Sunday 8 February 2015

Winter in Seoul, South Korea (DAY 8)

Hari ke-8 kami menuju ke Everland. Tempat di mana Running man selalu shooting! Haha.

Untuk ke Everland kami menaiki subway ke Gangnam Station dan keluar di EXIT 2. 

Dari EXIT 2, jalan terus sehingga berjumpa dengan station bus. Kami menaiki bus 5002 ke Everland Station. 

Di Everland Station terdapat shuttle bus yang menunggu untuk membawa kami ke Everland.

Entrance Fee untuk ke Everland pada ketika itu ialah KRW 23000 dengan menggunakan kupon KGS 2015. Tanpa kupon harganya dua kali ganda iaitu KRW 46000.

Everland ni mcm Disneyland bagi korea lah. Malangnya bagi kami datang time winter sebab T-express is close during winter. Haih. Sedih xdpt naik roller coaster yang menakutkan ni.


Banyak jugak ride lain yang menarik kat sini.

T-express close during winter

Disebabkan winter dapatlah kami main benda ni :p
Di sini tiada spesifik makanan halal. Tapi kita boleh membeli shrimp burger di burger cafe europe in european adventure. Makanan luar juga boleh dibawa, letak dalam beg senyap-senyap ok. haha.

Untuk solat, jangan risau sebab kat sini memang ada prayer room for muslim.

Ianya terletak di european adventure, next to mystery mansion. Cumanya surau kat sini kena kongsi lelaki dan perempuan tapi x menjadi masalah besar sebab kita boleh bergilir-gilir solat.

Untuk makluman juga surau ni tiada tempat mengambil wudhu yang spesifik yang ada cuma sinki sahaja. So, kena ambil wudhu kat sinki jela jawabnya ye.

Ni lah surau di Everland terletak di Mystery mansion (european adventure). Tak nampak macam surau pun kan.
Kami menghabiskan seharian di sini. Shuttle bas terakhir dalam pukul 9 manakala bas terakhir ke Gangnam ialah pukul 11.10 pm.


No comments: