Wednesday 11 February 2015

Travel to Ho Chi Minh City, Vietnam (DAY 1)


Hari pertama kami kat sini just jalan-jalan di sekitar Ben Thanh Market.

Setelah check in hotel, kami melawat di sekitar kawasan Ho Chi Minh City dengan kaki sahaja.

Semua lokasi terletak dalam lingkungan jarak 1 km sahaja dari hotel. Lebih baik jalan kaki sahaja dari naik teksi sebab sambil jalan jalan boleh gak cuci mata tengok tempat kat Ho Chi Minh ni. 

Di Ho Chi Minh ni memang ramai sangat pelancong! Terutamanya mat salleh and orang Malaysia.

Tempat yang kami lawat pada hari ini ialah

  1. Post Office Saigon
  2. Notre Dame Cathedral
  3. Hard Rock Café Ho Chi Minh City
  4. City Hall Saigon

Tempat-tempat ini kami melawat dengan kaki sahaja. Untuk mengelakkan dari sesat aq telah print siap-siap direction ke tempat-tempat ini dari google maps.

Notre Dame Cathedral merupakan bangunan beratus tahun yang dibina pada lingkungan tahun 1860-1880 an lagi.

Post office di Saigon pula dibina seawal abad ke 20. Di sini anda boleh menghantar poskad terus ke Malaysia. Harganya dalam RM3 kalau x silap.

Hard Rock Café Vietnam x taw lah apa yang famous nya. Tapi merupakan landmark jugak kalau dah ke sini. Haha.

Malangnya time tu City Hall ni tengah renovate bahagian luar nya so kami just jalan melintasi nya sahaja.


Bahagian dlm post office saigon, Cool kan!

Nilah Notre Dame Cathedral

Di sekitar Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City
Untuk makan jangan risau, banyak je makanan halal kat sekitar Ben Thanh Market ni.

Korang jalan je mesti jumpa punya. Harga nya mahal sedikit dari di Malaysia tapi kenalah faham bukan senang nak cari sumber makanan halal kat sini. Kalau harga mahal sikit tu bayar jela eh yang penting perut kenyang. Hehe.

Kalau kat area makanan halal ni memang penuh dengan orang Malaysia je.

Pho atau beef noodles merupakan makanan popular di Vietnam

Di waktu malam kami menghabiskan masa berjalan-jalan di Ben thanh Night Market yang terletak di sekitar Ben Thanh Market je pun. Jalan punya jalan akhirnya aq pun terbelilah beg deuter ni. Memang murah travel beg kat sini. Untuk makluman jugak, di area Ben Thanh ni kita boleh menggunakan matawang Malaysia, Vietnam Dong ataupun USD.

Matawang Vietnam Dong biasanya digunakan untuk transportation dan makanan. Kalau nak membeli belah boleh menggunakan Ringgit Malaysia/Vietnam Dong ataus USD. Manakala, untuk pakej trip dan hotel kebiasaanya dibayar dengan menggunakan USD. Kena pandai guna money converter kalau nak untung ok. Sebab matawang ni ada naik and turunnya. Masa aq melancong ni matawang Malaysia jatuh, so bayar guna Ringgit Malaysia x merugikan aq. Jika guna Vietnam Dong aq akan rugi sikit pada ketika tu.


No comments: