Friday 7 October 2016

Penang Trip (DAY 2)

Hari kedua seperti dirancangkan kami menuju ke Bukit Bendera.


Tak lengkap jika ke penang tak ke sini
Bukit Bendera terletak di mukim Air Hitam. Actually jarak dari Batu Feringghi ke Bukit Bendera tak jauh pun lebih kurang 30 minit.

Sebelum ke Bukit Bendera kami bersarapan dulu di Batu Feringghi. Kami bersarapan di kedai yang terletak betul-betul di hadapan Hard Rock Hotel Penang. Sedap juga makanan kat sini walaupun kedainya kedai makan biasa je. 
Boleh nampak Hard Rock Shop dari kedai ni
Terliur jugak char kuey teow die!
Setelah bersarapan kami singgah sebentar di Hard Rock Shop, saja cuci mata tengok souvenir walaupun tahu souvenir kat sini mahal-mahal lagipun aku bukanlah peminat tegar souvenir hard rock cafe.
wondering around
tempat souvenir hard rock shop penang
Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Bukit Bendera. Setelah lebih kurang 30 minit kami pun tiba di Bukit Bendera. Tibanya di Bukit Bendera, terdapat ruangan letak kenderaan berbumbung disediakan di bawah Penang Hill. Rate parking di sini ialah RM 2 untuk sejam pertama dan sejam berikutnya RM 1.
Tiket Parking di Penang Hill

Kami meletakkan kenderaan di sini dan terus menuju ke kaunter tiket Penang Hill untuk membeli tiket train ke puncak Bukit Bendera. Tiket train bagi dewasa (Malaysian-RM10) and (Non Malaysian-RM30), kanak-kanak dan senior citizen ialah RM 5.
Sekitar kaki bukit penang
Price ticket for train

Bangunan belakang tu lah car park di penang hill


Apa yang menariknya di sini ialah train nya sendiri! Train di bina untuk menaiki puncak Bukit Bendera. Memang sangat cool!! 
Train Bukit Bendera yang canggih dah sekarang ni
Pemandangan indah sepanjang perjalanan ke puncak bukit bendera. Cantik sangat!
Tibanya di puncak kami dapat melihat permandangan yang cukup mengagumkan. Seluruh Penang terbentang luas di mata. Haha.

Cloudy cloud but still manage to see the whole penang
Us at penang hill
selamat hari merdeka - from umar
teropong apa la tu agaknya kan. haha
Kat atas ni terdapat cafe Penang Hill, Owl Museum, Love Lock and etc.

owl museum 
hakak tengah fefeling tengah panas. ahha
tak nak kalah pada hakak di atas :p
family without me.sobs
selfie sikit
cliff cafe tp tak try pun
I can see my next country from here. hehe
train to penang hill
menyempat ea. haha
caya penat - umar, 2016
Terdapat souvenir di jual di bawah kaki Penang Hill. Setelah puas bergambar dan menjelajah di Penang Hill, kami meneruskan perjalanan menuju ke Persiaran Gurney.

Tujuannya untuk pekena pasembuq terbaik di Penang. 
Tak sah kalau ke Penang tak pekena pasembuq! 
Menurut kajian dari blog-blog pasembuq terbaik ni terletak di food court persiaran gurney. 
Pada mulanya agak sesat juga untuk mencari kedai pasembuq ni sebab blog-blog sebelum ni tak mention secara spesifik location food court tu. Berpusing-pusing kami di persiaran gurney tu. Haih.
Untuk makluman terdapat beberapa food court di persiaran gurney.  Tapi untuk makan pasembuq ni, food court nya terletak berdekatan dengan bulatan di persiaran gurney. 

Food court persiaran gurney terletak berdekatan dengan bulatan ni
bangunan ni juga berhampiran dengan food court tu
finally jumpa juga kedai ni!
banyak betul pilihan!



Pilih punya pilih akhirnya harga pasembuq kami RM90! Gila kan! Ni semua gara-gara ambil ketam. haha. Tapi xpelah bukan selalu kan.
Pasembuq ni harganya RM90! Gila kan! 
Food court persiaran gurney
Selepas makan pasembuq, kami bergerak ke Batu Feringghi. Tujuan nya untuk berjalan di pesisir pantai Batu Feringghi dan membeli apam Balik crispy di night market Batu Feringghi. 

Apam Balik Crispy Station beroperasi dari jam 4ptg hingga 11 malam sahaja. Lokasinya terletak berhampiran Holiday Inn Villa. Memang terbaik apam balik kat sini. My favourite flavour banana nutella! Terbaik baq hang! 

Antara pilihan menu
In the making of apam balik!
Apam Balik Station
Apam Balik Station terletak berdekatan dengan jejantas ni
Selesai membeli apam balik kami berjalan di sekitar pantai Batu feringghi. Pantai ni terletak di belakang night market batu feringghi je. Just jalan ke belakang sikit je. Sangat tenang melihat ombak di pesisiran pantai. Ombak agak kuat juga masa ni tak berapa sesuai nak mandi.

Aktiviti paling famous kat sini ialah Parasailing. Harga parasailing di Pantai Batu Feringghi around RM80 for 1 km. Kami tak try pun sebabnya kesuntukan masa.

shop by the beach
Beautiful sunset at Feringghi beach
Antara aktiviti water sport yang ada di Batu Feringghi
Malam ni kalau di ikutkan kami ingin menonton boria di Fort Cornwallis, tapi disebabkan bahang sukan Olimpik masa ni masih terasa jadi telah menyebabkan kami keluar lewat dari kondo. 
Al maklum lah, semua sibuk nak tengok Lee Cong Wei bertanding di peringkat separuh akhir sukan Olimpik Rio. Jadinya kami tiba agak lewat di Fort Cornwallis and pertandingan boria malam ni pun dah berakhir bila kami tiba. Haih.


Untuk makan malam kami mencari mee sotong pak hameed, di blog sebelum ni ada mention ianya terletak di food court Padang Kota Lama. Kami pun menggunakan waze untuk mencari food court tu. Tapi rupanya food court yang waze ni bagi bukan lah food court yang kami cari. Dan disebabkan lapar yang teramat sangat then makan jela di food court ni. Food court yang waze bagi ni juga memang terletak di Padang Kota Lama. So redha jela x dapat pekena mee sotong Pak Hameed yang famous tu.
Waze bawak salah tempat lah. haih
Not bad jugak mee udang kt sini











No comments: