Kami meneruskan lagi percutian kami dari Seoul, South Korea ke Ho Chi Minh City, Vietnam.
Nama lain bagi Ho Chi Minh City ialah Saigon. Namanya telah ditukar ke Ho Chi Minh City pada tahun 1976.
Kami tiba di Ho Chi Minh City pada jam 1.40 pm waktu Vietnam. Anggaran masa dari Seoul, South Korea ke Ho Chi Minh City, Vietnam dalam 5 jam 40 minit. Sepanjang dalam flight memang tak buat apa pun melainkan makan, bangun dan tidur je.haha
Setelah tiba di Ho Chi Minh City, kami menaiki teksi ke Hai Van hotel iaitu hotel yang kami telah tempah sebelum berangkat ke Seoul lagi.
Terdapat dua cara untuk ke hotel di sekitar Ben Thanh Market.
- Menaiki bas no 152, akan berhenti di perhentian akhir di Ben Thanh Market
- Menaiki teksi
Jika menaiki bas, harga nya sangat murah dalam 3,000-10,000 dong sahaja.
Kami memilih untuk menaiki teksi disebabkan barang yang sedia ada sudah banyak maklumlah baru balik dari Seoul kan. Hihi.
Teksi yang kami naik adalah teksi Vinasun, penting untuk memilih teksi ini sebab teksi ini
menggunakan meter. So anda x kan di tipu.
Contoh taxi Vinasun |
Setelah keluar dari airport, anda dinasihatkan untuk terus
mencari teksi Vinasun. Ianya terletak disebelah kiri setelah anda keluar dari
Airport. Jangan terpedaya dengan ulat-ulat teksi yang akan tegur anda dan
menawarkan harga pada anda. Walaupun mereka tunjukkan kad Vinasun tapi mereka
sebenarnya bukan membawa teksi Vinasun!! Lebih baik anda mencari teksi Vinasun
sendiri, biasanya akan ada pekerja yang membantu dan mereka memakai baju kemeja
berwarna turquoise kalau x silap.
Harga teksi dari airport ke hotel area Ben Thanh Market
lebih kurang 150,000 dong sahaja. Jaraknya dekat cuma jalannya agak jammed
disebabkan lampu isyarat.
Kami tiba di hotel dalam 20-30 minit dari airport.
Hai Van hotel |
Kami menempah hotel ini melalui Booking.com . Memang sangat
berbaloi tinggal di sini walau lokasi nya jauh sedikit berbanding dengan
hotel-hotel yang terletak di sekitar Ben Thanh Market.
Bezanya cuma hotel ni kena jalan dalam 5 minit untuk ke Ben
Thanh Market and hotel lain di sekitar jalan Nguyen Ahn Nih dan le loi hanya
ambil masa 2 minit sahaja.
Disebabkan kami masih muda setakat berjalan lebih 3 minit
apa lah salahnya kan. Haha.
Bagi sesiapa yang ingin ke Ho Chi Minh City dan ingin
membuat tempahan hotel anda dinasihatkan untuk rajin-rajin lah google untuk
jarak lokasi hotel dengan Ben Thanh Market. Sebaiknya jaraknya haruslah dekat
and able to be approach by foot je. Ini kerana kat Ben Thanh Market anda boleh
bershopping sakan and belah malam pula ada Night Market di sekitar Ben Thanh
Market. Barang yang dijual di Night Market lebih kurang je dengan barang yang
dijual di dalam Ben Thanh Market Cuma harganya lebih murah sahaja.
Di Hai Van kami menempah bilik untuk 3 orang. Biliknya
sangat luas! Mempunyai satu katil single and satu katil king size. Biliknya
juga mempunyai balkoni. Tandas nya juga besar siap mempunyai bath tub lagi tu!
Haha. Wifi juga available in this hotel. Memang terbaik!! Jika anda ingin menggunakan seterika, boleh mintak pada receptionist tanpa bayaran tambahan.
Sorry sebab tak ambil gambar semasa di dalam bilik.
Kadar bayaran hotel ialah USD 83 untuk 3 malam.
No comments:
Post a Comment