Friday 6 February 2015

Winter in Seoul, South Korea (DAY 3)

Hari ketiga kami ke Namsangol Hanok Village & Namsan Tower.

Kami berkeputusan untuk berjalan kaki sahaja ke sana dari hostel. Tetapi sekiranya anda berkeputusan untuk menaik subway, anda boleh turun di Chungmuro station dan keluar di EXIT 4.


Kami melalui Namsan Park untuk menuju ke Namsangol Hanok Village. Kat Namsan Park ni ramai orang yang agak berumur beriadah. Mereka sangat ramah walaupun x pandai bertutur Bahasa Inggeris tp mereka tegur kami dan cuba berkomunikasi dengan kami. Nasib salah seorang dari kami faham dan dapat agak apa yang mereka tanya. Haha. 

Waktu kitorang sesat kat situ pun mereka tolong kami. Walaupun mereka hentam je cakap dalam Bahasa korea, tp isyarat tangan membuatkan kami faham untuk menuju ke mana.

Time sesat pun sempat berselfie haha
See akhirnya kami sampai dengan bantuan local people :)
Di Namsangol Hanok Village masuk adalah percuma. 
Semasa di Namsangol Hanok Village, air beku woo!
Setelah selesai discover Namsangol Hanok Village.
Kami menuju ke Namsan Tower dengan berjalan kaki dan hiking di Namsan Mountain. 

Memang sangat memenatkan sampai leh bukak winter jacket dan pakai long john je time winter2 nih. Haha. Local people mesti pelik tgk kami berpeluh2 naik Namsan Mountain, kononnya nak jimat duit xnak naik cable car akhirnya penat yang kami dapat. 

Menikmati pandangan bumi Seoul tanpa winter jacket tu.haha
Menuju ke Namsan Tower ni ada tempat dimana pasangan kekasih akan datang dan menguncikan cinta mereka. Rasanya semua orang dah taw kot.

Aq pun x lepaskan peluang to lock my love..hehe
Tibanya kami di N Seoul tower

Waktu pulang kami menaiki cable car ke bawah. Harga Cable car untuk roundtrip ialah KRW 8500 manakala untuk one way trip ialah KRW 6000. 

Disebabkan kami menaiki Namsan Mountain dengan kaki so kami just bayar KRW 6000 je untuk turun. Dapatlah jugak jimat KRW 2500. Haha.

Runningman pernah shooting kat sini jugak tp xingat episode berapa

No comments: