Friday 6 February 2015

Winter in Seoul, Seoul Korea (DAY 1)

Hari yang ditunggu telah tiba! Akhirnya kami tiba di Incheon Airport jam 5.45 am. Selepas claim luggage dan keluar dari immigration kami mencari tempat untuk solat subuh. 


Di Incheon Airport sememangnya mempunyai prayer room tp prayer room provided is not for muslim. Yang ada pun hanya untuk agama Buddha, katholik & Christian. So akhirnya kami pun solat kat tempat yang dirasakan sesuai dan tersorok dari laluan orang ramai. 



Setelah solat subuh dan menukar pakaian kepada winter apparel, kami mencari 7Eleven atau mana2 mini mart untuk membeli T-Money. T-money ni mcm touch n go kalau kat Malaysia. T-money digunakan untuk semua kos pengangkutan di Seoul.



Contoh T-money
T-Money berharga dalam KRW 2500-3000 without topup. So lepas beli kad terus lah topup. Kami topup sebanyak KRW 40000 bersesuaian dengan tempoh kami berada di Seoul selama 12 malam.

Dari Airport kami menuju ke Jonggak station dengan menaiki Arex (Airport Express). AREX ni all stop station. So, die akan berhenti kat stesen2 tertentu sampai lah kat hujung iaitu Seoul Station. Dari Seoul Station kami bertukar ke line 1 untuk menuju ke Jonggak Station.


Kat Seoul ni sangat mudah untuk travel sebab semuanya kita leh travel guna subway je. kalau nak memudahkan perjalanan sila sila lah download Subway app mcm dlm gambar kat bawah ni.

Subway apps untuk memudahkan perjalanan di Seoul

Kami check in Hostel dlm pukul 10 am. Receptionist kat sini sangat baik sebab die bagi kami check in early before 12 am. Pada awalnya kami memilih bilik yang mempunyai tingkap tetapi akhirnya membuat keputusan untuk switch to non window room. Yela, kalo nak fikirkan logik pun time winter xperlu tingkap pun dalam bilik sebab kalau ada tingkap angin sejuk senang masuk. 

Hari pertama kami decide untuk jalan2 sekitar hostel je. Target hari pertama just untuk discover tempat2 berdekatan. Disebabkan percutian ni agak panjang jadi tak perlu nak rush utk ke mana-mana. Kedudukan hostel kami x lah begitu jauh dengan Myeong-dong, jadi kami berkeputusan untuk berjalan kaki sahaja ke sana.

Hari pertama kami berjalan di sekitar Myeong-dong & Namdaemun. Kami dinner di Myeong-dong iaitu di restaurant Red Sun. Red Sun merupakan restaurant yang menawarkan makanan vegetarian.
Kami juga melawat di sekitar sungai Cheonggyecheon. Sungai ni sangat famous di Korea sebab ia merupakan sungai buatan dan antara terbersih di dunia.

Di sekitar Myeong-dong

No comments: