Hari ketujuh kami decide untuk berjalan di sekitar Bukchon
Hanok Village & Insadong.
Bukchon Hanok Village tempat dimana unsur-unsur kampung masih dikekalkan dalam struktur binaannya. Sangat classic dan
cantik.
Kami berjalan kaki sahaja ke
sini kerana sangat berdekatan dengan hostel kami.
Jika anda ingin ke sini
dengan menaiki subway anda boleh turun di Anguk Station dan keluar di EXIT 2.
Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini. Antaranya macam gambar-gambar di bawah.
Charge KRW10000 dikenakan untuk try baju kat sini |
Charge KRW3000 dikenakan jika ingin melihat bandar Seoul menggunakan private observatory |
Charge KRW5000 dikenakan di Tea Museum. Bayaran beserta dengan welcome tea. |
Disebabkan semuanya berbayar, jadi aku hanya mampu bergambar sahaja di sekitar Bukchon Hanok Village. haha
Struktur bangunan nya sangat classic dan unique |
Selesai melawat Bukchon Hanok Village, kami ke Insadong pula iaitu tempat dimana kita boleh membeli souviner
untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Di Insadong terdapat Ssamziegil (shopping complex), struktur
binaan Ssamziegil sgt unik! Kita tidak perlu menaiki tangga untuk ke tingkat
seterusnya.
Terdapat Alive Museum di Insadong.
Inilah rooftop Ssamziegil. Bangunan ni unique. Maaf xde foto lengkap bangunan ni |
No comments:
Post a Comment