Sunday 8 February 2015

Winter in Seoul, South Korea (FINAL)

Finally, tibalah masa kami meninggalkan bumi korea.

Penerbangan kami pada jam 10.15 pagi waktu Korea menuju ke Ho Chi Minh City, Vietnam menggunakan perkhidmatan Vietnam Airlines.



Sebelum terlupa, saya ingin kongsikan tempat shopping souviner terbaik di Seoul, South Korea dan juga itinerary kami sepanjang di Seoul, South Korea.


Tempat Shopping Souviner Terbaik di Seoul, South Korea.

1) ARIRANG SHOP DI DOTTA PLAZA

Arirang shop terletak di tingkat 6 DOTTA Plaza di Dongdaemun. Terdapat banyak pilihan souviner di sini dengan harga yang sangat murah. Tetapi jika anda ingin membeli baju I love Korea lebih baik anda ke Namdaemun kerana harga di Namdaemun lebih murah dan kualiti nya sama sahaja

Nailcutter - KRW7000 (10 pieces)
Keychain - KRW7000 (10 pieces)
Fridge Magnet - KRW7000 / KRW8000 (4 pieces/ 5 pieces)
Bookmark - KRW1500 (1 piece)
Spoon with Chopstick - KRW1500 (1 piece)
T-shirt - KRW5000 / KRW10000 (1 piece)

Banyak lagi souviner lain. Tapi ni antara barang yang aq beli. hehe.





2) NAMDAEMUN

Di kedai pakcik ni terletak di simpang jalan ni


Baju yang di jual di sini berharga 3 helai baju berwarna hanya KRW 10000.
Berdepan dengan gerai pakcik ni juga ada jual souviner murah mcm kat Arirang Shop cuma pilihannya kurang sedikit tp sgt berbaloi kalau pergi.



3) INSADONG

Kalau anda mencari teddy bear yang memakai hanbok ni boleh lah ke Insadong. 

2bear ni berharga KRW15000, ada gerai yang menjualnya dengan harga KRW18000. 
So, pandai-pandailah survey yea.

Palace tu pulak berharga dalam KRW18000.



Itinerary di Seoul, South Korea







Itinerary sepanjang di Seoul, South Korea


Berikut merupakan TOTAL COST untuk Korea Vacation






(KRW 1,000 = RM 3.30)
Untuk makluman, bayaran RM290 dikenakan kat kami untuk Flight Seoul-Ho Chi Minh City kerana kami menukar tarikh penerbangan Ho Chi Minh - Kuala Lumpur selepas membeli tiket airlines.

Semasa membeli tiket airlines, tarikh sebenar ialah 31/01/2015 untuk Ho Chi Minh ke Kuala Lumpur tetapi kami menukarnya kepada 3/2/2015 kerana alang-alang dah sampai Vietnam baik jalan-jalan sana dulu kan.

Untuk makluman, transit di Vietnam paling lama sehari sahaja, iaitu bermalam 1 malam di Vietnam. Transit sehari di Vietnam cukup untuk cover area Ben Thanh Market, Notre Dame Cathedral, Nigh Market dan Golden puppet theater pun sempat (sila baca entry Vietnam)

Total cost di Korea sebenarnya sangat boleh dikurangkan lagi jika kurang membeli souvenir.
So kalau nak murah lagi kena pandai budget la ya.


No comments: