena rompak ni memang redha and pasrah jela sebab kitorang ni macam masuk ke mulut buaya je kan. Haha. Rupanya tak! Hanya ada kulit buaya je kat situ! Haha. Dalam rumah tu memang banyak barang fake berkualiti tinggi!! Rupanya dorang menjual secara sorok-sorok barang yang copy ori ni. Macam beg leather yang mahal-mahal dapat dalam rm80-100 kat sini tapi depend berapa banyak beli. Lagi banyak lagi murah! Sebab full leather memang cantik!

Aku hanya mampu cuci mata je. Duit dah takda beli emas semalam kan. Haha. Sori tak ambil gambar masa dalam rumah ni sebab nervous tadi tak hilang lagi. Haha. Honestly siapa je tak cuak if kita follow orang tak kenal ke tempat rumah cam ni. Alhamdulilah takda pape berlaku. Then kami turun and sambung shopping je. Tapi for your information, kalau nak membeli barang copy ori memang kena ikut orang yang bagi kad tu tapi hati-hati jela kalau boleh jangan sampai ikut dorang keluar dari bangunan tu.

Selepas shopping kami decide nak jalan kaki je ke Yue xiu station. Tak jauh mana pun sebab dah tahu jalan kan. Masa tu fikir nak singgah Yue Xiu park ke x kalau tengok masa macam ok sangat nak melawat park tu. Kat park tu ada patung kambing yang famous kalau pergi Guangzhou. Nama dia Five Ram Statue! Sejarah nya aku tak sempat google lagi. haha.

Masuk park ni free je. Mula-mula ingatkan patung kambing tu dekat je dengan entrance rupanya jauh gila! Kena daki bukit pula tu! Tapi disebabkan dah separuh jalan so teruskan jela dengan gigih!
gigh hiking

statue kambing tu
And very lucky! Kat sini ad shop souvenir!! Tengok ada fridge magnet/baju semua! Terus borong untuk family. Haha. Berbaloi daki bukit! Walaupun harga nya agak pricey tp redha je sebab tak jumpa kedai souvenir yang lain.
kedai souvenir ni betul-betul di hadapan statue kambing tu
Kami berpisah dengan wu yue di station Yue xiu park sebab dia nak balik ke rumah dia. Mula-mula kami plan nak ke Huaisheng Mosque yang terletak di station Ximenkou sebelum ke hotel. 
acah acah hipster hee
Tapi elok sampai kt Ximenkou rasa penat sebab sesat kat area Ximenkou and hari pun dah gelap so kami decide terus gerak ke Beijing Lu je before balik. Buang masa je g Ximenkou kan. Haha. 
Kat Beijing lu kami sambung shopping. Beli jela pape yang rasa ok kan. Lagipun nak balik dah.
miniso di china sgt murah satu brg around RM6-7 je
Kami balik ke hotel untuk ambil barang yang ditinggalkan di receptionist tu. Masa tu dah pukul 10 malam so kedai dalam mall hotel kami tu pun dah tutup. Masa ambil beg tu kami kemas barang-barang kami sebabnya takut gak if dorang letak pape dalam beg masa kami tinggal kan tu kan. Tapi alhamdulilah takda pape. So finally kami naik metro ke airport. 
akhirnya luggage beranak!


percayalah nampak je banyak tp xde brg dalam tu haha
Kami solat jamak di airport je. Banyak kawasan-kawasan tersorok kat airport ni senang nak solat. Bagus betul! Kat airport ada aunty dari Malaysia ni tegur kami. Aunty ni dari Sarawak katanya grandma dia duduk di Guangzhou. Memang ramah aunty ni. Dia bersama kakak and anak dia. 

Tapi selepas 30 minit macam tu aunty ni nak mintak tumpang beg kat check in luggage kami sebabnya luggage kami ambil 75 kg tapi guna 50 kg je! Rugi sangat! And aunty tu tak ambil luggage and sesuka je nak tumpang 20 kg kat kami. 

Disebabkan banyak sangat extra weight so bagi jela tumpang but at same time takut juga dibuatnya aunty ni bawak dadah mampus kami jadi keldai kan. Kenapa lah asyik kami yang kena! Tadi dah la follow orang yang tak kenal ni nak bagi orang tumpang beg pulak. Haha. Tapi alhamdulilah tak ada pape berlaku and actually aku ada ambil gambar dorang bertiga secara senyap-senyap. Haha.
gambar yang diambil secara senyap2 haha
Alhamdulilah finally jam 6.45 pg kami tiba di Senai Airport. Tamatlah sudah trip yang agak hectic ni.





1 comment:

jaasinjacquis said...

Casino at Mohegan Sun - Mapyro
Find Casino at Mohegan 익산 출장안마 Sun, profile picture. This casino is a 5 star hotel and 김해 출장안마 10 순천 출장마사지 minutes away from the 구리 출장샵 Montbleu casino. 강릉 출장샵