Sunday 8 February 2015

Winter in Seoul, South Korea (DAY 4)

Tema untuk hari keempat kami di Seoul ialah Modern mix Classic. Bersesuaian dengan tempat yang kami melawat pada hari ini iaitu disebelah pagi kami melawat Gyeongbukgong Palace dan mlm kami menonton KPOP secara live. Haha.


Gyeongbukgong palace terletak di belakang hostel kami. Jadi kami ke sini dengan berjalan kaki sahaja. Tetapi sekiranya anda ingin menaiki subway, boleh turun di Gwanghwamun Station and keluar di EXIT5.

Entrance Fee ialah KRW 3000 untuk one palace. Kami hanya melawat satu palace sahaja.

Entrance ticket
Suasana dalam taman di gyeongbukgong
Disini juga terdapat satu event iaitu ceremony of gate guard change.

Ceremony of gate guard change
Bagi sesiapa yang nak try gate guard cloth boleh try dengan percuma sahaja. Ianya terletak bersebelahan dengan pintu masuk palace (belah kiri)

Antara pilihan baju yang boleh dipilih
xlepas kan peluang untuk try :p
Disebelah petang kami ke Olympic Park untuk menonton Seoul Music Award. First time tgk Kpop secara live. Walaupun aq bukanlah fanatic terhadap kpop tp setakat dua tiga lagu tu aq taw la jugak.hehe.
Pintu masuk event
Untuk ke Olympic Park kami turun di Sports Complex Station and keluar di EXIT 6.
Untuk tiket kami telah reserve sejak dari Malaysia lagi so tinggal nak claim tiket je pada hari kejadian. Konsert bermula jam 7mlm. Kami asar dan maghrib di Olympic park je. Maghrib waktu tu pukul 5.45 petang.

Antara kpop yang membuat persembahan ialah EXO, SISTAR, TTS, APINK, BEAST, INFINITE & banyak lagi. Tapi yang paling aq suka lagu LUV-APINK and BACK-INFINITE.

Punyalah ramai penonton sanggup bersesak untuk tgk konsert ni
Salah sorg ny kitorang lah.haha
Nilah antara barisan artis yang buat persembahan hari tu

No comments: