Friday 6 February 2015

Winter in Seoul, South Korea (INTRO)

Assalamualaikum,

Percutian saya ini merupakan percutian yang agak panjang. Ini kerana saya baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Malaya. Oleh kerana mempunyai cuti yang agak panjang sebelum memulakan kehidupan sebagai seorang yang bekerjaya jadi saya mengambil kesempatan ini untuk bercuti di luar negara dalam masa yang agak panjang. Hehe.


Seoul, South Korea merupakan destinasi pilihan saya setelah berbincang dengan beberapa rakan yang lain. Ini kerana kami ingin merasa suasana musim winter di sana. Setelah berbincang, kami memutuskan untuk berada di korea selama 13 hari 12 malam. 

Excited sgt kami bila pergi holiday :p
Pengangkutan

Kami memilih Vietnam Airlines sebagai transportation kami ke korea. Ini disebabkan tawaran yang diberikan oleh Vietnam Airlines agak berpatutan dengan bajet kami. 

Makanan disediakan sepanjang penerbangan kami bersama Vietnam Airlines. Sebelum menaiki pesawat kami telah membuat request untuk muslim meals jadi jangan risau dijamin halal Insyaallah. :)

Antara makanan yang dihidangkan pada kami semasa dalam flight


Penerbangan kami ke korea melalui Hanoi, Vietnam (transit selama dua jam). Kami menaiki pesawat Vietnam Airlines pada jam 7.15 pm waktu Malaysia dan tiba di Hanoi jam 9.20 pm waktu Vietnam atau 10.20 pm waktu Malaysia. Waktu di Vietnam lewat sejam dari Malaysia. Sepanjang transit xde ape2 yang kami lakukan melainkan bergambar dan berselfie. Hehe.

Di Hanoi Airport :D


Jam 11.50 pm waktu Vietnam kami menaiki pesawat ke Incheon, South Korea. Perjalanan dari Hanoi ke Incheon selama 3jam 55 minit. Kami tiba di Incheon Airport jam 5.45 am waktu Korea. Waktu di Korea ialah awal sejam dari Malaysia dan awal dua jam dari waktu Vietnam.
Penginapan

SEOUL HOSTEL CENTER

Setelah membuat beberapa penyelidikan, kami memilih Seoul Hostel Center sebagai tempat penginapan kami di Seoul, Korea. 

Seoul Hostel Center dipilih kerana  ia menawarkan harga yang sangat berpatutan dan kedudukannya yang sangat2 strategik!! Wifi kt Hostel ni sangat terbaik!!

Seoul Hostel Center terletak berhampiran dengan stesen Jonggak. Untuk makluman, Seoul Hostel Center mempunyai private room untuk dua orang dan seorang, share bathroom and kitchen.
Tapi jangan risau kerana tandas lelaki dan wanita di asingkan mengikut floor. 
Tandas lelaki terletak di tingkat 7 dan tandas wanita di tingkat 5.

Yang paling best nya kat sini tandas di Seoul Hostel Center mempunyai pili air! Haha. Sesuatu yang sangat penting kalau berada di negara Korea atau negara China kerana kita memang sedia maklum bahawa tandas di Negara ini sememangnya tidak mempunyai pili air. So, kalau dah buang hajat tu terpaksa lah guna tisu kan.

Bagi orang melayu mcm aku ni memang la x selesa kalau guna tisu je sbb sejak kecil dah guna air so bila tgk tandas kat Seoul Hostel Center mempunyai pili air memang gembira x terkata lah. Haha. Akhirnya wet tissue yang dibeli kat daiso tu di bawa semula ke Malaysia.


Receptionist & kitchen pula terletak di tingkat 6. Untuk direction ke Seoul Hostel Center senang je. Turun dari stesen Jonggak dan keluar di EXIT 2. Jalan terus sehingga sampai di simpang empat dan terus belok kiri (anda akan berjumpa dengan dunkin donut di seberang jalan) & jalan terus dalam 3-5 minit sehingga berjumpa Seoul Hostel Center yang terletak di sebelah kiri.

Untuk details untuk direction ke Seoul Hostel Center boleh pergi kat link ni http://seoulhostelcenter.com/seoulhostel_way.htm

Receptionist at Seoul Hostel Center

No comments: