Wednesday 11 February 2015

Travel to Ho Chi Minh City, Vietnam (DAY 2)

Hari kedua kami sepatutnya ke Chu Chi Tunnel. 

Tapi malangnya agensi yang kami book (belum membuat bayaran) hilang menyepikan diri bila kami tiba di Ho Chi Minh City ni. 

Agensi ni aq dapat dari kawan sama belajar di Universiti Malaya, kerana abang sepupunya kerja di sini. 
Setelah mengambil no telefon abang sepupunya aq terus hubungi melalui whatapps untuk bertanyakan harga untuk trip ke Chu Chi Tunnel and Mekong trip.

Harga yang kami dapat melalui dia ialah USD12 untuk ke Chu Chi Tunnel dan USD20 untuk ke Mekong Trip. Untuk ke Mekong harganya beserta dengan makanan halal.

Sepatutnya setelah deal and kedua-dua pihak pun dah setuju dapatlah kami pergi ke sana tetapi malangnya agensi ni terus senyap sahaja bila kami tiba di Ho Chi Minh City. 

Semalaman aq tunggu dia balas mesej tapi haram xde jugak!! Kalau rasa dah ramai customer tu patutnya mereka kena lah maklumkan pada kami bahawa x dapat nak bawa kami ke Chu Chi tunnel pada hari ini. Ni senyap je!! 
Ni lah caranya orang melayu berniaga, nasib lah dia abang sepupu kawan aq tu kalau x dah lama aq kutuk lagi. Huhu . 

So in the end x sempat lah kami ke Chu Chi tunnel hari ni.

Then terpaksa kami tukar plan hari ini.

Hari kedua di awal pagi lagi kami mencari hotel yang ada menyediakan trip untuk ke Mekong. Yela kalau ikut plan, esok kami akan ke Mekong dan kami malas dah nak tunggu agensi yang terus senyap tu. Kalau terus tunggu memang x kemana lah kami esok.

Di Hai Van hotel tempat kami menginap, mereka tidak sediakan apa-apa pakej trip pun so kena lah pergi cari pakej ini di hotel-hotel lain. Mekong Trip terdapat banyak jenis, seingat aq ada pakej untuk sehari and dua hari.

Next entry saya akan ceritakan tentang pakej ke Mekong.

Untuk masa lapang yang panjang ni, kami ke Golden Dragon Water Puppet Theatre untuk menonton theatre. 
Nasib baik aq telah membuat back up plan untuk ke sini jika mempunyai masa lapang. So direction ke sini telah aq print siap-siap dari google maps. Kami ke sini dengan berjalan kaki sahaja.

Harga entrance untuk theatre ni ialah 180,000 dong. 
Duration time selama 45 minit sahaja. 
Terdapat dua masa yang kita boleh pilih iaitu jam 5 petang atau 6.30 petang. 
Kami membeli tiket ini pada waktu tengahari dan memilih 6.30 petang sebagai show time kami. Anda dinasihatkan supaya membeli tiket ini seawal yang mungkin bagi mengelakkan kehabisan tiket.

Nasib ada tiket lg. hihi
Sementara menunggu show time pada 6.30 petang, kami berjalan di sekitar Saigon plaza, taka plaza dan juga parkson. 
Nothing much here, banyak barangan seperti pakaian harian, jeans dan sebagainya yang murah-murah tetapi kami tidak membeli pun sebab ianya bukan keperluan kami. 
Kalau nak di ikutkan, aq lebih suka shopping pakaian di Bandung. Hehe.

Ni lah Ben Thanh Market
Finally, masa ditunggu akhirnya tiba, jam 6 petang kami dibenarkan masuk ke panggung theatre ni.

Sempat jugak selfie before start panggung
Keadaan semasa theatre berlangsung
Di waktu malam kami makan di sekitar Ben Thanh Market dan seterusnya kami berjalan lagi di Ben Thanh Night Market. Kami mencuba kopi halal di sini. Memang sedap gilerrr!!!

Harga kopi hanya RM3 / 1USD / 20,000 dong. Mana untung? Kalau bayar dollar maknanya kita bayar RM3.60 pada ketika itu. If in VND, 20,000 dong bersamaan RM3.40. Nilah akibatnya jika matawang Malaysia yang jatuh pada ketika itu.

Kopi Halal yang sgt KAWW! Sedap gile! Starbucks pun kalah taw.haha
Kami makan di area Ben Thanh Market juga malam ni tetapi di restaurant yang berlainan.
Selesai makan kami berjalan di sekitar Night Market dan boleh plak terjumpa prof sahar di sini. 
Kecil betul dunia ni kan.
Prof Sahar merupakan lecturer aq semasa pelajar di PASUM dulu. 

Bersama Prof Sahar di Ben Thanh Night Market
Suasana waktu malam di sini memang meriah. Ramai pelancong terutamanya dari Malaysia membeli belah pada waktu ini. Memang best jalan kat sini waktu malam.

No comments: