Sunday 8 February 2015

Winter in Seoul, South Korea (DAY 5)

Disebelah pagi kami melawat di sekitar Gwanghwamun Square. Kami berjalan kaki ke sana kerana ianya terletak di belakang Hostel kami. 

Di sekitar gwanghwamun square
Kami menunaikan Solat Jumaat di Itaewon. Di mana merupakan masjid pertama yang dibina di bumi Seoul.

Untuk ke Itaewon, kami menaiki subway dan turun di Itaewon Station dan keluar di EXIT 3. 

Untuk direction ke Seoul Central Mosque boleh klik kat link ni http://www.muslimbackpackerseoul.com/2012/05/seoul-central-mosque.html

Alhamdulilah, azan berkumandang di bumi Seoul
Setelah menunaikan solat jumaat, kami menikmati makan tengahhari di Muree Restaurant di Itaewon. Di Itaewon terdapat banyak restaurant halal. Pilih je mana korang nak.

Di Muree Restaurant aq memilih hidangan Bulgogi Daekbaegi berharga KRW 11000. Memang sedap giler!!


Bulgogi Dakbaegi
Selepas makan, kami ke Dongdaemun. Kami menaiki subway dan turun di Dongdaemun History Culture Park dan keluar di EXIT 14. Kami berjalan di sekitar Dongdaemun.

Disini terdapat banyak shoppimg mall yang menjual pakaian dan fesyen2 terkini. Antaranya lotte Fitin, Hello APM, DOTTA & sebagainya.

Di area dongdaemun market pula terdapat banyak kain sutera.

Reka bentuk unik bangunan di Dongdaemun

Suasana waktu malam di Dongdaemun

Kedai souviner ni kitorang terjumpa masa jalan jalan dalam DOTTA plaza. Harga kat sini murah dan banyak pilihan.
Selepas selesai discover Dongdaemun, kami menuju ke Sinchon untuk makan malam. Tempat ini dibawa oleh kenalan kami yang belajar di sana. 

Kami turun di Sinchon Station and keluar di EXIT 3 menuju ke gosame restaurant. Makanan kat sini sangat lah sedap! Kami order squid, mackerel dan sundubu jige (tauhu sup).

Di Gosame Restaurant, Sinchon

No comments: