Assalamualaikum,
Penerbangan kami ke korea melalui Hanoi, Vietnam (transit selama dua jam). Kami menaiki pesawat Vietnam Airlines pada jam 7.15 pm waktu Malaysia dan tiba di Hanoi jam 9.20 pm waktu Vietnam atau 10.20 pm waktu Malaysia. Waktu di Vietnam lewat sejam dari Malaysia. Sepanjang transit xde ape2 yang kami lakukan melainkan bergambar dan berselfie. Hehe.
Percutian saya ini merupakan percutian yang agak
panjang. Ini kerana saya baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Malaya.
Oleh kerana mempunyai cuti yang agak panjang sebelum memulakan kehidupan
sebagai seorang yang bekerjaya jadi saya mengambil kesempatan ini untuk bercuti
di luar negara dalam masa yang agak panjang. Hehe.
Seoul, South Korea merupakan destinasi pilihan saya setelah
berbincang dengan beberapa rakan yang lain. Ini kerana kami ingin merasa suasana
musim winter di sana. Setelah berbincang, kami memutuskan untuk berada di korea
selama 13 hari 12 malam.
Kami memilih Vietnam Airlines sebagai transportation kami ke
korea. Ini disebabkan tawaran yang diberikan oleh Vietnam Airlines agak
berpatutan dengan bajet kami.
Makanan disediakan sepanjang penerbangan kami
bersama Vietnam Airlines. Sebelum menaiki pesawat kami telah membuat request
untuk muslim meals jadi jangan risau dijamin halal Insyaallah. :)
Antara makanan yang dihidangkan pada kami semasa dalam flight |
Penerbangan kami ke korea melalui Hanoi, Vietnam (transit selama dua jam). Kami menaiki pesawat Vietnam Airlines pada jam 7.15 pm waktu Malaysia dan tiba di Hanoi jam 9.20 pm waktu Vietnam atau 10.20 pm waktu Malaysia. Waktu di Vietnam lewat sejam dari Malaysia. Sepanjang transit xde ape2 yang kami lakukan melainkan bergambar dan berselfie. Hehe.
Di Hanoi Airport :D |
Jam 11.50 pm waktu Vietnam kami menaiki pesawat ke Incheon,
South Korea. Perjalanan dari Hanoi ke Incheon selama 3jam 55 minit. Kami tiba
di Incheon Airport jam 5.45 am waktu Korea. Waktu di Korea ialah awal sejam
dari Malaysia dan awal dua jam dari waktu Vietnam.
Penginapan
SEOUL HOSTEL CENTER
SEOUL HOSTEL CENTER
Setelah membuat beberapa penyelidikan, kami memilih Seoul
Hostel Center sebagai tempat penginapan kami di Seoul, Korea.
Seoul Hostel
Center dipilih kerana ia menawarkan
harga yang sangat berpatutan dan kedudukannya yang sangat2 strategik!! Wifi kt
Hostel ni sangat terbaik!!
Seoul Hostel Center terletak berhampiran dengan stesen
Jonggak. Untuk makluman, Seoul Hostel Center mempunyai private room untuk dua
orang dan seorang, share bathroom and kitchen.
Tapi jangan risau kerana tandas lelaki dan wanita di
asingkan mengikut floor.
Tandas lelaki terletak di tingkat 7 dan tandas wanita
di tingkat 5.
Yang paling best nya kat sini tandas di Seoul Hostel Center
mempunyai pili air! Haha. Sesuatu yang sangat penting kalau berada di negara
Korea atau negara China kerana kita memang sedia maklum bahawa tandas di Negara
ini sememangnya tidak mempunyai pili air. So, kalau dah buang hajat tu terpaksa
lah guna tisu kan.
Bagi orang melayu mcm aku ni memang la x selesa kalau guna
tisu je sbb sejak kecil dah guna air so bila tgk tandas kat Seoul Hostel Center
mempunyai pili air memang gembira x terkata lah. Haha. Akhirnya wet tissue
yang dibeli kat daiso tu di bawa semula ke Malaysia.
Receptionist & kitchen pula terletak di tingkat 6. Untuk
direction ke Seoul Hostel Center senang je. Turun dari stesen Jonggak dan
keluar di EXIT 2. Jalan terus sehingga sampai di simpang empat dan terus belok
kiri (anda akan berjumpa dengan dunkin donut di seberang jalan) & jalan terus
dalam 3-5 minit sehingga berjumpa Seoul Hostel Center yang terletak di sebelah
kiri.
Untuk details untuk direction ke Seoul Hostel Center boleh pergi kat link ni http://seoulhostelcenter.com/seoulhostel_way.htm
Untuk details untuk direction ke Seoul Hostel Center boleh pergi kat link ni http://seoulhostelcenter.com/seoulhostel_way.htm
Receptionist at Seoul Hostel Center |
No comments:
Post a Comment