Friday 6 February 2015

Winter in Seoul, South Korea (DAY 2)

Kami menghabiskan hari ke-2 di Lotte World Adventure. Lotte World Adventure merupakan salah satu theme park (indoor and outdoor) yang popular di Korea selain dari Everland. 

Lotte World Adventure terletak di Jamsil Station. Untuk ke Lotte World, kami menaiki subway line 2 dan turun di Jamsil. Di Jamsil keluar di EXIT 4 & Lotte World terletak di sebelah luar bersebelahan dengan Lotte Hotel.

Yeah! Sampai sudah di Lotte World Adventure

Entrance fee untuk 1 day pass at Lotte World ialah KRW 46000 tetapi nasib kami baik sebab di korea pada masa itu sedang mengadakan promotion Korea Grand Sale 2015. 

Jadi kami mendapat diskaun 20% setelah menunjukkan kupon ini (after diskaun KRW 36800)
Harganya juga berbeza jika kita masuk start pada pukul 4 pm. 

Ticket price

Kupon ini kami download dari laman web rasmi KGS2015 sebelum tiba di Korea

Antara permainan terbaik kat sini ialah Gyra drop, Gyro Swing, Bungee drop & Adventure atlantis. 

Jika anda membawa beg atau kamera jangan bimbang sebab mereka sedia kan tempat untuk meletak barang di setiap ride. 

So, sangat mudah x perlu nak sewa locker mcm kt Universal Studio Singapore (USS) tp just letak je barang di tempat meletak barang di bawah setiap ride yg kita nak naik.

Antara ride paling menarik di sini

Overall view untuk indoor park (taken from hot air balloon)
Untuk makluman, sekiranya anda ingin ke sini lebih baik lah datang awal sebab queue line agak panjang untuk satu satu game especially untuk outdoor game. 

Sempat berselfie sementara tunggu turn
Jadi masa kami habis disebabkan beratur panjang je. Indoor game kebanyakan permainan lebih bersesuaian untuk kanak-kanak. Tetapi kami tidak melepaskan peluang untuk naik semua ride yg ada maklumlah dah bayar kan.

Terdapat satu kedai makanan halal kat sini iaitu red bull terletak berhampiran dengan garden stage. Tetapi kami tak makan di situ kerana nak save bajet kan. Hehe. Kami just makan snack yang dibawa dari hostel. Kat Korea ni senang sebab mereka x check beg pun bila masuk ke theme park sebab kalau di Malaysia contohnya di Sunway Lagoon, air pun xleh bawa masuk. Kedekut betul!

Jalan ke Magic Island iaitu outdoor park


No comments: