Sunday 8 February 2015

Winter in Seoul, South Korea (DAY 7)

Hari ketujuh kami decide untuk berjalan di sekitar Bukchon Hanok Village & Insadong. 

Bukchon Hanok Village tempat dimana unsur-unsur kampung masih dikekalkan dalam struktur binaannya. Sangat classic dan cantik.  

Kami berjalan kaki sahaja ke sini kerana sangat berdekatan dengan hostel kami. 

Jika anda ingin ke sini dengan menaiki subway anda boleh turun di Anguk Station dan keluar di EXIT 2.

Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini. Antaranya macam gambar-gambar di bawah.


Charge KRW10000 dikenakan untuk try baju kat sini


Charge KRW3000 dikenakan jika ingin melihat bandar Seoul menggunakan private observatory


Charge KRW5000 dikenakan di Tea Museum. Bayaran beserta dengan welcome tea.
Disebabkan semuanya berbayar, jadi aku hanya mampu bergambar sahaja di sekitar Bukchon Hanok Village. haha


Struktur bangunan nya sangat classic dan unique

Selesai melawat Bukchon Hanok Village, kami ke Insadong pula iaitu  tempat dimana kita boleh membeli souviner untuk dibawa pulang ke Malaysia.


Di Insadong terdapat Ssamziegil (shopping complex), struktur binaan Ssamziegil sgt unik! Kita tidak perlu menaiki tangga untuk ke tingkat seterusnya.

Terdapat Alive Museum di Insadong.

Harga ticket dalam KRW9000 kalau x silap

Inilah rooftop Ssamziegil. Bangunan ni unique. Maaf xde foto lengkap bangunan ni

No comments: